CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SangMusafir

Pengalaman hidup aku

  [Copy link]
Post time 2-2-2018 03:56 PM | Show all posts
Semoga tt cepat sembuh
Jangan berputus asa berubat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas aku berubat dengan anak kawan ayah aku, aku mula dapat mimpi macam-macam. Antara mimpi aku nie, aku penah mimpi cik ponti terapung kat belakang rumah menghadap betul-betul depan aku, tapi yang peliknya aku tak adalah rasa takut sangat cuma seram sikit jerlah, pasal tengok muka buruk dengan rambut menggerbang dia. Dan mimpi yang paling teruk sekali pernah aku mimpi selepas berubat, aku mimpi seorang lelaki tua botak datang depan rumah aku tengok aku, kebetulan masa tue pintu rumah aku terbuka sedikit. So dalam mimpi tue aku pergi jenguk orang tua tue kat luar, orang tua tue tersengih tengok aku pastu terus turun ke tingkat bawah. Aku pun pergi jenguk tengok orang tua tue, rupanya orang tua tue dah menjelma jadi kucing dan tengah bergaduh dengan kucing lain. Bila dia dah selesai bergaduh, terus dia datang depan rumah aku menjelma semula jadi orang tua, tapi dalam keadaan orang tua tue muka berdarah dengan mata terkeluar pandang aku dalam keadaan tersengih-sengih.

Bila aku dah kena mimpi macam tue, nalam berikutnya aku mula cari inisiatif lain untuk tidur dengan lebih tenang, sebelum tidur aku pasang ayat ruqyah dulu. Bila dah pasang ruqyah nie, aku ingat tidur aku lebih tenang tanpa gangguan rupanya aku kena tindih sampai tak bernafas, time tue memang aku ingat mati jer, pasal aku dah terlalu lemas tak boleh bernafas. Dalam hati aku mula baca ayat qursi berulang kali, baru keadaan aku pulih semula. Bila dah jadi macam tue, aku ambil earphone terus pasang kat handphone aku dan bukan ayat ruqyah sekuat yang mungkin kat telinga aku nie. Aku ingat cara aku nie mungkin lebih efektif, ternyata sangkaan aku benar-benar meleset, lagi teruk aku kena rupanya.
Tengah aku sedap-sedap tidur, tiba-tiba dada aku sakit dan susah nak bernafas. Bukan setakat tue jer, badan aku nie macam di tarik sampai aku terduduk tapi keadaan mata aku tak boleh buka, bantal yang ada kat tepi aku baling pasal aku dah mula meronta-ronta. Dalam keadaan mata aku tertutup tue, mulut aku automatik baca sesuatu dengan sendiri tanpa kemahuan aku. Mulut aku baca sesuatu dengan fasih tapi aku sendiri pun tak faham apa yang mulut aku nie baca, tapi kalau nak diikut ia macam mentera. Aku rasa keadaan macam tue ada dalam 5 min, lepas tue baru badan aku terbaring balik. Time tue baru aku boleh buka mata and bangun macam biasa, bila dah bangun tue aku mula terpinga-pinga memikirkan yang aku nie mimpi ke apa.
Tapi aku yakin yang aku bukan bermimpi, sebab aku perasaan bantal yang aku baling tue memang tercampak jauh seperti mana yang aku baling masa kejadian tue. Bila dah jadi macam tue, memang aku tak tidur sampai ke pagilah sebab aku rasa terseksa sangat bila jadi macam tue. Tiap kali aku mimpi atau kena apa-apa memang aku tak bagtau mak ayah aku, pasal aku tau ayah aku nie tak percaya sangat dengan apa yang aku cakap.

Bersambung..

