CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2366|Reply: 16

[Tempatan] Pegawai kanan polis ditahan miliki Toyota Estima curi

[Copy link]
Post time 5-2-2018 07:10 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai polis ditahan miliki kenderaan curi


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan disyaki kenderaan curi, dalam satu tangkapan di Sabak Bernam, dekat sini, kelmarin.

Pegawai berusia 34 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, jam 6.30 pagi.

Difahamkan, penahanan suspek adalah hasil maklumat dan risikan JIPS Bukit Aman berhubung pemilikannya ke atas Toyota Estima yang dilaporkan hilang di Butterworth, Pulau Pinang pada 2013.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, ketika mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan di rumah lelaki itu menemui kenderaan terbabit yang kemudian dirampas untuk siasatan.

"Pasukan serbuan menahan lelaki ini kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan dimilikinya itu.

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif," katanya dalam kenyataan kepada BH.

Mazlan berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terbabit jenayah.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang dan peraturan sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan bermotor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2018 07:24 AM | Show all posts
guna lah motto 'ramai anak-anak polis tak menjadi'

motto ini perlu disemadi pd setiap anggota polis yg berkhidmat
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 08:40 AM | Show all posts
ifanonline replied at 5-2-2018 07:24 AM
guna lah motto 'ramai anak-anak polis tak menjadi'

motto ini perlu disemadi pd setiap anggota pol ...

akak dh semak dik, pegawai berkenaan bukan andartu. lega akak ahli persatuan masih jaga nama baik persatuan andartu. yuran tahun 2018 ni akak belum kutip, kilang cetak resit terpaksa order 12 buah mesin untuk cetak resit yuran persatuan andartu. nanti mesin made in german dah sampai kita adakan meeting AGM untuk kutip yuran tahunan.

tahun ni world cup. memandangkan world cup, akak cadangkan persatuan andartu backpacker ke world cup dubai. kita tidur kt burj khalifa ambil suit president boleh bawa toto narita tidur atas lantai jimat sedikit sis vokuru nak joint kelab persatuan andartu, akak dh pesan dia jangan jadi hantu kopek lagi nanti pengerusi ifanonline marah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak 4 org kot, tu kena beli estima, nk beli direct from authorised dealer takut gaji x lepas, tu dia sauk je kot dr unauthorised dealer ke.nk pki van , mcm nk bwk van sekolah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 08:46 AM | Show all posts
Ok lah tu janji nampak bergaya!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 08:48 AM | Show all posts
Nak jugak pakai Estima. Banyak lagi MPV murah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2018 09:02 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-2-2018 08:40 AM
akak dh semak dik, pegawai berkenaan bukan andartu. lega akak ahli persatuan masih jaga nama baik  ...

ape yg akak merepek ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 10:15 AM | Show all posts
kereta jumpa simpan balai dia guna ye..
agaknya nak balik kampung raya cina nanti..
baru la nampak bergayaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bgaya sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Estima, alphard, vellfire, kenderaan musim cuti yg  popular di malaysia.
Ada skali buat rajin pergi kira kat parking lot resort, dekat 60% mpv jenis tu je la kat situ
Mcm buat konvoi plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 03:16 PM | Show all posts
Haaa rembat lagi kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 04:21 PM | Show all posts
tiap tiap minggu@bulan, ada sahaja berita anggota polis terlibat dengan kes jenayah
dah macam bukan isolated case dah
berapa jumlah keseluruhan anggota polis kat malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 04:41 PM | Show all posts
polis.. polis..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 05:05 PM | Show all posts
duit org cicir 2 ringgit dia nak cilok..
bila org perasan baru la dia buat2 tanya duit saper cicir...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 05:05 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-2-2018 08:40 AM
akak dh semak dik, pegawai berkenaan bukan andartu. lega akak ahli persatuan masih jaga nama baik  ...

world cup tahun ni kat russia la makcik. tahun 2022 baru qatar. mana ada world cup dubai. backpacking ke russia la .

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 07:52 AM | Show all posts
selayaknyalah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 08:20 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 10:15 AM
kereta jumpa simpan balai dia guna ye..
agaknya nak balik kampung raya cina nanti..
baru la nampak ...

Haha. Kalau simpan di stor belakang balai, berkarat je. Baik ambik pakai untuk kegunaan sendiri ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063162 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list