View: 2294|Reply: 12
|
Kisar, Masak Penkek Hari Kekasih Guna Mulut - Jiwa Kental Je Boleh Tengok Video
[Copy link]
|
|
Sempena Hari Kekasih, pelbagai kaedah digunakan bagi menunjukkan tanda cinta mereka kepada insan tersayang. Siapa yang tak mahu menghadiahkan kekasih mereka dengan sesuatu yang bermakna, unik dan lain dari lain, kan?
Foto: Reaction GIFs
Bagaimanapun, apa yang dilakukan wanita ini terlalu ekstrim. Dia memasak penkek menggunakan mulut sendiri! Eww, ada ke yang nak makan?
Sebuah video dimuat naik menerusi saluran Youtube memaparkan Riva Godfrey menunjukkan langkah memasak penkek ubi bit itu. Katanya, ia sangat romantik!
Mungkin dari sisi positifnya, ia sangat romantik kerana tidak menggunakan pengisar, sebaliknya mengunyah sendiri ubi berkenaan. Tapi, dari sisi negatifnya ia sangat kotor dan menjijikkan.
Bukan itu sahaja, dia juga 'mengisar' tepung, serbuk penaik serta susu di dalam mulutnya sebelum meluahkannya ke dalam mangkuk!
Sesudah itu, dia 'memecahkan' telur juga menggunakan mulutnya sebelum memasukkan isinya ke dalam mangkuk berisi tepung dan ubit tadi.
Kemudian, dia 'memukul' rata bahan itu menggunakan 'sarung tangan cinta' iaitu tangannya sendiri hingga menghasilkan warna merah jambu terang dan 'romantik'.
Oh, ya! Dia juga menggigit mentega sebelum diluahkan ke dalam kuali.
Tak cukup dengan itu saja, Riva kemudian memasukkan adunan penkek ke dalam mulutnya sebelum 'menuangnya' ke dalam kuali menjadi bentuk hati.
Foto: Mirror
Video 'Memasak Dengan Mulut' itu dihasilkan pengarah filem Nathan Ceddia dan pengarah kreatif Iska Lupton yang menampilkan pengacara Riva Godfrey.
Menurut Nathan, dapur sepatutnya menjadi tempat selamat untuk orang ramai bebas mempamerkan kreativiti masing-masing.
"Tetapi perasaan was-was dengan 'peralatan berbahaya' di sekeliling dapur seperti pisau tajam, pengisar dan seumpamanya menghalang seseorang mengekspresikan kreativiti kulinari mereka.
"Jadi, resipi ini sempurna sempena Hari Kekasih di mana kemalangan di dapur dapat dielakkan," kata Nathan.
Hanya mereka berjiwa kental saja boleh tonton video ini. Anda kental ke? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Whattt? Kreativiti jenis apakah ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah kokesen kapiaq babingang abadi |
|
|
|
|
|
|
|
pengotornye ko dekkkk! alang2 nk lg romantik asal ko xtelan je semua bahan tu msk dlm perut, proses2 keluar ikut jubur ko n hasilnya hidangkan dkt org tersayang jaa. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian la pasangan kau..dah habis makan baru bagi tahu kan...
{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Gelinya. Aku nk share straw dgn orang lain pon pikir 2 3 kali. Paling kurang lap dlu straw tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia yakin mulutnya lebih bersih dari peralatan lain |
|
|
|
|
|
|
|
adik beradik iqram dingdong, herul herot, susu sejat, alif x bersyukor....................attention seeker! |
|
|
|
|
|
|
|
Busutttt..kuman la gile |
|
|
|
|
|
|
| |
|