Suka kentang goreng atau French Fries? Nak yang rangup di luar dengan bahagian tengah yang empuk serta cair di dalam mulut? Kalau nak tahu cara membuatnya, jom baca!
Gunakan ubi kentang tinggi kanji seperti kentang Idaho (atau dipanggil kentang Russet) kerana ia lebih 'padat' dan mempunyai kandungan kelembapan paling rendah. Kentang jenis lain mempunyai 'air' yang banyak dan menjadi lopong apabila digoreng kerana air akan 'terbit' bila kentang menjadi panas.
Enaknya kentang goreng yang gebu di dalam.
Foto: thespruce
Caranya:
1) Kupas kentang, buangkan matanya.
2) Potong bahagian tepi supaya lurus (rata), kemudian potong setiap kepingan setebal 1/4-inci. Lazimnya, ia sepanjang 3 inci. Letak di dalam air sejuk sebaik saja dipotong.
Kena tahu jenis kentang untuk dapatkan hasil terbaik.
Foto: seriouseats
3) Bilas di bawah air paip sehingga air (dalam mangkuk yang diletak di bawahnya) menjadi jernih. Ini untuk membuang lebihan kanji.
4) Tambah 1 sudu besar jus limau nipis atau lemon dan beberapa cawan ais (supaya air menjadi sejuk). Biar di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ini untuk mengelak bahagian luar kentang menjadi terlalu garing.
Taburkan herba, serbuk cili paprika atau keju semasa kentang masih panas.
Foto: AliExpress
5) Gunakan minyak kacang tanah yang ditapis untuk hasil terbaik. Selain itu, boleh juga guna minyak kanola atau safflower.
6) Boleh gunakan periuk untuk menggoreng tenggelam (deep-fried) atau periuk tebal berdasar berat (seperti Dutch Oven) serta penyukat suhu khas untuk minyak (candy / oil thermometer).
Foto: mariefranceasia
7) Toskan kentang dan keringkan dengan tuala bersih. Jika kentang lembap, minyak akan meletup. Sediakan pengangkat berjaring untuk memudahkan anda mengeluarkan kentang.
8) Panaskan suhu ke 325°F atau sederhana panas. Masak kentang selama 6-8 minit atau sehingga empuk dan hampir kekuningan.
Antara sos yang sesuai dicecah dengan kentang goreng.
Foto: CoolBrands
9) Keluarkan kentang dengan pengangkat berjaring. Letak di atas dulang beralas kertas tisu dapur. Biar suhu minyak naik ke 375°F dan goreng kentang semula selama 2-3 minit atau sehingga rangup dan keemasan.
10) Angkat, toskan minyak dan taburkan garam atau hidangkan segera dengan pelbagai sos.
Selepas langkah 8, ada sesetengah restoran menyimpan kentang di dalam peti sejuk (sehingga pelanggan membuat pesanan kentang goreng) atau membiarkannya pada suhu bilik selama 15 minit sebelum digoreng semula. Terpulang kepada cara dan cita rasa masing-masing.
Senang saja kan, cuma ambil lebih masa sebab kena digoreng dua kali. Boleh juga cuba cara ini untuk jejari keledek, keladi atau lain-lain jenis ubi. Mesti terangkat punya! - CARI
Kredit resipi: The Spruce |