CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4787|Reply: 10

Rahsia Kentang Goreng 'Ter-umpph'! Kena Cuba Kalau Tak Percaya

[Copy link]
Post time 19-2-2018 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Suka kentang goreng atau French Fries? Nak yang rangup di luar dengan bahagian tengah yang empuk serta cair di dalam mulut? Kalau nak tahu cara membuatnya, jom baca!


Gunakan ubi kentang tinggi kanji seperti kentang Idaho (atau dipanggil kentang Russet) kerana ia lebih 'padat' dan mempunyai kandungan kelembapan paling rendah. Kentang jenis lain mempunyai 'air' yang banyak dan menjadi lopong apabila digoreng kerana air akan 'terbit' bila kentang menjadi panas.  



Enaknya kentang goreng yang gebu di dalam.
Foto: thespruce




Caranya:
1) Kupas kentang, buangkan matanya.
2) Potong bahagian tepi supaya lurus (rata), kemudian potong setiap kepingan setebal 1/4-inci. Lazimnya, ia sepanjang 3 inci. Letak di dalam air sejuk sebaik saja dipotong.



Kena tahu jenis kentang untuk dapatkan hasil terbaik.
Foto: seriouseats





3) Bilas di bawah air paip sehingga air (dalam mangkuk yang diletak di bawahnya) menjadi jernih. Ini untuk membuang lebihan kanji.
4) Tambah 1 sudu besar jus limau nipis atau lemon dan beberapa cawan ais (supaya air menjadi sejuk). Biar di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ini untuk mengelak bahagian luar kentang menjadi terlalu garing.



Taburkan herba, serbuk cili paprika atau keju semasa kentang masih panas.
Foto: AliExpress





5) Gunakan minyak kacang tanah yang ditapis untuk hasil terbaik. Selain itu, boleh juga guna minyak kanola atau safflower.
6) Boleh gunakan periuk untuk menggoreng tenggelam (deep-fried) atau periuk tebal berdasar berat (seperti Dutch Oven) serta penyukat suhu khas untuk minyak (candy / oil thermometer).



Foto: mariefranceasia




7) Toskan kentang dan keringkan dengan tuala bersih. Jika kentang lembap, minyak akan meletup. Sediakan pengangkat berjaring untuk memudahkan anda mengeluarkan kentang.
8) Panaskan suhu ke 325°F atau sederhana panas. Masak kentang selama 6-8 minit atau sehingga empuk dan hampir kekuningan.



Antara sos yang sesuai dicecah dengan kentang goreng.
Foto: CoolBrands





9) Keluarkan kentang dengan pengangkat berjaring. Letak di atas dulang beralas kertas tisu dapur. Biar suhu minyak naik ke 375°F dan goreng kentang semula selama 2-3 minit atau sehingga rangup dan keemasan.
10) Angkat, toskan minyak dan taburkan garam atau hidangkan segera dengan pelbagai sos.


Selepas langkah 8, ada sesetengah restoran menyimpan kentang di dalam peti sejuk (sehingga pelanggan membuat pesanan kentang goreng) atau membiarkannya pada suhu bilik selama 15 minit sebelum digoreng semula. Terpulang kepada cara dan cita rasa masing-masing.


Senang saja kan, cuma ambil lebih masa sebab kena digoreng dua kali. Boleh juga cuba cara ini untuk jejari keledek, keladi atau lain-lain jenis ubi. Mesti terangkat punya! - CARI





Kredit resipi: The Spruce
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 03:24 PM | Show all posts
I suka KFC punya fries. Crispy di luar, lembut di dalam. Yumm!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap pulak dahhh. Org nk tido dh niiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 10:46 AM | Show all posts
betul2...ketang kfc lain texture dpd kentang mcd
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh sedapnye
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 04:24 PM | Show all posts
nampak sedap tapi susah nak buat... takpelah belanja tengok saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jarang2 sekali boleh la layan fries.. and yes, prefer kfc punya fries jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 01:05 PM | Show all posts
makanan  kurang berkhasiat yg paling aku suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 04:39 PM | Show all posts
i pernah tgk masterchef Ausie lupa plak season berapa tp ada competition untuk buat kentang goreng
most of them lepas kupas kentang dan potong diaorang akan rebus kejap bagi lembut xdelah masa makan dia x masak dalam dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 04:46 PM | Show all posts
skrang ni fries kfc mmg sedap dr mcd
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.544443 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list