CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 7

hmm...apakah kita tidak menyedari ?

[Copy link]
Post time 14-2-2018 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Pupuk Budaya Seks Bebas Agama – Projek Ilmu Seks By Some Random Guys - February 13, 2018

Read more at: https://www.menara.my/pupuk-buda ... a-projek-ilmu-seks/


Kuala Lumpur: Projek Ilmu Seks (PIS) merupakan sebuah program mengenai pendidikan seksual yang membincangkan tentang langkah-langkah melakukan hubungan seks yang selamat, termasuk persetujuan melakukan seks ‘suka sama suka’, mencegah kehamilan dan penyakit kelamin secara terbuka melalui video di YouTube.

Pengasasnya, Shayne Wyat (nama samaran), seorang graduan dalam bidang perubatan, mengakui pernah melakukan hubungan seks songsang (gay) yang berakhir dengan penyakit kelamin (STD) yang mana telah mendorong dirinya untuk mendidik masyarakat mengenai seks. Menurut sumber, Shayne pernah menjalani prosedur ‘colonoscopy’ iaitu pemeriksaan dimana kamera dimasukkan ke dalam rongga dubur. Akan tetapi, dia telah didiagnosis secara salah dan diberitahu penderitaan sakit yang dialami itu disebabkan oleh pendarahan. “Pada masa yang sama, saya gugup … bukan hanya kerana saya aktif berseksual, tetapi saya juga mempunyai hubungan seks gay.” “Bagaimanakah saya mahu memberitahu doktor, ‘Saya tidur dengan seorang lelaki dan punggung saya sekarang sakit’?” katanya. Selain Shayne, projek Ilmu Seks ini turut dikendalikan oleh seorang editor majalah Herinza, 23, aktivis Mussy Del Cun*, 22, rakan yang dikenalinya semasa program anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU) dan Mischa Selamat, seorang aktivis transgender yang terlibat dengan Seksualiti Merdeka dan Yayasan PT sejak tahun 2011.


Katanya lagi, mereka sengaja memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam video penerangan seks untuk mendapatkan target penonton yang lebih besar kerana banyak jurucakap orang Melayu yang jahil tentang seks, percaya benda karut dan menggunakan hujah-hujah agama yang tidak saintifik. “Polisi kami adalah kami tidak mahu meletakkan langsung unsur agama dalam video kami, kami hanya mengambil aspek sains dan kesihatan,” kata Shayne sambil meluahkan bahawa akan ada pihak yang berkomentar mereka menyokong perbuatan yang dilarang agama. Shayne juga berkata akan meluaskan lagi saluran ilmu seks ini untuk memberi ruang membina satu komuniti yang boleh bersembang tentang seks secara aman, bertolak ansur dengan terbuka.


Dalam pada itu, kumpulan ini juga merancang untuk menerokai lebih banyak topik-topik yang feminin pada musim kedua dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk lebih terbuka mengenai seksualiti mereka. Difahamkan, Projek Ilmu Seks ini turut disokong oleh lima badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Advokasi Hak-Hak Reproduktif Malaysia, Yayasan PT, Majlis AIDS Malaysia, All Women’s Action Society dan Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif.





Read more at: https://www.menara.my/pupuk-buda ... a-projek-ilmu-seks/






Read more at: https://www.menara.my/pupuk-buda ... a-projek-ilmu-seks/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2018 02:53 PM | Show all posts
tujuan ialah untuk memberikan pendidikan seks  kepada masyarakat  - hmm murni usaha  tu
mendidik belum tentu dapat memberi seratus peratus pencegahan , nilai atau sistem nilai yg bagus ialah mencegah...MENCEGAH adalah bijak. Sistem nilai yg baik ialah ia memberiprotective effect pada penganutnya


jurucakap  Melayu ? sejak bila org Melayu ada jurucakap tentang hal ini  yg dikatakan tidak saintifik?

kan ada banyak rancangan di radio even di radio IKIM pun ada pakar  yg berkelayakan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 03:01 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-2-2018 04:30 PM

hujah agama yg TIDAK saintifik?

amboi - klausa yg perlukan sedikit penjelasan sebab  pada saya  pernyataan ini 'strong statement yg ?? asasnya saya ragui  dan tidak sopan.

sebab  apakah kita tidak menyedari


a) dalam Quran , ada  ayat  pertama 1-5 , kalamullah yg pertama diperkenalkan oleh The  SUPREME CREATOR melalui Jibrail ...

