View: 1130|Reply: 12
|
[Tempatan]
Cadangan Jakarta bukan terbaik
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Cadangan Indonesia untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian warganya, Adelina Lisao baru-baru ini, bukanlah langkah terbaik.
Pandangan itu dilontarkan, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Jeffrey Foo memandangkan lebih 200,000 pembantu rumah warga Indonesia kini sedang bekerja di Malaysia.
“Moratorium mungkin bukan langkah yang baik kerana sudah ada lebih 200,000 dari mereka yang bekerja di Malaysia. Kami mempunyai moratorium sebelum ini, tetapi ia tidak menghalang mereka daripada datang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, penyelesaian utama yang perlu dilaksanakan adalah mengkaji semula sistem sedia ada daripada mengharamkan mereka datang ke Malaysia.
“Kita harus kembali ke papan lukisan untuk mengkaji dan melihat sistem yang lebih baik menguruskan kebajikan mereka di sini.
“Menyalahkan beberapa insiden malang dan mengambil langkah moratorium yang drastik untuk menghalang orang lain daripada mencari pekerjaan di Malaysia nampaknya bukan penyelesaian yang ideal.
“Kita harus mempunyai pemeriksaan yang lebih ketat terhadap majikan dan memastikan hanya pembantu rumah yang layak dan berkelayakan bekerja di sini.
“Dan Papa berada di sini untuk menawarkan sebarang bantuan dan kami mempunyai pengalaman yang boleh ditawarkan,” katanya mengulas laporan portal berita tempatan mengenai laporan portal Indonesia, Sindo News mengenai cadangan Jakarta untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina, 26 yang didera dirumah majikannya.
Perkembangan ini dimaklumkan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana pada Khamis lalu.
Menurutnya, tidak dinafikan terdapat majikan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dan tidak menghargai nilai kehidupan manusia.
Sementara itu, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsien menyuarakan pandangan sama berharap Jakarta tidak melaksanakan cadangan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.
Beliau berkata, kes tersebut tidak mewakili keseluruhan majikan di Malaysia dan jika dilaksanakan (pembekuan) akan memberi kesan kepada kedua-dua negara secara tidak langsung.
“Ini hanya kes terpencil, bukan berlaku (penderaaan dan kematian) setiap hari. Lebih 95 peratus majikan Malaysia majikan yang bertanggungjawab. Kes ini tidak boleh menggambarkan majikan di Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya.
Katanya, majikan melakukan kesalahan sedemikian pastinya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Tetapi kita percaya, undang -undang akan memastikan mereka yang bersalah di bawa ke muka pengadilan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Chis , sorang dua cina bukit dan hindu paria buat kejam pihak lain plk yg dapat susah. |
|
|
|
|
|
|
|
kan nyah...mak surprise jugak bangsa yang membuli pembantu rumah tu bukan orang melayu nyah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pula dengan hak sebagai majikan jika maid tersebut lari tanpa dapat dikesan, merompak atau mencuri duit dan barangan majikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan kena la spend utk buat background, medical, social, mental assesment, sediakan budget utk manhunt kalau mencurik/lari. nk jadi majikan kena ada duit. Cash is king. |
|
|
|
|
|
|
|
Haramkan sahajalah modern day slavery ni.
live in maid ni memang ada potential jadi slave - small maybe tapi risiko tu ada. 24 jam mengadap muka boss dengan job scope anything the boss says.
Orang amik maid ni satu sebab untuk jaga anak ja. Kalau setakat kemas rumah basuh pinggan boleh lagi buat sendiri. Perkasakan pusat jagaan kanak2. Let this establishment yang employ these maids instead.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aerhys replied at 18-2-2018 06:08 PM
Bagaimana pula dengan hak sebagai majikan jika maid tersebut lari tanpa dapat dikesan, merompak atau ...
meh aku jawab... duta indon mesti ckp owh bkn salah mereka jua sbb upbringing mereka berlainan da kita xle nk expect dorg bertindak sebegitu... choi |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 18-2-2018 06:37 PM
Haramkan sahajalah modern day slavery ni.
live in maid ni memang ada potential jadi slave - small ...
betul ni aku setuju sangat |
|
|
|
|
|
|
|
PongKang replied at 18-2-2018 06:49 PM
betul ni aku setuju sangat
Setuju.
Talyah ada live-in maid ni esp yg dari luar negara.
Ikut macam UK, US tu semua. Kat sini kerja kerani pun berlagak ada maid. |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil je maid mingguan kemas rumah tu.. xlah kau sakit hati tgk muka maid hari2.. byk kan tempat jaga budak dkt dgn tempat kerja, senang pantau |
|
|
|
|
|
|
|
ayjay replied at 18-2-2018 07:04 PM
Setuju.
Talyah ada live-in maid ni esp yg dari luar negara.
Di US, UK ada babysitter yg jagakan anak2 kecil di rumah bila ibu bapa keluar bekerja. Biasanya babysitter ni golongan remaja yg buat part time job. Jadi tak perlu live in maid pun utk jaga anak2. Ibu bapa yg interview sendiri babysitter dan buat saringan sebelum diambil bekerja. Ada yg ambil dari kalangan kaum keluarga terdekat sahaja. Mungkin boleh buat di malaysia? Kalau tinggalkan anak di nursery pun seram juga. Kalau tinggal di rumah bersama babysitter boleh letak cctv dan pantau melalui handphone. |
|
|
|
|
|
|
|
PongKang replied at 18-2-2018 06:48 PM
meh aku jawab... duta indon mesti ckp owh bkn salah mereka jua sbb upbringing mereka berlainan da ...
Rugilah ambil maid sebegini. Nak ambil bekerja pun dah habis berbelas ribu tiba2 maid lari bersama duit dan barang kemas majikan tak dapat pampasan satu sen pun. Tak ada law for breach of contract. Eloklah dibekukan terus pengambilan maid dari Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|