Kebelakangan ini sering kali dilihat dalam Instagram Sheila Rusly mahupun Jinggo ada kelibat Ayda Jebat yang kerap datang ke set penggambaran JS Pictures.
Foto: IG Sheila Rusly
Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan Ayda Jebat dan keluarga Sheila Rusly yang dilihat sungguh akrab.
Foto: IG Ayda Jebat
Kemesraan kedua-duanya menunjukkan bahawa Ayda telah menjadi sebahagian daripada keluarga Sheila dan ini diakui sendiri oleh pengarah dan pelakon terkenal itu.
Foto: IG Sheila Rusly
Menurut Media Hiburan, Sheila menegaskan bahawa tidak ada masalah jika Ayda datang ke set penggambaran dan dia juga tidak mengganggu sesiapa hingga membuat orang sekeliling kurang selesa seperti yang dikatakan netizen sebelum ini.
Jika dilihat Ayda bukanlah seorang sahaja artis yang rapat dengan keluarga Sheila Rusly malah Janna Nick dan Dayana Roza juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keluarga meriah ini.
Foto: IG Sheila Rusly
Hubungan mereka telah lama terjalin sebelum Janna terlibat dengan JS Pictures lagi dan tidak sepatutnya dijadikan isu oleh sesetengah pihak.
Ayda juga menerima pelbagai tawaran dengan stesen TV lain dan bermula penggambaran drama Dekatkan Jarak Kita itulah menjadi titik tolak kepada hubungan yang semakin hari semakin akrab bersama keluarganya.
Ada juga yang kurang senang dengan kelibat Ayda Jebat yang mesra dengan keluarga Sheila. Bukankah baik menjalinkan hubungan yang erat antara pelakon dan pengarah. - CARI
kena ada udang sebalik mee ke bila rapat2 mcm ni. industri seni kt malaysia ni kecik je. pusing2 tang tu gak. elok la tu berbaik2 sesama mereka dari bermusuh2an gitu
gaduh salah baik salah...kau dah kenapa nyah...dasar haters...dasar netizen...mak doakan yang bebaik2 je la untuk kau orang semua ye nyah...tapi mak tak suka mak hayam sheila rusly ni..ada ke ajar anak masak maggi...sampai ke maggi goreng minang bagai....