Sebelum tue aku nak minta maaf sebab tak dapat nak cerita dengan lebih panjang, sebabnya bila aku nak cerita apa yang pernah berlaku kat aku mesti aku akan jadi resah, rasa down dan ada rasa sesuatu yang buat aku rasa yang aku nie belum sihat sepenuhnya, sebab tue aku akan berhenti menulis. Tapi kalau nak diikutkan dengan apa yang pak cik mengubatkan aku tue kata setahun yang lepas, yang aku nie pulih dan hanya tinggal bisa je dalam badan. Tapi kadang-kadang aku akan rasa macam nama aku diseru, kadang-kadang rasa ibu jari kaki aku macam kena cucuk dengan jarum sampai meremang bulu roma aku. Aku minta maaf sekali lagi kerana penceritaan aku tidak berjalan dengan lancar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
RinIna replied at 2-2-2018 03:35 PM
Assalammualaikum.. menarik citer tt dalam masa sama membimbangkan sbb masih berlaku dalam diri tt ka ...

Waalaikumussalam.. sebenarnya saya sendiri tak pasti keadaan diri saya, walaupun sebelum nie saya peenah pulih, tapi sy dapat rasakan yang saya tak pulih sepenuhnya.
Mudah-mudahan in Shaa Allah akan sembuh sepenuhnya.. terima kasih kerana sudi mendoakan saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 2-2-2018 08:03 AM
owh bersebab rupanya
kalau begitu
saya tunggu dengan penuh kesabaran

Saya akan cuba setakat mana yang saya mampu untuk berkongsi pada korang semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-2-2018 03:56 PM
Semoga tt cepat sembuh
Jangan berputus asa berubat

Sekarang nie tak berubat lagi, last berubat setahun yang lepas.
Saya akan cuba kuatkan semangat saya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you tt. Macam berperang dengan diri sendiri je tt cerita kisahnya. Semoga cepat sembuh dan teruskan ikhtiar.

Boleh tahu zaman tt belajar tu tahun apa? Putus tunang sekitar 2013, sekarang 2018 dah lebih kurang 5 tahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 3-2-2018 08:58 PM
Thank you tt. Macam berperang dengan diri sendiri je tt cerita kisahnya. Semoga cepat sembuh dan ter ...

Boleh kata sekarang nie memang sy berperang dengan diri sendiri. Saya belajar dalam tahun 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
SangMusafir replied at 3-2-2018 09:43 PM
Boleh kata sekarang nie memang sy berperang dengan diri sendiri. Saya belajar dalam tahun 2008.

