CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7148|Reply: 30

HISTERIA SEWAKTU PLKN

[Copy link]
Post time 13-2-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera

Sekian lama jadi SR dalam bod MPS ni. Dah beberapa thread baca, seronok pulak biarpun malam-malam tido awal sebab duk teringat jadi takut hehehe.

Dulu memang tak suka cerita hantu, tak pernah saja-saja nak dengar kalo orang cerita pasal hantu, kalau movie pun harammmm takkan tengok punya. Kalau tengok pun mesti yang hardcore gila-gila semua orang duk sembang; contoh macam Ju-on, The Ring, Pee Mak, Long Kong ke apa namanya. Selain tu, taknak tengok. Orang putih kata ‘I don’t believe in spending money to scare myself’. Gittew.

Kecik-kecik dulu pun mak ayah tak pernah dedahkan atau takut-takutkan pasal hantu. Pernah tanya mak ayah, betul ke hantu tu wujud, tapi mak ayah cakap hantu tu takde, yang ada hanya syaitan dan iblis. Jadi kami adik beradik emang dari segi disogok macam tu, jadi tak pernah heran dengan cerita hantu. Takut tu memang la takut, tapi kalua dengar orang cerita ke memang dalam akal duk fikir mesti ada penjelasan lojik di sebalik cerita tu.

Panjang intro heh, bukan apa nak cerita supaya korang kenal sikit background akak, moga menambah pemahaman la ye. Baideway akak bahasakan diri akak ni akak la ye. Tidak muda, tapi tidak la tua. Ikutkan dalam FB, dorang kata pompuan akan terpaling cantik time ukur akak ni (tahun 2018). Kehkeh.

Okay kisah pertama. Mungkin ada kisah-kisah seterusnya, so akak namakan kisah ini kisah pertama.

HISTERIA SEWAKTU PLKN

Kejadian berlaku tahun 2004, tahun pertama PLKN. Yes, akak adalah golongan pertama terpilih ke PLKN yang nun jauh di utara. Boleh agak la kan akak ni umur berapa. Akak duk pantai timur, tapi kena PLKN kat utara. PLKN time tu buat dekat kem, akak sejujurnya lupa nama kem tu tapi nama daerah dia akak ingat la. Dah nama pun kem kan, memang dalam hutan. Tidur pun dalam khemah. Buat aktiviti pun masuk hutan bagai. Tapi dalam sebulan tu takde dengar cerita hantu, kalau ada pun cerita yang tak hardcore, biasa-biasa yang kita duk dengar je. Sampailah satu malam tu, ada Malam Kebudayaan.

Kesahnya pada malam tu, semua kena berkumpul di Dewan Makan. Pakai baju cantik-cantik. Masing-masing pakai baju kebudayaan masing-masing, baju kurung baju melayu cheongsam saree chee chong fan. Hehe. Bukan chee chong fan naa, itu bukan baju tu. Untuk malam tu, kami kena buat persembahan mewakili kumpulan masing-masing dan pemenang akan dipilih. Lupa dah time tu, kumpulan tu kita panggil company kot. Ikut gaya askar gitu. Akak dulu Charlie. Ada Alpha, Beta, Charlie dan D apa tah lupa. Short term memory betul kehkeh. Delta kot kalo ikut phonestics.

Ok malam tu lepas dinner, bersiap cantik-cantik semuanya berkumpul kat dewan. Time tu malam, hujan start turun renyai-renyai. Tapi dalam pada hujan renyai tu, sekali ada petir menyambar. Kuat. Terkejut semua orang. Akak time tu dalam satu khemah akak ada dalam 8 orang gitu kalau tak silap. Semua melayu, sorang ja india. Ada sorang melayu ni, kitorang semua memang pangkah dia sebab gediks nak mamp. Gedik yang amat, di mana time kilat tu dia duk dengan marka dia. Bila kilat menyambar, memang dia gi peluk marka dia tak lepas-lepas. Marka dia pun apa lagi, naik syok la. Duk berpeluk merenyam padahal time tu baru sekali je bunyi kilat, dan belum malam sangat pun lagi time tu, kira nampak cerah lagi la tak takut. Banyak lagi kes gedik yang minat ni buat, kalau akak cerita memang korang akan cakap dia ni ‘whore’ gitu. Serius cakap.
Ehh okay sebenarnya minah ni takde kaitan pun dalam cerita ni. Tetiba teringat sebab kami semua satu khemah tu duk peratiiii ja kat perangai dia. Kehkeh.

