View: 1843|Reply: 6
|
Aik, Betul Ke Kucing Bantu Lindungi Bayi Baru Lahir Dari Asma?
[Copy link]
|
|
Sering kali kita mendengar orang memberi nasihat supaya menjauhkan anak daripada haiwan seperti kucing kerana dikhuatiri mudah menyebabkan jangkitan kuman.
Namun, penemuan sebuah kajian terbaru mendakwa kehadiran kucing di dalam rumah boleh melindungi bayi daripada penyakit terutama yang membabitkan pernafasan iaitu asma. Menarik juga, tapi kedengaran macam tak logik pula, kan?
Foto: aspca
Menurut professor paedatrik Hans Bisgaard, ada satu gen dalam tubuh manusia apabila diaktifkan akan mengundang risiko penyakit asma. Namun, ternyata dengan kehadiran kucing boleh menjadi asbab gen terus dinyahaktif untuk melindungi sistem imun bayi baru lahir.
Foto: shutterstock
Sejauh mana kebenarannya? Kajian ini menggunakan 377 gen bayi baru lahir termasuk mengambil kira faktor persekitaran seperti kewujudan haiwan peliharaan seperti kucing di rumah.
Dan mengejutkan hasil kajian mendapati kehadiran kucing bukan sahaja melindungi bayi dari asma, malah penyakit yang popular dalam kalangan bayi baru lahir iaitu pneumonia dan bronchitis.
Foto: Carian Internet
Namun kajian ini masih terlalu awal untuk dibuktikan. Mungkin juga kehadiran bakteria bawaan daripada kucing antara punca penyakit asma berkurang. Namun begitu, Bisgaard masih percaya kehadiran kucing juga merupakan salah satu faktor kepada penyakit ekzema terhadap bayi.
Rasanya tak mustahil juga kehadiran kucing ni boleh membantu, tapi harus diingatkan kehadiran kucing juga membahayakan. Jadi, kenalah tunggu kajian yang lebih terperinci dilakukan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kdg aku tertgk kat utube, org duk biar baby gesel2 muka kat kucing rasa
tak geli ke kut kut bulu tu masuk dlm mulut hidung baby, aku sayang gak kucing tp idak le sampai gesel2 kat mulut hidung.
bhgn muka mmg aku elakkan bersentuh dgn kucing. |
|
|
|
|
|
|
|
Asma selalunya menyerang ikut apa yang individu tu alah. Tak semestinya sebab bulu kucing sebab ada pesakit asma yang tak alah dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kucing indoor je akak tak kisah sgt. akak kalau apa2 yg menguatkan immune system baby akak ok je. tp kita pulak yg tak kuat. sekali tu pegi playzone dkt aeon, balik kite yg demam. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi betambah teruk ada la |
|
|
|
|
|
|
|
kalau teori ni betul,menyangkal la dakwaan selama ni kata kucing boleh buat asma lg teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
klu kucing indoor ok jer.. mcm jibu dgn yusuf.. aman2 je kn |
|
|
|
|
|
|
| |
|