View: 1221|Reply: 4
|
[Tempatan]
Ratusan penumpang terkandas di Hentian Duta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Ratusan penumpang bas ekspres terkandas beberapa jam dari jadual asal perjalanan malam tadi apabila bas tambahan disediakan pengusaha bas beroperasi dari Stesen Bas Jalan Duta, tidak tiba.
Keadaan itu dipercayai akibat kegagalan pengusaha bas mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS), mengakibatkan ada pemandu bas yang takut untuk masuk ke terminal berikutan operasi yang sedang dilaksanakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Salah seorang penumpang bas, Suffi Liyana Subian, 24, berkata, dia membeli tiket atas talian untuk perjalanan ke Sungai Petani jam 8.30 malam namun sehingga jam 10.30 malam bas masih tiada.
"Memang dimaklumkan tiket saya beli ini bas tambahan. Tapi tak diberitahu kepada bas lambat. Ini pertama kali saya beli tiket online," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Penguat Kuasa Spad, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata, kira-kira lapan ke 10 bas dipercayai tidak menepati waktu perjalanan asal menyebabkan penumpang menunggu lama.
Menurutnya, situasi itu adalah keadaan biasa setiap kali ada operasi yang dilaksanakan di terminal bagi pemeriksaan permit perjalanan operasi bas musim perayaan.
Che Hasni membuat pemeriksaan ke atas permit bas sebelum meneruskan perjalanan .
"Permintaan yang tinggi pada musim perayaan menyebabkan bas tak cukup. Jadi pengusaha kena ada bas tambahan dan dapatkan LPS. Tapi ada pengusaha yang ambil ringan dan tidak bertanggungjawab dengan tak dapatkan LPS.
"Sebab itu bila SPAD masuk ke terminal untuk pemeriksaan, pemandu-pemandu bas ini takut," katanya ditemui dalam Ops Serkap, di sini malam tadi.
Tambah Che Hasni, SPAD boleh menyita bas yang tidak mempunyai LPS, namun dalam keadaan ramai penumpang yang sudah sedia untuk pulang ke kampung, budi bicara boleh digunakan.
"Pemeriksaan terhadap bas akan dibuat dan jika didapati kondisi dalam keadaan memuaskan, kita akan lepaskan untuk teruskan perjalanan. Jadi semuanya tertakluk dengan keadaan bas. Jika tidak, kita perlu sediakan bas ganti.
Salah seorang penumpang terkandas lebih dua jam dipercayai akibat bas tambahan tidak mempunyai LPS
"Kompaun akan dikeluarkan kepada pengusaha bas terlibat yang gagal dapatkan LPS," katanya.
Dalam Ops Serkap dijalankan dengan kekuatan 12 anggota dan pegawai SPAD, sekurang-kurangnya tujuh bas dikenal pasti gagal mengikut kelas lesen yang dibenarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang-korang semua tahu tak kenapa jadi camni??
1 je sebab nye. Sebab operasi macam ni dibuat MENGIKUT MUSIM. Kelemahan penguatkuasaan.
Cuba kalau operasi berterusan. Confirm all bide the law.
Bila ada peluang, manusia akan ambil kesempatan. That's FACT! |
|
|
|
|
|
|
|
So puncanya SPAD le kan...haram jadah time perayaan je baru nak wat..bas tambahan tu time bukan perayaan x kena check ke..masyuk kot wat time cuti2 ni dpt angpau |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 16-2-2018 01:29 PM
So puncanya SPAD le kan...haram jadah time perayaan je baru nak wat..bas tambahan tu time bukan pera ...
Bukan masalah spad. Masalahnya pd pengusaha. Syarat bas tambahan tak diikuti. Bas patot usia less tahn 5 tahun, dibantainya umo 10 tahun. Mana boleh lepas. Permohonan mesti dibuat 7 hari sblm, tp esok nk jalan baru hari ni nak pohon. |
|
|
|
|
|
|
|
tak musim perayaan ada ke bas tambahan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|