Kira dah 10 tahun sejak benda pelik2 ni menghantui tt. Sabar lah dan terus kuat demi hidup. Bukan tt je ada juga beberapa author lain mula2 share cerita dorang kat bod ni, tapi bila ada halangan, slowly dorang pun tak update cerita dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2018 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari nie aku nak cerita pengalaman aku berubat di selatan tanah air. Masa aku nak berubat tue, aku tinggal selama 3 hari dekat rumah seseorang yang aku anggap macam abang aku sendiri yang aku panggil gelaran wak. Wak nie lah yang bawa aku berubat dekat guru dia nanti. Selama 3 hari aku duduk sana ada 2 kejadian pelik dan seram berlaku kat aku, sebelum dan selepas berubat. Kejadian pertama nie berlaku sebelum aku berubat, masa dekat rumah wak tue hanya aku sorang jer yang tinggal, wak dengan bini dia kerja, anak-anak dia pulak masih dekat sekolah lagi. Kejadian nie berlaku dalam pukul 11 atau 12 lebih macam tue. Tengah aku duduk rileks kat ruang tamu sambil pintu rumah terbuka sedikit, aku perasan ada seekor burung dalam keadaan melompat-lompat masuk dekat ruang pintu yang terbuka tu. Kebetulan kerusi bersebelahan dengan pintu, so burung nie terus duduk bawah kerusi. Aku perasan burung nie berak bawah kerusi, so aku pun nak halau. Tapi korang tau tak apa yang berlaku lepas tue..
Burung tue langsung tak takut ngan aku and tak terbang, aku pula yang jadi takut. Bila aku halau lg, lagi dia datang kat lag sampai aku halau pakai kusyen kerusi pun dia tak takut. Aku pun apa lagi, berlari buka pintu luas-luas lah pasal nak bagi dia keluar. Lepas tue aku campak kusyen tue kat burung tue, yang peliknya burung tue bukan terbang keluar tapi terbang dia and bertenggek kat atas pintu rumah sambil pandang aku. Time tue kepala otak aku dah mula fikir ini setan ke jin nie. Time tue aku teringat orang cakap, kalau nak tau binatang tue jelmaan jin atau tak, tengok mata dia merah atau tidak. Aku pun apa lagi, terus pandang mata burung tu sambil aku berzikir. Tapi aku perasan mata burung nie tak ada pula merah, sambil aku berzikir aku lawan mata dengan burung tue. Lepas tue korang tau apa jadi, boleh pulak burung terbang dan bertenggek kat frame nama Allah yang tergantung kat dinding, lepas tue bertenggek pulak kat ayat kursi yang tergantung kat dinding, dalam hati aku kata " burung nie menganjingkan aku ke? pasal aku pandang dia sambil berzikir tadi". Selepas dia hinggap kat ayat yang tergantung kat dinding tue, terus dia terbang ke arah aku. Aku tak pasti dia nak terkam aku atau nak hinggap kat aku, pasal time tue aku terus meniarap sebab aku dah takut sangat. Lepas dari tue baru dia keluar ke rumah itu pun setelah campak lagi kusyen kat dia. Bila dah jadi macam tue, aku keluar rumah and terus pergi kat tempat kerja wak yang tak jauh dari rumah. Then aku pun ceritalah kat awk kejadian yang berlaku kat awk, and aku bgtau wak rupa burung tue hitam macam gagak tapi ada belang kuning kat bawah mata pasal aku bukan tau nama-nama burung nie. Wak cakap itu burung tiong, tapi burung tiong tak pernah ada kat kawasan nie, aku lagi bertambah pelik bila wak cakap macam tue.
Kejadian kedua pulak berlaku selepas aku habis berubat kat rumah guru dia, masa tue aku nak kena pergi sungai sebab nak buang benda alah tue sebelum balik rumah ke rumah wak, masa tue pulak waktu dah nak pukul 7 sedangkan aku nak kena buang benda tue sebelum maghrib kalau tak akan dapat banyak dugaan kalau buang selepas maghrib. Time tue pulak kereta susah nak start sedangkan ok jer sebelum nie, berkali-kali cuba baru boleh start. Time tue memang berdesup lah bawak kereta pasal nak kejar masa sebelum maghrib. Bila aku dah sampai kat sungai time tue dah gelap dah, wak suruh aku tunggu kat dalam kereta jer. Kalau apa-apa jadi jangan keluar dari kereta, time wak dah berjalan 5-6 langkah. Aku terasa kereta berhenjut macam ada orang yang sangat berat keluar dari kereta, yang aku nie pulak gatal nak tengok ada apa tapi nasib baiklah aku tak nampak apa-apa, aku rasa kalau aku ternampak benda tue confirm aku tinggalkan wak kat situ juga huhuhu. Dalam 5 min macam tue aku nampak wak bergegas datang kat kereta and suruh pergi cepat dari situ. Time dalam kereta tue wak bagitau aku yang dia hampir jatuh sungai masa dia nak buang benda alah sebab macam ada orang tolak dia tapi nasib baik wak nie jenis ada ilmu di dada, kalau tak mesti macam-macam yang akan jadi kat dia. Habis dari semua tue aku terus balik ke rumah wak. Selepas dari berubat tue, keadaan aku pulih macam biasa selama 3-4 bulan jer selepas tue aku sakit balik.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 3-2-2018 09:47 PM
Kira dah 10 tahun sejak benda pelik2 ni menghantui tt. Sabar lah dan terus kuat demi hidup. Bukan  ...

