CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3386|Reply: 5

Hanya 1 Euro, Dah Boleh Beli Rumah Di Itali! Serius, Rasa Nak Pindah Sekarang

[Copy link]
Post time 8-2-2018 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Anda tak silap baca. Betul tu, tak salah lagi. Rumah di perkampungan ini dijual dengan harga 1 Euro (RM4.82).


Jika anda ada perancangan nak bercuti ke Itali, apa kata anda pindah sahaja dan beli rumah di sana! Selalu mengadu rumah dan kos hidup di Malaysia ni mahal kan? Inilah masanya untuk anda mulakan langkah baru!


Terdapat 200 rumah batu yang penuh bersejarah di Ollolai, Sardinia yang memerlukan pemilik baru. Walau bagaimanapun kesemua rumah ini memerlukan pemulihan yang ketara.



Foto: Travel & Leisure



Setiap pemilik hendaklah memberi komitmen dalam pembersihan dan baik pulih selama 3 tahun. Kos baik pulih mungkin boleh mencecah sehingga 25,000 USD menurut CNN.


Inisiatif jualan rumah-rumah ini diharap dapat mengekalkan sejarah bandar ini yang makin pudar dan mengembalikan populasi yang telah menurun daripada 2250 orang ke 1300 dalam jangka masa 50 tahun yang lepas.


Foto: Travel & Leisure


Menurut Datuk Bandar, Efisio Arbau, jualan rumah di sini mendapat permintaan dari seluruh dunia dan 3 unit telah pun dijual.






Foto: Travel & Leisure




Bagi anda yang ada pasang cita-cita nak beli rumah di luar negara boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut: https://casea1euro.it/ollolai-informazioni/


Rasa macam dalam filem Under the Tuscan Sun, bukan? -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meisapoya at 8-2-2018 12:24 PM

So sebenar nya modal kena keluar sebenar nya maximum $25,000 +
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 12:34 PM | Show all posts
Banyak ler satu Euronya sah2 nak kena bermodal untuk baik pulih rumahnya tu nampak keadaan teruk juga tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 06:12 PM | Show all posts
menarik tp total kos cm besar gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 07:35 PM | Show all posts
hidden cost;kos maintenance cekik darah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 08:58 PM | Show all posts
rasanya byk tmpt kat europe mcm ni .... ade yg nk jual satu kampung  ....  tp nak baikpulih, cukai, nk maintain ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063690 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list