CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 1

Ada Apa Dengan Yogyakarta? 16 Tip Jadi Seperti Rangga Dan Cinta

[Copy link]
Post time 1-2-2018 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Ada apa dengan Yogyakarta?
Berbanding Bandung dan Bali, tempat ini yang juga dipanggil Jogja jarang mendapat perhatian.

Namun, setelah menjadi lokasi filem Ada Apa Dengan Cinta 2 – ia mula diintai oleh kaki jalan.
Anda boleh menghabiskan liburan di sana selama 5 hari 4 malam dengan cadangan oleh portal ini.




Hari pertama
1) Pandangan pertama Jogja (1-2 jam)
Daki mercu tanda Jogja dan beraksi lah sepuas hati. Boleh juga menyaksikan tarian Ramayana di waktu petang.
Alamat : Raya Jogja, Solo Km 16, Prambanan
Tiket: 332,750 Rupiah




2) Karaoke dalam kenderaan warna-warni (sejam)
Nikmati pemandangan dengan menaiki kenderaan berwarna-warni terutamanya di waktu malam. Banyak rekaan menarik seperti Hello Kitty, Doraemon dan lain-lain yang turut mendengarkan lagu karaoke.
Alamat :  Alun-alun Utara, Gondomanan


Hari ke-2
3) Jadi Sultan (2 jam)
Memasuki Istana Kraton iaitu tempat bersemayan Sultan Jogja dan saksikan kebudayaan Jawa di muzium. Anda boleh juga menyaksikan tarian klasik atau wayang kulit atau boleh juga bergaya dalam pakaian tradisional mereka.
Alamat: Rotowijayan Blok No. 1
Tiket: 15,000 Rupiah


4) Tasik Diraja (sejam)
Singgah ke tasik diRaja Taman Sari yang dahulunya digunakan oleh kerabat diraja untuk bersiram. Bagaimanapun tempat ini sudah ditinggalkan namun ia masih terjaga dan dijadikan lokasi pelancong.
Alamat: Nogosari, KratonTiket: 15,000 Rupiah


5) Meneroka masjid tersembunyi (sejam)
Hanya 10 minit berjalan bagi mencari masjid yang pernah digunakan oleh Sultan.
Alamat : Sumur Gumuling, Patehan, Kraton


6) Dekatkan diri dengan alam semulajadi (2 jam)
Hutan Pinus Puncak Becici adalah lokasi terbaik untuk berfoto. Banyak pokok dan pencahayaan yang membantu selfie anda!
Alamat: Imogiri-Patuk KM.13, Dusun Gunungcilik, Desa Muntuk
Masuk percuma


7) Bercanda di pantai (2 jam)   
Pantai Parangtritis yang penuh dengan aktiviti seperti ATV, menunggang kuda atau sekadar menyaksikan matahari terbenam.
Alamat :   28 Jln. Parangtritis


Hari ke-3
8) Mendaki puncak (5-6jam)
Kejar panorama matahari muncul seawal 4pagi di Punthuk Setumbu pastinya mengingatkan anda pada Rangga dan Cinta,
Alamat: Borobudur Ngadiharjo
Tiket : 30,000 rupiah


9) Kuil suci
Kuil Borobudur yang popular ini tidak harus dilepaskan
Alamat : Taman Wisata Candi Borobudur
Tiket: 325,000 Rupiah


10) Gunung Merapi (3-4jam)
Kalau tak mampu mendaki, boleh saja gunakan pacuan 4 roda. Sangat tidak digalakkan jika anda cepat ‘mabuk’.
Tiket perjalanan: 350,000 – 550,000 Rupiah (1 jip – 4 orang)



Hari ke-4
11) Meneroka Gunung Kidul ( 7-8jam)
Mencabar bagi yang tidak biasa tapi alah tegal bagi yang menyukainya. Jangan bimbang ia selamat kerana segala ciri keselamatan diutamakan.
Alamat :Kabupaten Gunung Kidul,
Tiket : I450,000 Rupiah termasuk makan tengah hari


12) Mandi manda di air terjun    
Setelah penat, rehatkan diri di Air terjun Sri Gethuk Waterfall.
Alamat : Jalan Air Terjun Sri Gethuk, Bleberan, Playen, Kabupaten Gunung Kidul,
Tiket : 10,000 Rupiah



13) Makan malam berbumbungkan langit

Ada restoran tempatan di pinggir gunung, jadi nikmati sahaja pemandangan malam ya.  
Alamat : Patuk, Kabupaten Gunung Kidul


14) ‘Shopping’ – Jalan Malioboro (1-2 jam)
Peruntukkan satu malam untuk mencuci mata dengan 1km peniaga menawarkan pelbagai barangan termasuk kain batik dengan harga murah.
Alamat : Jl. Malioboro, Kota Yogyakarta


Hari ke-5
15) Gondola merentasi laut?
Wah! Berani cuba? Cubalah demi mendapatkan pengalaman.
Alamat : Jalan Pantai Selatan Jawa, Tepus, Gunungkidul, Daerah Istimewa
Tiket : 200,000 Rupiah


16) Dunia aneh (1-2 jam)
Memasuki dunia aneh Indonesia melalui seni dipanggil Affandi. Disini anda akan melihat rekaan ekstravaganza yang seperti benar-benar hidup.
Alamat : Jl. Laksda Adisucipto
Tiket : 75,000 Rupiah

Lengkaplah penggembaraan ke Jogja. Jadi, jom tempah tiket sekarang. - CARI

Kredit : Have Halal With Travel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 02:43 PM | Show all posts
Refer  thread Jogja je ramai dah forumer share pasal tempat2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.138007 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list