CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7212|Reply: 29

Misteri Hang tuah Seorang wanita

  [Copy link]
Post time 7-2-2018 01:22 PM | Show all posts |Read mode




Seorang wanita yang mengetuai Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM) mendakwa Keris Taming Sari yang menjadi rebutan pelbagai pihak kini berada dalam simpanannya.

Keris yang dikatakan Taming Sari itu diwarisi oleh Yang Dipertua PKPRCSWKM, Dr. Fadzillah Hussin kira-kira empat tahun yang lalu.

Laporan dari Malaysia Gazette menyebut, keris tersebut diambil oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Datuk Wan Omar Wan Majid dirumah datuknya yang dikenali dengan panggilan Tok Wan Ismail di Kampung Semerak.

“Wan Omar mendapat mimpi supaya mengambil keris itu di rumah datuknya (Tok Wan Ismail). Selepas itu, beliau mendapat ilham menyerahkan keris tanpa hulu dan sarung itu kepada saya.

“Keris ini asalnya disimpan Tok Wan Ismail dan setelah diserahkan kepada saya, saya jadikannya sebagai lambang kebesaran pertubuhan ini dengan dilengkapkan hulu dan sarung baharu,” kata Fadzillah.

Tambah beliau lagi, penyerahan keris itu diadakan menerusi satu majlis di rumahnya dan di kediaman bekas wakil rakyat itu di Kampung Raja Dagang, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada Mac 2012.

Fadzillah juga turut menambah adiknya, Ahmad Tarmezi Hussin pernah bermimpi didatangi pahlawan Melayu, Hang Tuah dan juga keris Taming Sari. Namun pada mulanya Tarmezi tidak menceritakan mimpi itu kepada kakaknya kerana menganggap ia hanya mainan tidur.

“Sehinggalah dia bermimpi lagi wanita tua yang selalu datang dalam mimpinya dan mengatakan dirinya adalah Hang Tuah telah meninggal dunia. Daripada situ, dia mengajak saya mencari khazanah peninggalan wanita berkenaan. Berdasarkan mimpi itu juga, saya dan adik mencari sebuah rumah yang tidak didiami di Kampung Aril, Gunung, Bachok.

“Saya meminta izin jiran berhampiran untuk memasuki rumah itu dan mula mencari keris Taming Sari,” katanya.

Naman pencarian Dr. Fadzillah hampa apabila tidak menemui keris Taming Sari sebaliknya hanya mejumpai tasbih, sebuah tin kecil yang penuh dengan pelbagai saiz, gading dan tulang gajah serta buku sejarah.

Fadzillah kemudian berkata pada September lalu, dia bertemu dengan seorang pakar keris, Mohd Noordin Ab. Hamid untuk mendapatkan padangan tentang keris berkenaan.

Noordin kemudian hanya menjelaskan kepada Fadzillah bahawa keris itu dikenali sebagai Lonjakan Puncak Alam dan mengandungi pelbagai jenis besi dengan luk tujuh dan berpamor tanda gunung jolokan.

“Gunungnya tinggi menaik manakala usia keris ini melebihi 100 tahun dengan pakaiannya (sarung) berunsur Kelantan-Pattani.

“Sampirnya pula berbentuk tebar layar yang diperbuat dari kayu kemuning bercoreng dan bergewen. Hulunya berbentuk anak ayam yang juga diperbuat dari kayu kemuning berceloreng,” katanya.

Fadzillah juga berkata beliau sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan jika ada pihak tertentu yang musykil dengan keris Taming Sari yang berada dalam simpanannya itu dan Hang Tuah yang dipanggil Mak Bonda sebenarnya seorang wanita, bukan lelaki. - Siakapkeli.my




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
WAH terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 02:36 PM | Show all posts
ni akak blh terima, tp hang sajat akak xblh terima
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ddlu pernah baca jugak hang tuah ni ppuan katenya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mitos ja semua ni.. Xde logika
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 06:54 AM | Show all posts
Inila jadinya bila lupa makan ubat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2018 07:55 AM | Show all posts
payah otak aku nak terima..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pestime dengor hang tuah pompuan...hadooiiiilaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2018 03:31 PM | Show all posts
itu hang buah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 11:58 PM | Show all posts
mungkin saka keris itu  menyamar
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dengar sendiri dari student UMK. Ada seorg prof bgtau student tu, prof berkenaan berpeluang meneliti satu manuskrip melayu lama yg tersimpan di sebuah universiti luar negara. Manuskrip tersebut menyatakan bahawa Hang Tuah tidak dibunuh oleh Hang Jebat.  Sekadar berkongsi info pd semua...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 10-2-2018 11:58 PM
Pernah dengar sendiri dari student UMK. Ada seorg prof bgtau student tu, prof berkenaan berpeluang m ...

Alahai...hakak salah taip. Yg sebenarnya, Hang Jebat tidak dibunuh oleh Hang Tuah.  Maaf semua..betul2 tak sengaja..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 11:43 AM | Show all posts
Macam susah nak terima yg Hang Tuah itu wanita..macam tak lojik..takkan tomboy kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 12:40 PM | Show all posts
Hang Tuah sebenarnya orang Cina..
Hang Tuah sebenarnya orang perempuan...

Lepas ni apa? Hng Tuah seorang LGBT?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 11:03 AM | Show all posts
mcam2 version... hang sajat je tak bole terima hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 09:22 AM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 11-2-2018 12:40 PM
Hang Tuah sebenarnya orang Cina..
Hang Tuah sebenarnya orang perempuan...

Thats the trend....

Fitnah akhir zaman. The age of feminism, and LGBT is the optimum of "Feminism".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2018 04:21 PM | Show all posts
tahun 2080 esok

HAng tuah seorang RObot,

hang tuah seorang cyborg

hang tuah seorang alien...


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:22 PM | Show all posts
syukur lah bani tamim ni memeluk islam kalo tak ada tajuk


hang tuah seorang dewa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 04:27 PM | Show all posts
sranua replied at 11-2-2018 11:43 AM
Macam susah nak terima yg Hang Tuah itu wanita..macam tak lojik..takkan tomboy kot.

hang tuah keciwa atas kebodohan diri sendiri jadi macai soltan lalu tukar jantina?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 01:32 PM | Show all posts
x kn bodyguard sultan seorg pompuan kot..
ermm..tp idea blh wat filem ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.305379 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list