Back to the story. Malam makin gelap. Lepas solat (ada yang tak solat sebab solat sendiri-sendiri dalam khemah), kitorang semua berkumpul dekat dewan. Acara dah nak bermula. Hujan semakin lebat. Dalam duk seronok-seronok, tetiba petir sambar menyambar. Kuat. Sampai kan petir panah ada satu speaker sampai meletup, kemudian blackout. Keadaan tetiba jadi huru hara tak terkawal. Bayangkan tengah seronok-seronok semua pakai cantilk padahal selama ni pagi petang malam duk pakai baju celoreng je, tetiba dalam masa tak sampai 5 minit keadaan jadi gelap gelita petir berdentum pump um gitu.
Budak perempuan apa lagi, terus menjerit. Ada 2 3 orang hysteria, jatuh pengsan. Dalam kelam kabut, pelatih PLKN cuba kawal keadaan. Kerusi meja dialihkan ke tepi, semua duduk dalam 2 kelompok. Satu kelompok lelaki, satu kelompok perempuan. Mana yang pengsan tadi dialih ketepi sikit, bagi ruang sambil kipas-kipas dengan tangan. Time tu mana nak cari kertas ke pebenda weh nak kipas, tak jumpa. Kalau ada pun kipas pakai selipar jepun je. Gelap! Tengah-tengah hutan dalam kem pulak tu, memang takde lampu apa semua.

To be continue…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 12:35 PM | Show all posts
Kem mana tu sis? Iols dulu pun plkn 1st batch kem beringin beach resort langkawi. Tepi pantai.  Sedeh kem tu dah demolish. Skrg jd st regis langkawi.

Adakah sis kem uum sintok? Ke rimba taqwa sik? Ke kola nerang? Ke baling? Ke merbok?

Histeria tu mmg biasa la kat kem.  Yg iols paling tak leh lupa masa kat kem langkawi tu  kena buat rondaan pg2 buta dengan sorang kawan. Kena meronda dr satu khemah ke khemah. Mmg rasa seram sejuk jer. Pastu ada berita hebuh cakap diorang nampak “benda” kat tepi pagar khemah.

Apa pun iols rasa plkn paling best. Lepak2 tepi pantai
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 12:43 PM | Show all posts
aisay man.....kakak tgh syok2 menghayati gelap malam guruh berdetam dentum, to be continue pulakkkk.......aiyoooo....potong betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 03:00 PM | Show all posts
Ok sambung. Hehe. Ambil anak sekolah jap. Ni pun taip dalam Word.

Pada mulanya ada dalam 2 3 orang je hysteria, dalam masa yang sama kilat sabung menyabung nonstop. Memang cuak gila time tu, bising hiruk pikuk orang menjerit menangis. Akak time tu sejenis blur. Tak nangis, takde perasaan takut sebab dah bagitau tadi yang akak ni sejenis yang fikir lojik. Orang ramai, biarpun gelap, akak duk tenang je hihi. Bukan berlagak ye, memang akak sejenis gitu dulu. Dulu la, sekarang akak tenang juga cuma ada beberapa kejadian yang membuka mata akak bahawa ada benda yang berlaku depan mata tanpa lojik akal, so akak percaya sikit-sikit pasal benda misteri ni. Bila tengok akak sorang tak nagis time tu, kawan-kawan sekhemah akak yang lain semua berpegang kat akak. Bayangkan dalam 8 orang, tolak sorang yang gediks dan sorang lagi akak, maka 6 orang duk peluk akak sorang-sorang. Semua menangis.

