CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2947|Reply: 9

Tiada Lagi 'Gadis Litar' di Perlumbaan F1 Selepas Ini. Ramai Frust Sudah..

[Copy link]
Post time 1-2-2018 01:35 PM | Show all posts |Read mode




Kelibat 'Gadis Litar' yang berpakaian seksi dan cantik sememangnya sinonim dalam mana-mana perlumbaan sukan permotoran.

Tidak terkecuali, mereka menjadi daya penarik pada semua perlumbaan Formula One.


Bagaimanapun, jangan terkejut ya kerana khidmat mereka tidak akan digunakan lagi bagi musim 2018.


Aduhai, mengapa agaknya?


Menurut pengurusan F1, perkara itu dimaklumkan dan akan mula dilaksanakan menjelang permulaan kempen bulan Mac ini.







Ketua Komersil F1, Sean Bratches berkata, amalan ini bercanggah dengan norma sosial dunia moden.


Justeru pengurusan F1 merasakan ia perlu diperbaiki sejajar dengan visi sukan yang mempunyai kelas tinggi ini.


Lazimnya khidmat 'Gadis Litar' digunakan sebagai model promosi secara meluas di semua Grand Prix.


Dan mereka juga diberi peranan sebagai pemegang papan tanda pemandu di litar sebelum perlumbaan.


Ia termasuklah mengiringi pemandu sebelum dan selepas perlumbaan.


Foto Carian internet




Keputusan itu disambut baik badan sukan Women's Sport Trust UK yang menyifatkan F1 menyokong usaha yang mereka perjuangkan.


F1 bukan yang pertama membuat keputusan tidak lagi mahu mengeksploitasikan wanita.


Sebelum ini Perbadanan Sukan Dart Prosefional (PDC) turut mengumumkan menamatkan penggunaan wanita mengiringi pemain sebelum perlawanan.


Apa pula pendapat anda. Frust atau sebaliknya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la..
Masa sekolah dulu ada classmate i bagi tau cikgu cita2 dia nak jadi gadis litar.
Terbeliak mata cikgu masa tu...
Terus kena chop... kau apasal murah sangat maruah?
Wow.. terkedu member. Tak report mak bapak pun.
Dulu cakap cikgu tu ibarat keramat, kena hormat.

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 02:35 PM | Show all posts
Agensi modeling dan cikki takleh cari makanlah
Jejans pulak takleh cuci mata

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 02:39 PM | Show all posts
totally agree!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 04:51 PM | Show all posts
Bagus ler orang dah beralih minat hanya kepada kecanggihan jentera je sekarang ni berbanding tukang pegang board dan payung
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lpsni suruh abg sado plak pegang payung.. {:nose
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2018 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah
langkah memartabatkan wanita
meletakkan wanita sesuai pada tempatnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:34 AM | Show all posts
jual kete tayang pmpn
jual moto ada pmpn
jual rumah pn ada gadis

klu buat gadis litar pn sama

pmpn cm hamba je konsepnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 12:56 PM | Show all posts
batmana replied at 2-2-2018 09:34 AM
jual kete tayang pmpn
jual moto ada pmpn
jual rumah pn ada gadis

jual komputer laptop smartphone pun tayang perempuan
stop la eksploitasi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
It’s about time.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.842520 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list