CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1224|Reply: 5

[Jenayah] 4 beradik sehati sejiwa

[Copy link]
Post time 15-2-2018 02:38 PM | Show all posts |Read mode


mak pak dorang kasi minum susu hasil curik kat superMARKET ke aperrr masa dorang kecik2 dulu???



Empat adik-beradik ditahan samun kedai emas



ALOR SETAR - Polis menahan empat adik-beradik termasuk seorang perempuan yang disyaki terlibat dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Kota di sini Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al-Athrash Wahid berkata, empat adik-beradik terbabit yang berusia antara 19 hingga 32 tahun itu ditahan di dua buah rumah berasingan di Sungai Petani dan Kulim dekat sini Selasa lalu.
Menurutnya, polis juga berjaya merampas sebahagian daripada barang kemas yang disamun serta sepucuk pistol tiruan yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian tersebut.
"Dua suspek daripada empat adik-beradik terbabit yang memakai topi keledar dan penutup mulut memasuki kedai emas terbabit pada pukul 12.15 tengah hari.
"Salah seorang daripada suspek itu kemudian memecahkan cermin kaca pameran dengan menggunakan sebatang tukul besi sambil meletakkan sepucuk pistol di atas meja pameran tersebut.
"Sementara itu, seorang lagi suspek mengambil barang kemas di dalam cermin kaca pameran dan memasukkannya ke dalam beg silang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
Mior Farid menambah, kedua-dua suspek itu kemudian melarikan diri bersama barang kemas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.
"Ketika kejadian terdapat empat pekerja berada dalam premis berkenaan," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, sebelum kejadian samun itu, salah seorang daripada suspek itu telah memasuki premis berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemilik kedai emas berkenaan sempat merakam gambar suspek tersebut.
"Berdasarkan rakaman gambar tersebut, polis telah melancarkan gerakan memburu suspek berkenaan dan berjaya ditahan bersama tiga lagi adik-beradiknya," katanya.
Katanya, empat beradik tersebut ditahan reman selama lima hari bermula Selasa lalu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," ujarnya. - K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2018 02:49 PM | Show all posts
Bodoh la pulak penyamun adik beradik ni...cepat sangat kena cekup...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 04:00 PM | Show all posts
Pixie902 replied at 15-2-2018 02:49 PM
Bodoh la pulak penyamun adik beradik ni...cepat sangat kena cekup...

org cerdik samun bitcoint orang xcerdik samun kedai emas lepas tu xlari masuk sempadan. rm100 000 not worth masuk penjara. cuba jd cm sis vokuru jd sugar baby tiap2 bulan 6 figure.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 04:02 PM | Show all posts
amaturnyaaaaa...kejap ja kena cekup
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepakat la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedah mendunia.. mcm2 kes kat kedah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.275634 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list