CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2019|Reply: 1

Enaknya Landak Rendang, Ayam Hutan Berlada. Menu Wajib Cuba Jika Ke Sekinchan

[Copy link]
Post time 7-2-2018 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Jarang sekali kita mendengar menu dihasilkan dari landak ataupun daging rusa. Mungkin boleh kita katakan bahawa menu ini adalah menu yang eksotik dek kerana sukar untuk mendapatkannya, dan juga rare.

Rendang Landak (Sumber: themalaymailonline.com)




Namun, tahukah anda Restoran Lembah Bernam di Sekinchan, Sabak Bernam menyediakan hidangan eksotik dari spesies hidupan liar tetapi dimasak mengikut selera tempatan.

Menu haiwan eksotik yang 'killer' di restoran ini ialah rendang landak dan juga daging rusa masak kicap lada hitam.

Masak Kicap (Sumber: themalaymailonline.com)



Siapa sangka haiwan-haiwan eksotik ini boleh diolah menjadi hidangan yang begitu menarik dan boleh diterima tekak masyarakat setempat.

Memetik Malay Mail, pemilik restoran iaitu Saudara Ahid Jaafar, 44 mengakui pada mulanya beliau agak risau untuk membuka restoran yang mempunyai konsep sebegini namun cubaan beliau ternyata berjaya. Ramai pelanggan yang datang begitu teruja untuk merasa menu-menu haiwan eksotik ini.



Lebih menarik, ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memakan haiwan ini untuk merawat penyakit dalaman seperti lelah dan batuk.

Pengunjung yang datang ke restoran ini sudah pasti seronok menikmati kelembutan dan keenakan daging rusa yang manis serta ayam hutan yang dimasak berlada ataupun goreng. Menu ini adalah menu WAJIB CUBA jika anda singgah di restoran ini.

Menu-menu eksotik lain (Sumber: themalaymailonline.com)



Bercakap mengenai sumber daging haiwan yang hendak dimasak, Saudara Ahid mengatakan beliau mendapatkan bekalan daging dan bahan mentah haiwan-haiwan ini daripada pembekal yang memiliki lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

(Sumber: themalaymailonline.com)



Oleh kerana sumber bahan mentah kadang kala begitu terhad dan sukar untuk dicari, harga bagi menu-menu ini agak mahal juga. Sebagai contoh, hidangan daging landak dijual RM24 segram ataupun RM120 untuk sekilogram. Manakala daging rusa pula RM16 segram atau RM80 sekilogram. Ayam hutan pula dijual dengan harga RM30 seekor dan RM7.50 seketul (dibelah empat).

Selain menikmati hidangan ekstotik yang sedap-sedap, anda juga dijamu mata dengan keindahan bendang yang luas terbentang kerana lokasinya yang terletak di kawasan perkampungan bersawah padi.

(Sumber: themalaymailonline.com)



Jika anda hendak kemari, Restoran ini terletak di Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan. Dibuka pada pukul 11 pagi hingga 5 petang kecuali setiap hari ini (Jumaat). - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 03:08 PM | Show all posts
dah penah sampai & makan kat sini years ago (rasanya 2014 kot)... agak jauh ke dalam dari main road... kena lalu tepi sawah bagai ... nasib baik masa tu google maps sedia membantu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.313160 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list