CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5374|Reply: 66

Shaheizy Sam sedia galas watak Azizulhasni Awang

  [Copy link]
Post time 15-2-2018 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Masa pelancaran filem biopik Azizulhasni Awang smlm, juara dunia keirin tu ckp nak Shaheizy Sam pegang watak diri dia... dan Shaheizy Sam pun dah setuju...


Shaheizy Sam Anggap Satu Penghormatan Jadi Pilihan Juara Dunia

Pelakon popular Shaheizy Sam menganggap ia satu penghormatan buat dirinya apabila namanya menjadi pilihan juara dunia lumba basikal, Azizulhasni Awang untuk berlakon dalam filem biopik.

Azizulhasni sebelum ini berkata, dia melihat potensi pelakon berkenaan dalam melakonkan wataknya memandangkan mereka mempunyai beberapa ciri persamaan fizikal.

“Saya rasa itu satu penghargaan yang besar apabila nama saya terlintas di fikiran seorang atlet yang bergelar juara dunia.

“Secara jujurnya, saya sedia untuk membawa watak Azizulhasni kerana percaya banyak pengajaran yang boleh dikongsikan kepada masyarakat atas usaha, pengorbanan dan perjuangan yang beliau lakukan untuk sampai ke tahap sekarang,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Menurut Sam, dia berbesar hati untuk menggalas peranan tersebut sekiranya diberikan peluang memandangkan dia suka berlakon filem yang menggambarkan tentang perjuangan insan-insan yang telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.

“Sebenarnya, Sam memang suka filem biopik yang menceritakan tentang perjuangan seseorang individu itu sehingga boleh mencatat kejayaan luar biasa di mata dunia.

“Jika diberikan peluang, Sam memang sangat gembira kerana filem ini pastinya akan memberikan motivasi kepada penonton agar berusaha sehingga mencapai kejayaan seperti mana yang telah dilakukan Azizulhasni,” ujarnya lagi.

Penerbit filem biopik tersebut iaitu ThreeSixty Management dan UniTalent difahamkan akan mengadakan satu ujibakat dalam misi mencari Azizulhasni dan sesi itu terbuka kepada pelakon sedia ada mahupun orang ramai yang ingin mencuba nasib di luar sana.

Filem biopik Azizulhasni akan diarahkan oleh Raja Mukhriz ini akan menjalani penggambaran pada penghujung tahun ini. Ia bakal menampilkan lokasi sebenar di mana Azizulhasni membesar sehingga berjaya memegang gelaran juara dunia.

Antara lokasi penggambaran yang sudah dikenalpasti ialah di Terengganu, Kuala Lumpur dan Australia. – KopiPlanet.com

Sumber: www.kopiplanet.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sesuai ke bantut je
klu try why not

abam pahrin sesuai kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nk buat effect peha gedabak dkt pelakon nanti..si sendawan ni kurus mcm ngisap
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara yg sesuai berdasarkan physical size yg tak jauh berbeza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 15-2-2018 07:02 PM
sesuai ke bantut je
klu try why not


Rasanya Azizulhasni pun bukan tinggi sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:10 PM | Show all posts
alah boring la nyah..kita nak filem pasal rosyam nor dan yusof haslam...bila ku dengar bunyi marakas...takde mood la dengan bio mak hayam sukan ni nyah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari segi rupa ada seorg pelakon baru mirip Jijoe yg tak ingat nama tapi lakonan kaku.

Sam boleh bina fizikal seperti atlet lumba basikal based on kesungguhan dia kuruskan badan untuk watak pesakit cancer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
So sam kena ckp loghat ganu ke nanti? Harap x bunyi pelik la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow cant wait to see the scene tercucuk kayu dkt betis
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:46 PM | Show all posts
tahniah sam moga makin tinggi ukuran badan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 15-2-2018 07:02 PM
sesuai ke bantut je
klu try why not


azizul tu dh sah2 la shorty bantut jaaa..pocket rocket man.. sebab tu sam kepam melobi..ala2 feeling2 world champion and oscar ditangan gitteew
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
meols harap ade pelakon baru yg betul2 boleh berlakon dpt watak ni drpd samdolkepam so overrrr rated ni..meols dh boleh bayangkan mcm mane kembang kempisnye hidung tillakatok klu shuben sheols dpt watak ni..harus kembangkempis smp terapung-apung
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
bosannya pemilihan sam ni...eventho pelbagai watak yg dia dah bawak tp sama je aku tgk acting dia..myb sbb suara dia turn off kut dgn mimik muka dia tu. td ada tgk kat igs raline yg dia bye stranger tu rsanya sesuai kut pgg watak azizulhasni ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:26 PM | Show all posts
samdawan jd the rocketpocketman..tumpang glamor big screen jd jora kierin dunia..tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:44 PM | Show all posts
mcm xsajak jer..

iols prefer beto dari sam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 15-2-2018 07:02 PM
sesuai ke bantut je
klu try why not


Jijo pun bantut gak.. sesuai la tu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 15-2-2018 07:07 PM
Mcm mana nk buat effect peha gedabak dkt pelakon nanti..si sendawan ni kurus mcm ngisap

CGI maybe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 15-2-2018 07:07 PM
Antara yg sesuai berdasarkan physical size yg tak jauh berbeza.

Tp sam lebih Jambu look, jijo very the atlethic look.. payah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-2-2018 07:46 PM
tahniah sam moga makin tinggi ukuran badan

X tinggi pun x pe, Jijo tu pun para2 sam je kott
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 15-2-2018 07:50 PM
meols harap ade pelakon baru yg betul2 boleh berlakon dpt watak ni drpd samdolkepam so overrrr rated ...

Yup.. Cari muka kampung athletics yg fresh mcm dorang buat watak utk lee Chong wei tu kn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.124256 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list