APA yang harus diakui dan diketahui ramai, MCA dan DAP merupakan dua buah parti politik yang amat berbeza antara satu sama lain. Walaupun keduanya dipimpin oleh kaum Tiong Hwa, namun secara prinsipnya parti-parti itu tidak sebulu dan sehaluan.
Misalnya MCA. Ia diasaskan pada tahun 1949 dan bersama-sama Umno dalam membuat pembentukan sebuah negara bernama Malaya, sebelum menjadi Malaysia.
Sejarah keringat MCA yang berniat baik dan bersih hati dapat dilihat apabila kepimpinan parti itu sanggup menyertai Umno untuk mencari kemerdekaan, serta pemimpinnya yang terdahulu telah mengamalkan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama kaum.
Moleh dikatakan bahawa, MCA merupakan pasukan ‘budak baik’ yang amat hormat kepada kaum majoriti iaitu Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Oleh sebab itulah mereka tidak pernah ‘bermasam muka’ dengan Umno walaupun parti Melayu itu menggerakkan Barisan Nasional dalam konsesus yang seimbang.
Amat berbeza pula dengan DAP. Parti itu ditubuhkan hampir 20 tahun selepas kewujudan MCA iaitu pada Mac 1966. Sejarah penubuhan DAP tidaklah ‘semulia’ gerakan MCA di Malaysia.
DAP pada asalnya adalah serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. PAP yang sedang menguasai seluruh takluk Singapura sekarang ini dianggap amat kejam terhadap masyarakat bukan cina.
Hasil dapatan pencarian dan pembacaan di internet mendapati, hidup masyarakat India dan Melayu di republik itu agak tersepit dan dihimpit oleh pemerintah.
Penguasa DAP adalah Lim Kit Siang yang merupakan bekas orang kanan kepada Pengerusi PAP iaitu Lim Kuan Yew (mendiang).
Justeru, sedikit sebanyak ideologi DAP di Malaysia adalah cerminan kepada perjuangan yang di bawa oleh PAP di Singapura.
Bukan lagi boleh berselindung, perjuangan DAP di Malaysia adalah untuk membentuk sebuah negara yang sekular berpaksikan konsep ‘Malaysian Malaysia’.
Mereka juga tidak seperti MCA, DAP lebih bersifat anti Melayu dan anti Islam seperti pandangan yang viral di media sosial. Malahan, DAP juga merupakan satu-satunya parti politik yang dipercayai ada menerima dana berjumlah RM1.2 bilion daripada Israel.
MCA pula tidak memiliki sebarang hubungan dengan Israel mahupun Yahudi. MCA sekadar menjadi ‘rakan baik’ kepada Umno dan tidak pernah menuntut untuk pembubaran hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang dihajati DAP.
Pendek kata, antara MCA dan DAP, janganlah kita sama sekali cuba untuk memilih DAP kerana mereka sekadar baik di depan mata namun hakikatnya mampu ‘membunuh’ keluarga serta keturunan kita.
Manakala MCA pula terus bertekad mahu bersama-sama ideologi Umno melalui Barisan Nasional iaitu perkongsian kuasa kearah menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara berbilang kaum yang maju dan harmoni.
Jangan pilih DAP, kelak seluruh keturunan kita akan menyesal tidak sudah! – TV14
|