Setiap kedai pasti berusaha mencari cara untuk meningkat jualan kedai. Terdapat pelbagai promosi yang dilakukan untuk memastikan jualan meningkat. Begitu dengan kedai daging di Taiwan yang telah mengunakan kaedah lain daripada yang lain untuk meningkatkan jualan dagingnya. Malahan pelanggan yang datang terus menjadi pelanggan setia ke kedainya.
Nama model tersebut ialah Peach.
Bagaimana pekedai daging ini mampu melakukannya? Ianya dengan mengupah seorang model yang cantik di media sosial untuk bekerja di kedainya. Kedai daging ini telah dilaporkan berjaya menjual daging dan mendapat ramai pelanggan setia. Namun pekedai ini telah mengambil keputusan untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan. Beliau bekerja dengan mengambil pesanan, menjual daging dan beramah mesra dengan pelanggan. Beliau bekerja dengan memakai skirt pendek dan baju panas yang berpotongan pendek. Ini merupakan suatu yang jarang dilakukan oleh pekedai daging. Ini sebabnya pelanggan terutama lelaki datang ke kedainya.
Lama kelamaan, ianya telah menjadi bualan orang ramai tentang penjualan kedai daging. Bukan sahaja pelanggan lelaki yang ramai datang ke kedai tersebut malahan pelanggan perempuan turut datang. Terima kasih pada beliau.
Di samping itu, Peach turut berkongsi pekerjaan barunya di laman sosial. Malahan, tindakan Peach memuat naik gambarnya telah menjadi tular. Keadaan ini telah menarik orang ramai untuk datang ke kedainya.
Kedai ini menjadi semakin popular.
Ramai pelanggan yang beratur di kedainya.
Kami merasakan cara dia beramah mesra dengan pelanggan menyebabkan kedainya didatangi oleh ramai pelanggan.
|