CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28389|Reply: 67

Wajah Terkini Isteri Zarul Umbrella dan Anak Perempuannya Yang Berusia 19 Tahun

  [Copy link]
Post time 6-2-2018 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 7-2-2018 12:29 PM




Vokalis kumpulan Umbrella iaitu Zarul Husin berkata dia tidak berkongsi foto-foto bersama anak perempuannya Puteri Ayu Nur Arisha, 19, di laman sosial bagi memberi privasi kepada remaja itu.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, berkata, dia tidak mahu anak perempuannya diganggu dengan pandangan negatif segelintir pihak sehingga menjejaskan kehidupan normalnya.

“Saya memang enggan dedahkan dia di laman sosial kerana saya tidak mahu ganggu privasi dia. Saya bekerja sebagai penyanyi dan mudah terdedah dengan gosip atau berita yang kita tidak tahu pada masa depan.

“Saya tidak mahu dia turut terpalit dan menerima pandangan negatif oleh orang ramai terutama di media sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zarul berkata dia juga jarang memuat naik gambar mesra bersama isterinya Intan Nur Fathihah yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan tambah murah. Malah, hubungan sebagai suami isteri juga tidak terlalu diperbesarkan di tempat kerja.

“Jika di tempat kerja hubungan kami, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu, saya lebih selesa begitu,” ujarnya.



Sementara itu, ditanya reaksi isterinya jika ramai peminat yang memberi komen di laman sosial Instagarm, Zarul berkata, isterinya tidak pernah bersikap cemburu.

Malah, isterinya turut membacakan setiap komen peminat wanita di laman sosial itu. “Dia tak kisah pun dan kalau ada yang komen ingin mengurat saya, dia sendiri yang bacakan.”Sepanjang kami berkahwin dia memang seorang yang memahami,” ujarnya.Zarul pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan seorang wanita bernama Ayu dan berpisah kira-kira 12 tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Puteri Ayu Nur Arisha, 19. Dia kemudian berkahwin dengan Intan Nur Fathihah pada 29 April 2010.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cerita lama je.. kosseerrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:14 PM | Show all posts
Muka bini nye vogue lg  idak kepam mcm acik umo 40 an
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:23 PM | Show all posts
Bagus dapat isteri sporting and understanding.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:29 PM | Show all posts
cettt tak nampak gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni gambar zaman biler daaaa...isteri zarul pun dah putih & dah berhijab khennnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2018 04:40 PM | Show all posts
mcm muka jeslina penyanyi dulu2 yang suka baca buku dalam club malam
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:43 PM | Show all posts
12 tahun lalu
sekarrang anaknya 19tahun
maksudnya 7 tahun je la usia perkahwinan pertama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana muka anak berusia 19 tahun yg lg cantik dari neelofa tu? Aku cuma nampak muka makcik yg berusia 45 tahun yg lagi cantik dari neelopa je
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Intan ni okay friendly. Tapi aku suka lagi kakak intan ni nampak lagi soft. Memang dari dulu lagi dia bagi tau kawin zarul and selalu ikut zarul buat show jugak. Pelik aku orang heran dengan artis2 malaysia ni. Time kerja pernah kerja dengan kumpulan 4U2C, adik farouk hussin, adik sofea jane, bini Dj Dave, Raja Ilya, Dewi remaja yang tak jadi artis end up jadi crew. Cam orang biasa jer semuanye rakyat marhein jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:55 PM | Show all posts
sampah sangat thread ko nih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
luvemedaa replied at 6-2-2018 04:14 PM
Muka bini nye vogue lg  idak kepam mcm acik umo 40 an

Itu gambar Intan, baru mid 30s.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:06 PM | Show all posts
mana pic anak dia???
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:06 PM | Show all posts
Mana muka anak zarul wei..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:06 PM | Show all posts
slavehunter replied at 6-2-2018 04:54 PM
Intan ni okay friendly. Tapi aku suka lagi kakak intan ni nampak lagi soft. Memang dari dulu lagi di ...

ye la..sapa yg heran retis kan..kita2 yg penah involve ngan entertainment biz ni..x heran..ari2 boleh jumpa mcm2..siap lepak2 makan2 ngan dorang and they all sumer insan biasa,,dorang pun kentut gak..penah masuk toilet busuk gak..pinjam baju2 kalau tpaksa gak..pinjam kasut pas tu x pulangkan balik..sama cam marhaen..cuma bila dah mekap..baru rasa.."ehh cantiknyer ko",,kalu satu bilek ngan dorang..sama je muka bangun tido nyer..cuma yg floles tnpa mekap tu tetap cantik walau x de mekap..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:12 PM | Show all posts
mana gmbr anak dia ...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 6-2-2018 05:06 PM
ye la..sapa yg heran retis kan..kita2 yg penah involve ngan entertainment biz ni..x heran..ari2 bo ...

Hahaha....pusing2 sama gak rakyat marhein.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Goosssssiiippppp nyerrrrr ialah ???!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pics bila ni TT
Dah lama bertebaran pics ni semua masa zarul masuk GV dl
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 05:29 PM | Show all posts
mana pic anak dia?
come on TT..you can do better than this
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.181607 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list