Owh, diorg pun sama juga ke, mcm ada halangan bila nak cerita. Saya ingat sy sorang jer alami mcm nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-2-2018 03:56 PM
Semoga tt cepat sembuh
Jangan berputus asa berubat


In Shaa Allah mudah-mudahan, Aamin..  terima kasih kerana mendoakan saya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-2-2018 03:56 PM
Semoga tt cepat sembuh
Jangan berputus asa berubat


In Shaa Allah mudah-mudahan, Aamin..  terima kasih kerana mendoakan saya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak doakn adik musafir ni cepat pulih, dot jalani kehidupan yg normal...dpt brkahwin n panjangkan zuriat...ameen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 4-2-2018 09:01 AM
Akak doakn adik musafir ni cepat pulih, dot jalani kehidupan yg normal...dpt brkahwin n panjangkan z ...

In Shaa Allah mudah-mudahan, Aminn.. terima kasih kak kerana sudi mendoakan saya..
Pada kalian yang telah mendoakan saya, mudah-mudahan malaikat juga mendokan kalian, dan mudah-mudahan Allah kembalikan doa-doa anda semua untuk kebaikkan dunia dan akhirat.. jazakallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2018 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum

Hari nie aku nak cerita kisah aku berubat kat kak ipar aku punya pak cik di lenggeng.
Dalam banyak-banyak tempat aku berubat, inilah kali pertama aku berubat paling lama dari 10 pagi macam tue sampai petang. Dan ini kali pertama juga aku rasa sangat terseksa masa berubat sebabnya baru pertama kali aku rasa macam dirasuk dan keadaan sedar tak sedar macam tue. Tima berubat tue aku rasa badan aku sejuk sangat sampai pak cik yang pegang aku pun kata badan aku nie sejuk macam kena rendam air batu. Bila dia start pegang ibu jari kaki aku, aku mula rasa sakit yang amat sangat. Aku rasa macam nak menjerit pun ada, pak cik bagitau aku kalau rasa nak menjerit ke apa just lepaskan jer jangan tahan-tahan. Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tau masa tue yang aku nie kena rasuk ke apa, pasal yang sakit masa tue aku tapi dia kata kat mak aku benda tue yang sakit sebenarnya. Aku pulak dah jadi confused dengan diri aku, siap dalam hati aku kata "aku nie sebenarnya setan ke atau diri aku". Aku pun tahan jer lar dari menjerit, sebab aku rasa aku bukan setan, lagi pun ini first time aku kena macam nie, sebab tue aku tak tau apa yang berlaku sebenarnya.

Aku rasa dekat 3-4 jam jugalah aku menderita sakit time dia pegang ibu jari aku tue, pak cik bagitau yang benda nie kuat and degil, yang aku pulak terfikir "aku ke yang degil".
Bila dah jadi macam tue, dia suruh aku rehat dulu anda minum air. Setengah jam lepas tue dia ubatkan aku balik, tapi kali nie dia tak pegang kaki aku. Dia just renjis and baca-baca, time tue baru aku rasa tak sedar. Tapi aku akan cerita kat korang apa yang mak aku cerita kat aku, masa aku tak sedarkan diri. Mak aku yang aku nie macam bomoh siam tengah menurun, sebab time tue mulut aku berbunyi macam sami siam sembahyang and tangan aku dah macam menyembah-nyembah apa tah. Time pak cik aku lawan, aku pun macam lawan dengan bacaan dan sihir sebenarnya. Lama juga eadaan aku jadi macam tue sebenarnya, mak aku kata ada dalam 2 jam keadaan aku jadi macam tue dan lepas tue baru keadaan nampak reda.

