View: 2512|Reply: 14
|
"Biasalah, Pemandu Malaysia" - Ibu Keguguran Lambat Tiba Hospital
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan yang menginginkan zuriat pasti berasa sedih jika si ibu mengalami keguguran. Hanya mereka tanpa hati dan perasaan tidak akan bersedih di atas kehilangan anak.
Pun begitu, setiap yang hidup pasti akan mati. Cepat atau lambat, hati perlu dididik untuk belajar menerima ketentuan Tuhan. Setiap manusia pasti akan diuji dengan perpisahan.
Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan perasaan ketika berdepan detik cemas sebelum kehilangan anak dikandungnya.
Menerusi coretan Nani Sabri, dia menceritakan kesulitan terpaksa dihadapi ketika dalam perjalanan ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana sakit perut.
Menurutnya, dalam keadaan trafik sesak, tiada siapa menghiraukannya dan memberi laluan walaupun lampu kecemasan sudah diberi.
Namun, sudah suratan takdir. Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan kandungannya tidak dapat diselamatkan.
"Tiada denyutan jantung"
Foto: FB Nani Sabri
Perkongsian itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang melihat sikap pemandu hari ini semakin hari semakin teruk.
Bila pemandu dah pegang stereng...
"Kalau ambulans minta laluan pun buat tak tahu saja, inikan pula kereta biasa," komen netizen.
Dalam pada itu, terdapat seorang individu tampil memberi tanggapan negatif terhadap posting berkenaan. Menurutnya, Nani sepatutnya belajar menerima takdir, bukan berkeluh-kesah di laman sosial.
Dah nama pun takdir
Bagaimanapun, tak semua bersetuju dengan pendapatnya itu.
Boleh jadi bodoh, tapi jangan terlalu bodoh
Foto: FB Siakap Keli
Betul juga komen netizen. Kebanyakan daripada kita berubah 360 darjah sebaik sahaja memegang stereng. Ketika itulah, sikap sebenar kita ditonjolkan.
Semoga kisah ini menjadi pelajaran buat kita semua supaya lebih bertolak ansur di atas jalan raya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni lah kak, ape yg akak ckp tu btl. tp ramai yg gune double signal utk kepentingan yg tak penting. so, jgn berterusan salahkan org. org dh x tahu nk beza yg mne ptg yg mne x ptg. kita kira akak ni mangsa keadaan lah.
cuma yelah, kalau dia cepat sampai, maybe dia redha dan tak salahkan pemandu2 lain.
apepun simpati dan sedih di atas kehilangan bayi tercinta.
mohon baca dgn tenang posting sy, jgn duk kecam, kita sbg manusia ade pendapat masing2 kan. ke ade jgk yg nak kecam sb nk sy sependapat ngn awak? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak salahkan driver lain pulak..
at first dia sendiri tak alert dengan kandungan dia..
entah tunggu bleeding teruk baru nak pi hospital..
pastu dah sendiri kata traffic sesak..
dalam keadaan sesak ko fikir driver lain boleh buat apa?
ingat driver lain nampak dalam kereta dia jadi apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pun simpati utk ibu ini...tetapi jgn salah kan org lain yg sebabkan kematian..mungkin ajal baby sudah tiba..mungkin kejadian yang berlaku adalah asbab kepada kehilngan baby..... |
|
|
|
|
|
|
|
betul... disebabkan penyalahgunaan double signal buat orang malas nak bagi laluan... tambah pulak eaktu jammed teruk... harap akak ni jangan salahkan driver yea...
|
|
|
|
|
|
|
|
last year tak silap
tp ni husband dia yg bawa kereta
hon2 n double signal...ye la kita tak tau sbb ape kan, panas juga lah hati
tetiba tgh2 jem, hon2 n double signal n hi beam sambil angkat tangan
esok2 tu perasan posting husb dia kat fb, wish tq pada yg beri laluan, wife nak bersalin n sangat emergency |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga digantikan dgn rezeki yg lebih baik amin |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai sibuk hujah qada qadar.. memanglah dah qada qadar.. tapi kalau sempat sampai, anak mati takler terkilan.. dari masih kat kesesakan jln.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni rumah dekat dengan hospital kerajaan dan hosp tu memang kawasan jammed, lampu trafik pun lama tapi aku tak pernah tengok kereta2 tak bagi laluan pada ambulan atau kereta yang emergency bagi double signal hon2 bagai.
Walaupun di tempat lain, aku tak pernah tengok kereta yang kejam tak bagi laluan pada emergency.
Diorang ni mereka cerita ke bab tiada kerjasama tu? Ke aku yang memang tak pernah jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku pun tak beri laluan dekkk...lantaklah lampu kau emergency ke, high beam ke..
Lagi2 kalau jalan sesak teruk...
Selagi bukan kereta polis atau ambulan,
Pandai2 lah kau nak hidup..
Kereta menteri lalu pun kadang2 sengaja aku lambat ke tepi
Inikan pula kereta rakyat biasa |
|
|
|
|
|
|
|
kan..x penah lagi aku tgk org x bagi laluan kat ambulan melainkan mmg betul2 sesak dah x bleh gerak dah..come on la..takdela teruk sangat pun malaysia ni dek oii
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada betul apa nurse kata masa kelas prenatal,
cuba set timer untuk tahu berapa lama boleh sampai hospital tempat beranak...
itu kami buat, set timer masa siang perjalanan, masa malam,
masa traffic masa jalan lengang, dan cuba diffrent routes.
ok cita ni takda kaitan dengan cita di atas... |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang banyak orang yang salah guna double signal & laluan kecemasan. sebab tu pemandu lain malas nak bagi laluan melainkan kenderaan polis/ambulance/bomba/peronda lebuhraya. Akak xleh la nak pukul rata salahkan driver lain ye.
Masa 8 bulan mengandung aku & suami buat test run drive gi 2 hospital berdekatan. sekali pada waktu puncak, sekali pada waktu malam. Laluan ke hospital sungai buluh sesak pada waktu pagi so aku dah standby sigboard (kertas a4 je pon) untuk letak kat cermin depan & cermin belakang dengan harapan orang bagi laluan. kalau x silap last year pon ada viral orang buat macamni. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.Moga tabah hadapi kehilangan.Ada la rezeki lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kak, kalau kandungan nak gugur mmg akan gugur. Susah nak selamatkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|