apakah ayat surah al alq 1-5  itu tidak ada nilai saintifik

amboi mudahnya  jemari menulis...

b) apakah dalam syariah  tak dinyatakan -  bila mana waktu wanita yg berhadas  besar  tu diharami dari bersetubuh?

apakah muslim tidak dibenarkan mendekati / menggauli pasangan  secara ' jalan belakang'? itu tak ada asas saintifik? ( kalau guna euphemism , atau bahasa kiasan apakah susila ini dikatakan tidak open? atau salahkan guan term  bersifat euphemism? kita gunakan sehari hari - buang air ...etctapi dalam konteks sekarang difahami bahasa yg direct dan konkrit - di wow kan dan dikatakan open...yes? tapi malu juga sebahagian daripada iman. kena ingat jugak ...ade yg tersilap sangka yg open = melucah.



okay  i mean  - the best platform for me untuk  mendekati soal soal berbentuk intimasi ialah kembali pada Quran

dalam ayat pertama itu kalau anda parents yg cakna islam dan education , anda dah boleh ceritakan secara saintifik dalam platform yg paling paling cantik - dalam quran diterangkan kejadian manusia - how?
secara paling sopan dan saintifik ( tapi harus diingat quran bukan kitab sains ya )

dan kalau parents tu mempunayi akal yg baik dan waras , sihat dan cakna adab dan akhlak - dah boleh masukkan elemen sistem nilai  juga - tentang kejadian manusia  tu dari dua sel, perkembangan manusia tu  macam mana...dan platform mana kejadian ini dihalalkan

orang islam yg  tidak memisahkan sistem nilai dan ilmu dah  dan  akan tahu guna platform ini...


so pada saya the best is till parents...


Mencegah lebih baik dari mengubati

dan dah ada pun bab munakahat yg diajari  pun saya maklum dalam aliran  agama bab ini

just  kalau nak inovasi dalam bab ini  mungkin guru panitia boleh panggil pakar perubatan juga untuk sesi ceramah dalam kelas...

lebih nampak integrasi ilmu tu
there are so many ways...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 03:02 PM | Show all posts
kenapa kita  tak integrasikan sistem nilai dan saintifik

?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 03:17 PM | Show all posts
persoalan kedua

makna keterbukaan tu kena dijelaskan sedikit - apakah  keterbukaan itu kalau dilakukan dalam konteks ilmu atau dalam pendidikan tertentu  contohnya dlm silibus sains  dianggap tak terbuka?



apakah keterbukaan itu melayakkan kita bercakap perihal intimasi  secara  out loud ? open kriteria macam mana?apakah org yg tak openly  talked atau tak dilihat mudah bergurau berbentuk sexual innuendos tak open?  kena begitukah

ade beza  being  open, and understand dengan just out loud to show kita open dan tak tahu apa apa langsung .

ada beza , seseorang  matang dan faham vs yg jenis  out loud tapi tak tahu apa apa pun.

pada saya org yg faham tentang  bab ini tak akan segan silu berkata atau menyatakan contoh : i am having period pada individu  lain dlm konteks yg sesuai , openly and confidently. tanpa ada segan pun. sebab memasing faham.
bukan jenis buat lawak  tak tentu hala.

ada banyak labelling dalam soal  terbuka - kalau org tu becrcakap soal seks sambil melucah dan surface understanding - okay kita kata dia open

apakah itu sopan dan sepatutnya yg berlaku?

pada saya , yg dilihat kebanyakan ialah yg melucah banyak

tapi bila mai bab essentials  iaitu aspek aspek  penting dalam hal intimasi  even termasuk kitar haid  - well masih ada  yg belum kuasai pemahaman asas sains asas tingkatan  3 ...itu asas, bila mai tang kesedaran pap smear, atau benda yg berkaitan dengan OCP etc  tak pun tahu yg benda ni kena follow up for blood pressure checking , weight monitoring etc.

so pertanyaan asas : apakah attitude kita semasa form 3 ketika belajar atau menerima ilmu?
pergi sekolah sebab org lain pergi sekolah sama atau apa?

so , takkan nak ulangi attitude ini pada anak anak juga?

sebab benda ni  asasnya berbalikpada parents...