Ohh lupa nak inform, time tu dah ramai gila pengsan dan hysteria. Orang sekeliling kami kiri kanan depan belakang rebah pengsan. Lagi kuat la kawan-kawan akak ni nangis. Time tu india ke cina ke melayu ke siam ke, semua hysteria.  Akak time tu baru tau kiranya hysteria ni tak mengenal kaum, selama ni ingat orang melayu je hysteria. Fasilitator PLKN – kami panggil cikgu, semua dah taktau nak buat apa. Akak tak boleh bergerak time tu sebab semua duk pegang peluk-peluk. Dalam huru hara tu, tetiba bertambah kecoh sebab ada sorang mamat ni tetiba bangun bersilat!

Yang bestnya, mamat tu patah kaki. Dekat tapak kaki dia tu berbalut, patah dekat bahagian arc tapak kaki tu. Memang sepanjang PLKN tu dia bertongkat, real punya patah sebab dia kawan kepada kawan khemah akak. Tapi malam ni tetiba dia bangun bersilat, tapi tak nampak lawan dengan apa.

Dan yang paling best, akak memang tak nampak dia bersilat sebab akak tak boleh bangun kena peluk kuat-kuat dengan 6 orang yang duk nangis ni 0____0

Tapi ramai la yang nampak mamat ni duk bersilat. Lepas kejadian tu dengarnya mamat ni memang ada keturunan boleh ngubat orang, gitu je lah kesahnya.

Tengah mamat tu bersilat, ada seorang fasi suruh baca apa-apa surah yang ingat ramai-ramai. Time tu baru la tersedar yang kita ni dari tadi blur takde baca surah apa pun. Baru la pakat baca ayat qursi la apa la, itu pun mengikut je suara yang baca. Tak boleh ingat langsung ayat time tengah huru hara macam tu.

Sambil baca tu baru lah suasana jadi reda sikit, hujan berhenti dan kilat pun stop. Orang bersilat pun dah stop, waktu tu malam lagi tapi suasana dah cerah sikit. Mungkin awan dah tak lindung bulan waktu tu, bayangkan satu kem tu blackout memang gelap sangat. Budak yang hysteria semua masih pengsan, tak lama kemudian datang ambulan. Seingat akak ada dalam 4 biji ambulan kot datang malam tu. Tapi memang sikit la nak dibandingkan dengan jumlah orang yang pengsan. Sampai ke pagi ingatnya kami duk kat dewan.

Lepas kejadian tu yang bestnya akak masih lagi blur kehkehkeh. Lupa dah lepas tu apa yang berlaku, tapi seingatnya memang lepas tu malam-malam buat baca yasin kat surau lepas maghrib. Sapa-sapa yang sebelum tu tuang solat pun tobat dah, solat cukup waktu. Tak ingat ada tak pihak pengurusan panggil ustaz ke apa ke, tapi lepas tu kitorang ada buat jugak malam persembahan antara company, tapi dengan kadar sederhana je la, sekadar buat syarat sebab benda tu macam requirement untuk markah gitu. Sepanjang PLKN tu seingat akak tu la satu-satunya kejadian angker yang berlaku, kalau ada pun time tu akak sejenis yang tak ambil port sangat tu yang jadi ingat-ingat lupa hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 03:09 PM | Show all posts
iwan007 replied at 13-2-2018 12:35 PM
Kem mana tu sis? Iols dulu pun plkn 1st batch kem beringin beach resort langkawi. Tepi pantai.  Sede ...

kem merbok sis. hihi, seb baik ingat nama.

memang best gilaaaaaa. time tu dah la lepas spm, otak takde pikir ape. result pun belum dapat, so memang enjoy sakan gi plkn. macam-macam peristiwa dengan geng2 kat sana. geng pulak dpt yg satu kepala, iolls drp yg tak pernah sampai utara terus jatuh chenta la dengan negeri sana, nasib tak kawen orang sana ja hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 03:09 PM | Show all posts
Mokcu replied at 13-2-2018 12:43 PM
aisay man.....kakak tgh syok2 menghayati gelap malam guruh berdetam dentum, to be continue pulakkkk. ...

