|
Juruteknik bilik mayat dipecat selepas ujian DNA mendedahkan dia melakukan hubungan intim dengan mayat bintang realiti yang mati dibunuh.
Memetik Mail Online, Oksana Aplekaeva, bekas bintang realiti Rusia, Dom-2, dibunuh pada 2008 dan mayatnya ditemui pemandu lori di lebuh raya.
Hingga kini, pembunuhnya masih belum ditangkap. Namun, selepas menerima maklumat baru polis mengarahkan mayat mangsa digali semula untuk menjalankan ujian forensik yang lebih terperinci.
Hasil pemeriksaan mendapati Oksana diserang secara seksual selepas kematiannya dan ujian DNA menunjukkan pelakunya dikenali sebagai Alexander, 37.
Foto: Mail Online
Alexander yang masih bekerja di situ dipaksa untuk meletak jawatan selepas perbuatan terkutuknya itu terbongkar.
"Saya tak boleh menentang sains dan sejak itu, sudah tiga bulan saya menganggur," katanya.
Alexander turut mendakwa dia ditinggalkan isterinya yang juga sudah menukar nombor telefon.
Menurut laporan, Alexander tidak pernah melakukan kesalahan lain termasuk gangguan terhadap mayat sepanjang 12 tahun bekerja di bilik mayat itu.
Media tempatan melaporkan, dia tidak boleh dihukum di atas perbuatannya kerana kesalahan sedemikian tidak termaktub dalam undang-undang negara itu.
Polis bagaimanapun, menegaskan Alexander tiada kaitan dengan pembunuhan mangsa. - CARI |
|