CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18514|Reply: 238

[Jenayah] ‘Dah masuk JJCM, harga terus tak masuk akal’ – Pelanggan dicaj RM120 untuk makan

  [Copy link]
Post time 8-2-2018 11:23 AM | Show all posts |Read mode


“Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab mencekik darah,” demikian tulis Sue Idris di Facebook yang kesal dikenakan caj harga makanan sebanyak RM120 yang dikatakan tidak berbaloi.


Sue bersama tiga rakannya datang berkunjung ke negeri Melaka. Setelah puas dan penat berjalan, mereka singgah di sebuah kedai makan yang ‘famous’. Namun alangkah kecewanya apabila mereka mendapati kedai itu indah khabar dari rupa.


“Kedai makan tengah hari ini famous, pernah masuk Trip Advisor dan Jalan-Jalan Cari Makan. Mestilah semua orang imagine sedap kan?


“Secara jujurnya, biasa saja asam pedas dia. In fact, di Kuala Lumpur ada asam pedas yang lebih sedap,” tulisnya.


Sebelum itu, Sue menegaskan dia bukan mahu memburuk-burukkan perniagaan orang lain tetapi untuk memberitahu kepada semua agar mereka merancang dengan baik jika datang berkunjung ke negeri bersejarah itu.


“Tujuan saya menulis adalah untuk beritahu semua yang mungkin merancang atau akan datang ke negeri bersejarah itu di masa akan datang. Juga saya tidak mengalakkan anda makan di kedai berkenaan.


“Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab harganya mencekik darah.


“Al kisahnya kami berempat mengambil lauk asam pedas bahasgian ekor (tak besar mana pun) tiga, kepala ikan (kecil juga dan dibelah dua), sayur kobis kami letak dalam satu pinggan sebelum ambil portion masing-masing, nasi tiga pinggan dan air tiga cawan.


Ini harga makanan yang mereka caj:

  • Bahagian ekor (3 pcs): RM40
  • Kepala ikan belah dua: RM40
  • Sayur kobis sepinggan: RM23 (ini yang paling tak puas hati!)
  • Jumlah keseluruhan yang kami perlu bayar termasuk dengan air ialah RM120. Ada ke patut sayur itu dicaj RM23??

Apabila pergi membuat bayaran dan bertanya kenapa harga yang dicaj terlalu mahal, ini jawapan mereka.


“Eh, memang harga macam ni lah!”

“Dalam video mungkin saiz ikan itu nampak besar. Tetapi sebenarnya tidak,” katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2018 11:35 AM | Show all posts
asam pedas bkt katil ni

dekat traffic light jpj

mmg cekik darah kedai ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2018 11:54 AM | Show all posts
tagas replied at 8-2-2018 11:35 AM
asam pedas bkt katil ni

dekat traffic light jpj



sedap ke. lama dah tak makan asam pedas


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila mahal haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 8-2-2018 11:35 AM
asam pedas bkt katil ni

dekat traffic light jpj

Hajah rahmah kan.. ? Tgk sign tu mcm kedainya

Bnyk menu2 dia, kuih2 melayu.. rasanya dah banyak kali gak masuk TV3 & astro

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:00 PM | Show all posts
Sebab tu tak berapa nak minat nak singgah kat kedai yang dah diviralkan dalam media macam ni kebanyakan pasti akan ambil kesempatan.  Lebih baik tanya penduduk setempat mana tempat makan yang betul2 best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah,celaka..aku kna rm30
.nasi putih separuh ngan udang kcik je
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayur kobis RM23? Boleh beli kobis berapa biji dah gila cekik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi melaka mkn asam pedas kt bandar melaka tu..xtau nk mkn tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:04 PM | Show all posts
sedap sgt ke ?  dh le mahal............
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:05 PM | Show all posts
Komen jer dlm Trip Advisor tu harga choking the blood
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:10 PM | Show all posts
alaaa nape gambar kedai blur. x nampak nama. senang boleh boikot awal2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:19 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 8-2-2018 12:02 PM
Gi melaka mkn asam pedas kt bandar melaka tu..xtau nk mkn tempat lain

asam pedas laksamana claypot ke?..aku mmg plan cny turun melaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:20 PM | Show all posts

ikan merah ke tu? ikan merah dan yg sewaktu dgnnya mmg agak mahal, smlm aku beli sekeping isi yg besar tapak tangan aku pun dah rm11

kobis tu mmg cekik darah la

aku masak pun lagi sedap (ni anak aku kata ye)
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:22 PM | Show all posts
aku mmg sapot pelanggan viralkan kedai2 cekik darah ni..tak kesah laa dia tak tgk harga ke tak seblom makan tu..at least leh kasi warning kt org lain dari terkena
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 8-2-2018 12:19 PM
asam pedas laksamana claypot ke?..aku mmg plan cny turun melaka

Tak...mkn kat food court market tepi mahkota parade tu je...masa tu dah nk balik xmau jln jauh2 cr kedai..
Hasil carian google ada satu kedai asam pedas kat lot kedai tepi tapak pasar malam tu..tp haritu kedai tu full house..jd mkn je dlm market jual souvenir2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2018 12:24 PM | Show all posts
Edited by Hessa at 8-2-2018 12:46 PM

ewww..iols mmg menyampah dgn peniaga2 makanan yang PERASAN bagus nak jual makanan harga mahal..tgk je lah kedainya tu, standard gerai je, tepi jalan je,kotor pulak tu, tong sampah depan kedai, laluan nak masuk kedai pun kotor...ewww bukan lah kedai lot mcm perumahan taman ke,decoration kedai urban style ke, siap ada aircond, pendek kata resto gred A lah, tapiiii ada hati nak charge mahal..sesape forumer dalam ni yg ada resto, fikir2kan lah ye, harga biar ikut standard tempat dan makanan ok.. jgn letak harga syok sendiri namanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:26 PM | Show all posts
tak sedap la asam pedas hajah rahmah ni overrated...biasa je rasanya n mahal. service pun ke laut. aku kalau pi melaka, selalu pergi perhentian kuih kampung. situ murah, sedap n service bagus. kalau lambat, waiter berkali-kali datang minta maaf.. tapi last trip pi kuih kampung, asam pedasnya cair sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mkn kat kedai cina muslim tu okay, ramai org mkn
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
X de tanda harga ker....main amik jer x tgk harga ikan..lauk
Aku klu g makan ...mmg akan tgk tanda harga...ada ke x de....klu x de aku ty kat tuan kedai tu dolu....
Klu dijawab nak x nak....mmg angkat kaki keluar la....tu kan hak kita sbgai customer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.073531 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list