CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3585|Reply: 2

'Ketewol' Makanan Tradisi Orang Jawa Johor Yang Semakin Dilupakan

[Copy link]
Post time 14-2-2018 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Zaman dahulu kala, masyarakat kampung di Johor banyak menanam ubi kayu.

Oleh kerana ubi kayu hasil dari tanaman begitu banyak, maka banyak la menu-menu berasaskan ubi kayu dihasilkan. Antaranya ialah ketewol.

Ketewol yang sudah siap dimasak (Sumber: sportourism.id)




Ketiwol ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang perlu dijemur beberapa hari sehingga kering sebelum ditumbuk dan diayak menjadi tepung ubi.


Kemudian proses membuatnya adalah menggaul tepung ubi itu dengan gula perang dan dikukus.

Sumber: mstar.com.my




Sememangnya proses untuk membuat ketewol ini agak rumit. Mungkin disebabkan kerumitan ini menjadikan makanan tradisi ini kian dilupakan.


Namun, bila datangnya bulan Ramadan, ada juga peniaga bazar yang menjual ketewol kerana ia antara menu yang mempunyai aroma yang mampu membuka selera ketika berbuka.

Resepi Ketewol


Bahan-bahan

300g Tepung Gaplek (Cara buat tepung gaplek ialah ubi kayu direndam beberapa hari kemudian dikeringkan. Selepas kering  ditumbuk sampai halus dan diayak. Jadilah  tepung gaplek)
100  gram Kelapa parut
50 gram Gula
10 gram Garam



Foto: Jogjajan


Cara membuatnya

  • Masukkan  tepung gaplek ke dalam sebuah mangkuk.
  • Masukkan  sedikit air panas dan gaul sehingga tepung menjadi seperti ketulan.
  • Masukkan adunan tadi kedalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
  • Keluarkan adunan dari tempat pengukus dan biarkan sejuk.
  • Masukkan pula kelapa parut ke dalam tempat pengukus dan kukus selama 10 minit. Ini supaya kelapa parut lebih tahan lama.
  • Setelah adunan tepung gaplek dan kelapa parut sejuk. Campurkan kedua-duanya kedalam mangkuk. Pastikan kelapa parut telah dicampur dengan gula.
  • Masukkan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.
  • Ketewol sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba! - CARI  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 12:01 PM | Show all posts
ingat arwah nenek buat dulu...masa proses nak buat tepung tu..kena rendam dulu ubi tu..yarabbi..bau dia..tak sanggup.. tp bila dah jadi makanan..nyumm..nyumm...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy sukeeeeeee sgt makan ni.tp sy spl mkn di indon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.197527 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list