Bila keadaan aku makin tenang, aku disuruh minum air yang dah ditawarkan dengan penawar, korang nak tau berapa banyak air yang nak kena minum? Lebih dari 15 liter air yang aku nak kena habiskan. Time tue memang aku muntah dekat 1 baldi besar jugalah, tapi yang peliknya aku langsung tak muntah apa yang aku makan masa breakfast pagi tue, tapi yang aku muntahkan hanya air yang berwarna hitam dengan ada benda-benda lain yang berwarna hitam.

Bila pak cik tengok muntah aku, terus pak cik tanya aku "apa yang kau makan sampai keluar macam tue sekali ?".

Time tue aku gelengkan kepala jer lar, tapi aku dapat rasa yang pak cik memang tau sebenarnya cuma dia sengaja tanya aku supaya aku berfikir. Dan masa tue juga aku terfikir, apa pulak yang aku makan nie dan sapa pula yang bagi aku makan benda kotor nie?

Setahu aku, aku memang tak ada makan masakan orang lain selain mak aku dan mak cik masa aku sakit. Masa sebelum aku sakit pun, aku makan masakkan mak aku, makan kat kedai atau bekas tunang aku yang masakkan untuk aku, itu pun masa sebelum aku bertunang dan masa aku bertunang dia selalu masakkan untuk aku, selain dari tue tak ada pulak aku makan masakkan orang lain. Bila dah jadi macam tue, aku dah malas nak fikir apa dah sebab yang aku tau nak sembuh cepat jer. Bila dah selesai semuanya memang keadaan aku sangat-sangat lemah pasal muntah punya banyak. Selepas dari berubat tue, aku mula nampak semakin sembuh. Aku pun tak ada mimpi yang bukan-bukan, kat rumah pun tak ada lagi ada bau busuk and tak ada lagi bunyi-bunyian dekat siling rumah lagi. Kira aku nampak sihat betullah, dan tak ada lagi macam sebelum nie lepas 2-3 bulan sakit balik. Lepas tue kehidupan aku pun dah kembali normal macam biasa, dan aku kembali bekerja mqcam biasa. Dan untuk pengetahuan korang pada tahun 2016 itulah kali terakhir aku berubat sehingga sekarang.

Dan untuk pengetahuan korang lagi, sebenarnya perkara yang berlaku dekat aku nie telah mengubah diri aku hampir 360 darjah. Dan aku sangat berbeza dari masa sebelum aku sakit. Dulu sebelum aku sakit, sejadah nie memang aku macam tak pernah pijaklah, quran apa tah lagi. Kira aku memang nakal jugalah masa aku remaja dulu tapi ada satu perkara tentang diri aku nie, aku suka bab agama juga walaupun aku tak solat and buat macam-macam. Dan bila dah bertunang aku jadi ikut jer apa yang bekas tunang aku nak, sampai pernah satu kali aku sanggup tunggu dia dalam kereta hampir 6 jam, yang peliknya aku langsung tak merungut dan mungkin juga sebab sayang kot. Ada sekali tue pulak, lepas balik kerja aku sanggup pergi ambil dia kat kampung dia kat taiping. Bila di fikirkan balik memang aku nie buat kerja gila pasal sanggup buat apa saja untuk tunang aku.

Dengan kehendak Allah untuk aku balik pada jalan dia, Allah tarik segala apa yang aku ada masa tue. Aku putus tunang, aku sakit, kerja dah tak menentu lpas tu hilang pekerjaan, kereta kena tarik dan harta pun Allah dah mula tarik sikit-sikit.
Bila dah sakit aku mula solat baca Quran dan macam-macam lagi. Tapi masa tue aku belum masih faham segalanya-galanya lagi.