kahkah bagi suspen sikit sis. thread dah sambung, jemput bacaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2018 03:34 PM | Show all posts
rasa seakan dejavu
mcm pnh baca kisah ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 03:40 PM | Show all posts
Edited by pitera at 13-2-2018 03:43 PM

Bila diingat balik, ada beberapajuga kejadian misteri yang pernah berlaku kepada akak dan orang sekelilingakak. Bila ingat-ingat balik memang ada, tu yang rasa nak share kat sini. Tapi sejujurnyaakak tak pernah nampak penampakan ni, dan harapnya takkan nampak sampaibila-bila la. So taktau la nak kata cerita akak ni seram ke tidak sebab bendatak nampak, cuma jalan cerita je la yang seram sikit bagi akak. Huhuhu.


Ok sementara mood nak bercerita ada ni, akak nak cerita pasal rumah sewa yang akak duduk time ngandung anak sulung.


BUNGKUSAN ANEH DI RUMAH SEWA –PITERA


Kejadian belaku pada tahun 2014,akak mengandung anak sulung time tu. Awal kahwin akak dan suami ni PJJ, biladah hujung-hujung kehamilan tu baru la suami pindah ke tempat akak.


Kami laki bini ni masing-masing negeri jauh, so sedara mara pun semua jauh. Jadinya semua benda pun uruskan sendiri. Begitujuga dengan rumah sewa. Time awal mengandung tu akak duduk kat rumah yangjauhnya 45 minit dari tempat kerja. Gigih tau pregnant sorang-sorang drive pagibuta. Susah betul dapat rumah sewa dekat time tu, bukan tak cari yang dekat. Nasibbaik bila suami dah pindah dekat, akak ada jumpa satu rumah sewa dekat tamanyang lama, dengan harga yang berpatutan.


Rumah tu memang gelap dan kusamsikit, tapi waktu masuk tu takde fikir apa sangat pun. Time tu kan masihberfikiran lojik hihihi. Di bilik master bedroom tu ada satu aircond tapi dahlama tak servis dan kena topup gas. Akak ni kerja dekat pusat pengajian yangada offer kursus/ sijil kepada bakal askar yang akan bersara. Kalau nak taulebih lanjut boleh rujuk sini ye, ada dijelas kan serba sedikit:




okay back to the story, dekat ofis akak ni ada ajar kursus baiki aircond. Jadi nak senang akak contact lasorang ex student ni, bekas askar yang dah ambil kursus dekat ofis akak,sekarang dia bukak bisnes servis aircond.


Bila panggil, dia datang berduadengan kawan dia, PERHEBAT juga tapi akak tak penah ajar direct. Akak namakanmereka Cik Eman dan Cik Manan ye.

Cik Manan ni rupanya adakebolehan mengubat sikit-sikit. Waktu datang tu, dorang start dengan servis katbahagian luar aircond as in luar rumah la kan. Topup gas apa semua. Time tusembang-sembang, dia pun intro la sikit-sikit. Akak ni walaupun tak percaya,tapi akak faham pantang larang. Bila dia ada intro-intro tu, akak adalah naknak suruh dia tengokkan rumah tu tapi takde la bagitau direct. Akak cuma cakapnanti sebelum balik minta dia scan la, dia pun dah faham dan akan cubatengokkan kot ada pape.


Lepas dia siapkan kerja kat dulu,kami masuk ke dalam bilik nak tengok yang kat dalam. Time tu aircond memangkedudukan dia almost kat siling. Rumah tu pulak asalnya Rumah Awam kos rendah,antara dinding bertemu siling tu macam ada lubang gitu. Tak reti nak explainmacamana, tapi pendek kata ada lubang kat situ, sebesar bongkah simen dekatdengan aircond. Yang Cik Eman ni panjat tangga nak capai ke aircond tu,kebetulan perasan lubang tu.


Hish nak cerita pun berdiri buluroma ni.


Bila dah nampak lubang, diaterhenti. Cik Manan ada kat sebelah tangga, kami semua ke belakang sedikit. CikEman suluh ke dalam lubang, kemudian pandang ke bawah ke arah Cik Manan, dan cakap:


“Man, ada bungkusan ni”


Mak aiiiii berderau darah kamilaki bini. Cik Manan terus menyumpah choi choi gitu lepas tu baru laAllahuakbar. Terkejut gak kami kat situ dengar dia choi choi mulanya hahahaha.


