CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2620|Reply: 1

Bukan Sekadar Padang Golf Biasa. Anda Boleh Santai Bercuti Di Sini..

[Copy link]
Post time 13-2-2018 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin agak pelik untuk bercuti di padang golf kan? Tapi tidak di AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT.


Mungkin juga ramai yang tidak pernah dengar tentang resorti ni. Ya! Resort ini merupakan padang golf untuk pemain-pemian golf.


Tetapi ramai yang tidak tahu disebalik terbentangnya padang golf yang luas itu terdapatnya resort untuk menginap dan bercuti.



Pintu masuk resort (Sumber: Agoda.com)




Resort ini terletak di Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, Selangor. Ianya terletak di daerah Kuala Langat, Selangor.


Pekan yang terdekat dengan Pulau Carey ialah Pekan Telok Panglima Garang. Ia juga tidaklah terlalu jauh dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur (lebih kurang 90km), KLIA (60km), Bandar Banting & Bandar Klang (25km).


Secara asasnya, resort ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebahagian padang golf dan sebahagian lagi adalah resort dan calet. Suasana resort yang tenang dan mendamaikan amat sesuai untuk seisi keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan Bersama keluarga di sini antaranya menaiki ATV, flying fox, berkayak, berkhemah, paragliding dan memanah.



Aktiviti berkayak





Santai menaiki bot





Kids Fun Zone (Sumber: amvertoncove.com)




Di sini terdapat sebanyak 62 buah bilik untuk bahagian resort yang terdiri daripada bilik deluxe, premier suite, courtyard villa, superior lakefront, deluxe lakefront dan Amverton Villa. Kadar harga bagi kesemua bilik ini adalah RM288 hingga RM1088.


Setiap bilik mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi bilik jenis Amverton Villa, ia merupakan sebuah villa 2 tingkat yang dilengkapi jakuzi serta kolam renangnya tersendiri. Terdapat juga bilik yang mempunyai pemandangan padang golf dan tasik berhampiran bilik penginapan.



Pemandangan sekitar resort









Kolam renang juga tersedia di sini





Menikmati keindahan alam




Selain melakukan aktiviti Bersama keluarga, terdapat juga Spa Sompoton yang menyediakan terapi urut, pakej spa, rawatan muka dan rawatan badan bagi memenuhi permintaan tetamu yang mahu menghilangkan tekanan selepas bekerja.
Ternyata, selain menjanjkan pengalaman bermain golf, Amverton Cove Golf & Island Resort juga merupakan destinasi percutian yang ideal untuk seisi keluarga. Jom ke sini! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 11:33 AM | Show all posts
jom jom...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list