CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3062|Reply: 11

10 Tips Memandu Di New Zealand – Barulah Syok Tengok Pemandangan!

[Copy link]
Post time 6-2-2018 12:14 PM | Show all posts |Read mode




Katanya, antara negara tercantik di dunia - New Zealand menjadi dambaan ramai kaki jalan yang sekurang-kurangnya mahu sampai ke sana walau sekali seumur hidup.

Jadi, nak meneroka tempat Hobbit serta pemandangan indah, anda haruslah memandu, barulah boleh menikmati percutian sepuas-puasnya. Nak memandu di tempat orang pula, haruslah tahu ‘adab’nya. Di sini ada 10 tip memandu di New Zealand yang harus anda ikuti.


1. Plan itinerary
Sebelum merancang untuk memandu di New Zealand, anda perlu sediakan ‘checklist’ dulu jadual dan juga laluan pemanduan. Dari situ, baru anda tahu berapa hari nak sewa kereta, berapa jauh perjalanan dan berapa hari nak naik kenderaan awam.


2. Sewa kereta dari syarikat yang dipercayai
Bila dah ada ‘itinerary’, tibalah masa untuk mencari syarikat kereta sewa yang boleh dipercayai. Antara syarikat yang popular ialah :
Budget, Hertz, Omega Rental Car, Go Rental, Maui, Jucy

3. Ambil insuran pelindungan penuh
Malang tidak berbau. Jadi, sebelum jadi apa-apa yang tak diingini, ada baiknya anda ambil insuran perlindungan penuh yang melindungi semua benda tentang kereta tersebut. Penting ya!


4. GPS
Penggunaan GPS memang penting untuk membawa kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya anda boleh sewa juga GPS sekali dengan kereta. Atau pun untuk yang mempunyai roaming data Internet anda pakai saja Google Maps. Sewa GPS bermula pada harga $5 sehari.

5. Lesen memandu
Terima kasih Malaysia di atas format baru lesen memandu yang diterima di New Zealand. Ini adalah kerana dwi-bahasa yang terdapat pada lesen memandu terbaharu kita diterima di sana. Mudah kan? Untuk yang belum perbaharui kepada lesen baharu, anda boleh lakukan sedemikian di mana-mana cawangan JPJ di seluruh Malaysia.


6. Jalan sama macam Malaysia
Buat rakyat Malaysia, ini satu lagi kelebihan untuk kita yang ingin memandu di New Zealand. Jalanraya di sana sama je coraknya seperti jalan di Malaysia. Jarang ada lubang-lubang mengejut yang berbahaya. Pemanduan mereka juga sama macam kita iaitu di sebelah kanan. Itu yang best!


7. Memandu ikut had laju
Bila dah dapat kereta tu, selalunya anda akan diberikan minyak yang penuh. Macamana anda dapat begitu, jadi pulangkan pun kena macam tu juga. Keadaan kereta selalunya memang elok. Disarankan supaya anda memandu ikut had laju yang ditetapkan. Kamera ada di mana-mana. Jadi, ingat, sepanjang di sana, jaga had laju ya.



8. Maklumat parkir terperinci
Kalau di New Zealand, kebanyakkan tempat kecuali di bandar, memang parkirnya PERCUMA. Contoh kalau di Dunedin, anda boleh cari kotak parkir dan bayar sahaja di parking coin acceptor, ambil resit dan letakkan di dashboard kereta.




9. Haiwan berkeliaran
Kebanyakkan tempat yang memerlukan anda memandu sendiri lazimnya terletak di luar bandar. Di New Zealand pula, ianya lebih kepada biri-biri, arnab, possum, kucing ataupun landak. Jadi, perlu lebih berhati-hati sekiranya memandu di kawasan-kawasan begini. Takut-takut ada yang melintas, terkejut.


10. Memandu secara berhemah

Apa-apa pun, anda yang merancang untuk memandu di Australia ataupun di New Zealand harus berhati-hati, patuhi setiap undang-undang jalanraya dan berhenti jika mengantuk. Beri laluan dengan aktifkan signal anda (ke sebelah kiri) jika memandu secara perlahan. Tak perlu laju-laju, tak lari destinasi dikejar, yang penting utamakan keselamatan. Selamat memandu! - CARI



Kredit : Travelkemana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Wishlist yg dah lama dalam bucket.  Harap adalah sampai peluang jadi kenyataan.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 12:39 PM | Show all posts
Rules yang sama bila rasa nak memandu diluar negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 01:06 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 6-2-2018 12:39 PM
Rules yang sama bila rasa nak memandu diluar negara

Aku nak ke New Zealand lg Art bulan 4 ni. Kali ke 3 punya trip. Mmg berhantu NZ ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 01:19 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 6-2-2018 01:06 PM
Aku nak ke New Zealand lg Art bulan 4 ni. Kali ke 3 punya trip. Mmg berhantu NZ ni

Dah kesana 3rd Qtr last year tahun ni berkelana ke lain pulak dulu.  Beku balik layan snowboard bulan 12 aritu pun baru rasa nak mencair ni meklum ler KL mendung je manjang tak berapa nak panas.  Tak sabau nak berhot pants balik kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 01:24 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 6-2-2018 01:19 PM
Dah kesana 3rd Qtr last year tahun ni berkelana ke lain pulak dulu.  Beku balik layan snowboard bu ...

Ko bukan dok KL ke Art?? Aku dpt panggilan haji tahun ni. So lepas NZ trip, dok diam2 kat rumah. Nak kena insaf sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 03:05 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 6-2-2018 01:24 PM
Ko bukan dok KL ke Art?? Aku dpt panggilan haji tahun ni. So lepas NZ trip, dok diam2 kat rumah. N ...

Dok KL tapi kadang tak da sebab terpaksa gi merata untuk menguruskan urusan duniawi.  Ok ler tu dah dapat jemputan akhirnya, memang nak kena bawak berinsuf ler nampaknya semoga semua urusan berjalan lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 02:40 PM | Show all posts
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South dulu? then, cuaca dia summer kan time dec tu? panas lit lit ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah pernah pergi 4 tahun lepas. Memang best gila. I pergi 2 weeks dari selatan ke utara then ke selatan balik memang tak cukup hari. Haihh rindu NZ!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokbunga replied at 7-2-2018 02:40 PM
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South  ...

Kalau 2 minggu boleh cover dari North ke South. Kalau ada masa seminggu je, pegi South je dulu.December tengah summer, boleh jadi panas melampau. Tapi tak seteruk summer kat Australia. Yang best nye kalau summer siang panjang, malam singkat.So lambat gelap senang la nak drive long trip
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 06:20 AM | Show all posts
pokokbunga replied at 7-2-2018 02:40 PM
tingin nak gi NZ, nak plan pegi dec tahun ni, kalau dlm 2 minggu , korang suggest gi North or South  ...

kalau ada 2 minggu tu better la cover south.. tp based on experience south sgt berbeza dgn north..so kalau ada rezeki lebih dtg cover north then baru south sbb kalau dah tgk south, north ni xde la cantik sgt..summer taun ni panas litlit. stok kipas abis..nasib kami jarang dduk rumah kalau x berkepam panas..keluar pulak sunburn
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 12:00 PM | Show all posts
ohh dec panas ehhh....hmmmm kena pikir balik lar camnih...hihihi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.706070 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list