Lepas tu kami laki bini keluarrumah, tinggal dorang dua orang setelkan apa yang patut kat dalam. Tengah mengandungkan time tu, tak berani nak tunggu tengok dorang buat apa dengan bungkusan tu.


Lepas dah siap, Cik Manan tubagitau takde apa. Kain batik je katanya. Akak tak nampak dia pegang, taktaudia letak kat mana benda tu. Then dia pergi azankan dekat pintu depan dan pintubelakang rumah, then sebelum balik dia tanya nama penuh nama mak ayah semualepas tu jampi-jampi sikit.

Sebenarnya akak taktau dia baca apa, tu yang akak cakap dia jampi tu hahaha. Tapi semuanya bukan yangmenyimpang inshaa Allah. Dia juga ada pesan, kalau rumah yang senang kena kacauni jenis rumah yang kalau kita masuk pintu depan, kita boleh terus tembus kepintu belakang. Rumah deisgn gini tak elok katanya. Pesannya lagi, kalau dalambilik tidur kita, jangan letak katil mengadap pintu bilik, maksudnya kalau kitabukak pintu bilik terus nampak katil.  Takelok katanya, senang kena sihir ke apa kak lupa dah. Ni memang akak followjuga, bukan sebab percaya benda karut tapi by logic memang tak elok kalau bukapintu bilik terus nampak katil kita laki bini. Katil laki bini ni kan tempatkita berahsia, kalau orang datang rumah kita pun kita tak bukak pintu bilik,apatah lagi kalau buka nampak katil terus.


Lepas cik berdua tu balik, takde kejadian aneh yg berlaku pada kami laki bini dan baby dlm perut. Aman damai jeduduk, sampai la bersalin dan baby dalam pantang. Kami pindah waktu abby umurdalam 2 bulan lebih sebab jumpa rumah lagi elok, tapi sepanjang berada di sana tak pernah kami terkena apa-apa atau anak nangis tak berhenti.


Cuma satu je, laki akak ni baran. Baran yang amat sampai akak pun tak paham. Time tu akak tak sedar lagi yang sebenarnya ada masalah dalam perhubungan kami.Yang tu memang berkait dengan banyak benda la. Nanti kalau ada masa akak cerita ya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2018 03:45 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 13-2-2018 03:34 PM
rasa seakan dejavu
mcm pnh baca kisah ni

baca kat mana tu sis? maybe org plkn yg sama mcm akak pernah cerita jugak kot. ramai jugak tu satu plkn dlm ratus-ratus org jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:51 PM | Show all posts
pitera replied at 13-2-2018 03:45 PM
baca kat mana tu sis? maybe org plkn yg sama mcm akak pernah cerita jugak kot. ramai jugak tu satu ...

bod mps ni jgk
mmg sama lh ceritanya

tp xigt tajuk thread

pnh share story x dlm mps psl plkn ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 04:02 PM | Show all posts
Edited by pitera at 14-2-2018 02:24 PM

sedikit tambahan berkenaan posting BUNGKUSAN ANEH DI RUMAH SEWA –PITERA:

lepas akak dah bersalin, anak dah besar sikit, akak ada jumpa balik dengan cik eman. pekan kecik je, so pusing-pusing jumpa orang sama jugak kan. kebetulan time tu akak dengan husband. kami duduk minum-minum bersama.

stori punya stori, dia bukak cerita pasal kes bungkusan tu. dia tak cakap tu bungkusan apa, cuma dia cakap yang akak ni ada 'ilmu'. huish tetiba akak cakap, ilmu apa ni cik oi.

dia explain yg akak ni ada pendinding yang tersendiri, sebab tu akak pergi mana-mana pun dijaga. akak taktau ke dia tanya. ofkos la akak geleng, mana pernah tau benda ni semua. tadi pun dah cerita yang akak ni tak percaya sangat, jadi tak lojik la akak ni ada pendinding.