so , ini berbalik pada parents atau didikan di rumah juga

pada saya bab ini asas pendekatan yg paling baik adalah di rumah

so dalam konteks Islam , by being Muslims kita tak ada runag utuk kejahilan so ...pada saya memisahkan sistem nilai dalam konteks ini   amat dikesalkan

sebab dalam konteks Islam maqasid syariah itu luas. ada hal  hal yg muslims yg practising  ( so sad to use this term ) yg tahu apa bentuk hubungan intimasi  yg dibenarkan atau yg tak...

so...again...back to basic is better.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 03:25 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-2-2018 04:41 PM

orang kita banyak bercakap tetang bab bab intimasi openly but  bila ada masalah depa tak  tahu nak pi mana -  even stress incontinence pun adayg memalu..walhal boleh je pi ke gynae  or /and urologist ...and ade pun access tu physio etc.

just  bila jadi parenst i guess bebenda ni  kena luaskan mencari ilmu kot ...kalau persediaan hantaran boleh beribu ribu ...investmen pada ilmu kena lebih dari itu rasanya.
sistem nilai yg baik adalah yg stabil merentasi  tika, waktu dan tempat dan pada masa yg sama mengizikan fleksibiliti dengan meletakkan panduan...itu yg protectuve effects tu , pada prinsip. sebabnya keadaan dan masa akan berubah , ia dinamik tapi being dinamik tak semestinya  atau belum tentu baik sebab tu ada constraint criteria pada aspek aspek tertentu seba tu dalam islam terzahir maqasid syariah.

wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2018 06:38 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-2-2018 06:40 PM

Jangkitan HIV & STD Meningkat Di Universiti Awam By Wartawan Menara - February 19, 2018

Read more at: https://www.menara.my/jangkitan-hiv-std-meningkat-di-universiti-awam/

Kuala Lumpur: Terdapat 15 kes HIV/AIDS yang dikesan di sebuah universiti awam (UA) pada tahun 2017 di mana majoriti yang terlibat merupakan pelaku homoseksual, ujar Pe-rika--tan Wa-nita An-tara-bangsa untuk Institusi Keluar-ga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ)










Menurut WAFIQ, laporan data ini diperolehi daripada Unit HIV/AIDS, Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dimana daripada keseluruhan 15 kes, 13 kes berpunca daripada pelaku homoseksual, 1 kes daripada pelaku biseksual dan 1 kes lagi daripada pelaku heteroseksual.


“Data ini diperoleh setelah pihak WAFIQ dihubungi secara peribadi oleh seorang staf dari Unit HIV Pejabat Kesihatan Petaling yang memohon agar pengamalan LGBT dan kesannya terhadap HIV diberi penekanan serius oleh semua pihak termasuk NGO.”



“Terdapat 1 kes kematian berpunca dari AIDS di UA tersebut pada tahun lepas. Manakala sehingga Februari 2018 tahun ini pula di UA yang sama, terdapat 3 kes HIV. Kes jangkitan penyakit kelamin (STD) juga dilaporkan semakin meningkat.”


Tambah WAFIQ lagi, data dari IPTA terbabit yang menunjukkan majoriti penghidap HIV yang terdiri daripada golongan homoseksual dan biseksual adalah bertepatan dengan data nasional di mana kes-kes baru HIV didominasi oleh dua kumpulan tersebut. “Daripada 1553 kes baru HIV ini, 40% adalah dalam julat umur 19-29 tahun, kebanyakannya pelajar, manakala 31% dari golongan profesional berumur antara 30 hingga 39 tahun.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2018 06:38 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-2-2018 06:40 PM

Sehubungan itu, WAFIQ menggesa sebuah kempen besar-besaran untuk menangani isu LGBT di peringkat IPT dijalankan di mana kempen ini hendaklah menyeluruh, meliputi pencegahan amalan daripada sudut agama dan moral, dan bukan hanya tertumpu kepada seks selamat dengan menggunakan kondom sahaja.


“Oleh itu, pendekatan komprehensif termasuk agama bagi mencegah amalan homoseksualiti dan biseksualiti perlu diperhebatkan,” gesa WAFIQ lagi. Baru-baru ini pengasas bersama pertubuhan Justice For Sisters, Nisha Ayub membantah penubuhan sebuah akademi khusus bagi menangani LGBT di Universiti Sains Islam Malaysia yang menurut dakwaannya melanggar hak asasi LGBT.

Read more at: https://www.menara.my/jangkitan- ... di-universiti-awam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.057456 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list