Awal tahun 2017 aku terserempak dengan bekas tunang aku dekat pasar malam area rumah aku, lagu pun bekas tunang aku nie duduk berdekatan dengan kawasan perumahan aku juga sebenarnya, so tak mustahil lar kalau terserempak. Tapi masa aku ternampak dia, aku memang tegur dia and buat-buat tak nampak dia. Dia pulak tegur aku masa tue, dalam hati aku nie sebenarnya risau and tak nak jumpa dia sebenarnya, bila dia dah tegur aku, dia pun tanya khabar aku macam mana dan dia sebenarnya nak ajak aku berborak dan lepak minum dengan dia, aku pun cakap tengoklah macam mana nanti. Dia macam suruh aku hubungi dia nanti tapi aku cakap tengoklah macam mana sebab aku cakap kat dia an yang aku ingat-ingat lupa no dia dan kebetulan pula masa tue aku tak bawa handphone dan dia pun sama tak bawa handphone, so aku cakap tengoklah nanti macam. Tapi pada hakikatnya yang sebenar, aku memang ingat no dia cuma aku tak nak dia tau no aku jer dan aku tak nak dia hubungi aku lagi sebenarnya. Bila aku dah sampai rumah, firasat aku memang dapat rasa yang dia sebenarnya tunggu aku Untuk jumpa dia, tapi aku kuatkan semangat aku agar tak pergi jumpa dia dan aku dapat rasa dia memang cari aku sebenarnya.

Beberapa bulan selepas tue, aku macam sakit semula tapi tak teruklah cuma aku rasa rasa kaki aku terasa berat, ibu jari kaki rasa macm kena cucuk dengan jarum, dan aku rasa macam nama aku selalu diseru. Pernah juga aku mimpi dia beberapa kali tanpa sebab, padahal aku tak ada pulak teringat kat dia masa tue, tapi lain-lain mimpi macam mimpi seram tue memang dah tak ada lagi dah.

Setiap kali bila aku rasa sesuatu yang tak kena pada diri aku, aku akan minta pertolongan Allah agar berikan aku kekuatan dan kesabaran pada diri aku. Aku nie sebenarnya bukan tak nak berubat lagi, cuma aku tak jumpa lagi orang yang nak mengubat dengan ikhlas, jujur dan bersungguh, lagi satu sebab lagi dengan apa yang aku alami nie, aku anngap sebagai satu kurniaan Allah untuk aku lebih taat pada dia.

Aku rasa mungkin cukup sekadar ini saja aku cerita kat koranka lagi pun yang sebenarnya cerita nie terlalu panjang, dan banyak juga yang aku skip atas sebab-sebab tertentu, tapi kalau nak tau lebih details mungkin lebih baik jumpa aku jer senang, mudah sikit aku nak bercerita.

Di sini juga aku nak minta maaf kat korang kalau penulisan aku nie sangat teruk. Sebab aku nie pun bukan seorang penulis, aku menulis kat sini pun kerana nak kongsi pengalaman aku kat korang jer.
Segala salah silap kata-kata aku, aku minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki yer.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you tt share story. Ko tulis ok je, senang faham dan teratur. No worries
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada kawan yg mana aku pernah teman dia berubat jumpa ustaz. Katanya disihir dan terkena saka hinggap. Sampai sekarang masih ada sihirnya. Dia pernah putus tunang. Menangis2 dia kenangkan kenapa dia disihir. Kisah dia dengan bekas tunang dah tutup rapat pun. Aku doakan yg terbaik dan pesan teruskan ikhtiar jelah. Seterusnya become her shoulder to cry
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 01:56 PM | Show all posts
TT pasni ko dah x nak ke share cite ko? Sbnrnya skrg ni ko dah tau ke sape yg buat ko? Rasa mcm dh dpt agak je sape.. hmm. tp kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:12 PM | Show all posts
TT tragis la story kau ni, sedih pula aku baca.

moga kau selalu dilindungi Allah.
diberikan kesembuhan sakit & dipertemukan org yg baik2.. amin..

be strong ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 5-2-2018 11:24 PM
Aku ada kawan yg mana aku pernah teman dia berubat jumpa ustaz. Katanya disihir dan terkena saka hin ...

Teruk ke keadaannya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071379 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list