cik eman tu cakap, akak ada amalkan doa apa2 tak?

takde - jawab akak.

pergi mana-mana ada tak mak ayah ke atuk nenek pesan suruh buat gitu gini?

takde - akak jawab.

atuk nenek ada tak wariskan apa-apa kat akak?

pun takde akak jawab.

last-last cik eman tu pun sendiri pelik. dia kata ada, akak je yang taktau. hmmm.

lepas jumpa tu, kami laki bini memang lupa terus. tapi lepas beberapa kejadian berlaku, laki akak ada cakap maybe betulnya apa yang cik man tu cakap, sebab akak ni selalu terselamat dalam apa-apa perkara:

1. akak pernah eksiden sorang-sorang kat kawasan keras. ini pun pelik bin ajaib juga, sebab kereta akak siap tergolek terbaik tapi akak tak luka. kereta pun bukan langgar divider ke pokok ke, langgar tanah je so time tu akak takde la kena saman. biasa kalo eksiden kalo langgar divider ke benda-benda awam ke, time buat report polis tu kena bayar saman gitu.

2. time plkn tu akak sorang yang blur. husband ckp maybe ada kaitan la tu. akak kuat semangat dan pendinding tu tolong coverkan akak katanya.

3. **removed due to privacy issue
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 04:05 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 13-2-2018 03:51 PM
bod mps ni jgk
mmg sama lh ceritanya

saya first time share dlm ni.

btw yang awak baca tu yg ni ke:

https://mforum.cari.com.my/forum ... &highlight=plkn
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:12 PM | Show all posts
pitera replied at 13-2-2018 04:05 PM
saya first time share dlm ni.

btw yang awak baca tu yg ni ke:

tajuk thread tu ape yenk search

sbb xblh bkk plak link tu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 04:23 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 13-2-2018 04:12 PM
tajuk thread tu ape yenk search

sbb xblh bkk plak link tu

Dari mata Pelatih Kem PLKN Air Tawar Perak - oleh theflash- [color=rgb(153, 153, 153) !important][color=rgb(153, 153, 153) !important][Copy link]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:26 PM | Show all posts
pitera replied at 13-2-2018 04:23 PM
Dari mata Pelatih Kem PLKN Air Tawar Perak - oleh theflash- [Copy link]

ok cun
dh jumpe
jap nk g intai
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:40 PM | Show all posts
okey.. dh setel
nope
bukan
xde persamaan
ade jumpa lg satu thread psl plkn
jap eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2018 04:48 PM | Show all posts

hihi ok babe. kot boleh jejak kasih ke jumpa member 1 plkn

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:58 PM | Show all posts
pitera replied at 13-2-2018 03:09 PM
kem merbok sis. hihi, seb baik ingat nama.

memang best gilaaaaaa. time tu dah la lepas spm, ota ...

Oh kem damai park resort merbok. Mmg kat kaki gunung jerai. Byk cerita2 mistik & angker.  Depan pi tu pagar tu ada sungai air terjun. Best mandi kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2018 05:01 PM | Show all posts
iwan007 replied at 13-2-2018 04:58 PM
Oh kem damai park resort merbok. Mmg kat kaki gunung jerai. Byk cerita2 mistik & angker.  Depan pi ...

haaa betul betul. ada air terjun kecik. kalo naik atas sikit rasanya ada angkor wat kat situ. kalo tak silap la. area kem kitorg tu byk pokok durian, tapi time kitorg pergi durian baru berbunga, tak sempat merasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 05:11 PM | Show all posts
pitera replied at 13-2-2018 05:01 PM
haaa betul betul. ada air terjun kecik. kalo naik atas sikit rasanya ada angkor wat kat situ. kalo ...

Angkor wat ke candi lembah bujang?  Kawasan merbok tu mmg terkenal dengan sejarah peradaban masyarakat masa zaman logam kot kalau x salah. Kat belakang uitm kedah tu byk yg diorang jumpa.  Yg jd histeria tu mesti ada buat kacau kat tempat dia atau mulut celupar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.070549 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list