Terasa nak makan masakan Pulau Pinang selain nasi kandar? Restoran Little Penang tak pernah mengecewakan! Menu makanan yang meriah, pilihan pencuci mulut yang gah dan minumannya menyegarkan. Jom tengok apa lagi yang ada.
Dekorasi bercirikan kesenian rumah Nyonya di Penang
Foto: RamblerWithoutBorders
Menu campuran cita rasa Melayu, Cina dan India di sini yang mesti cuba, antaranya Asam Laksa, Kari Laksa, Nasi Lemak, Char Kuey Teow, Cendol atau Lor Bak (tauhu gulung berisi daging).
Ada juga set nasi dengan lauk ayam, ikan, udang dan sebagainya. Porsi yang besar, memang tersandar kekenyangan kalau makan di sini! Nasi dengan sambal udang petai memang macam air tangan ibu. Pendek kata, menu banyak pilihan sampai keliru yang mana satu nak dimakan.
Harga berpatutan, yang penting sedap
Foto: tripadvisor
Masakan enak dan servis cepat walaupun pada hari sibuk dan semua meja penuh. Jangan lupa rasa Mi Rebus dan Mi Udang. Satu lagi, jangan lupa mencuba Rojak Penang, memang sedap tak terkata! Campuran buah-buahan dengan sos yang cukup masam, manis dan masinnya, rugi kalau tak cuba. Walaupun kena tunggu 20 minit untuk sepinggan Char Kuey Teow, berbaloi penantian tu.
Pelbagai pilihan yang memuaskan hati
Ramai pelancong datang ke sini untuk mencuba juadah enak berbilang kaum di Malaysia. Kira macam tempat terkenal masakan enak negara kita, lah. Manisan pencuci mulut juga memuaskan hati. Tak pandang dah, orang yang beratur panjang kerana makanan depan mata lebih menarik.
Campuran mi dan bihun 'Mi Udang' yang kaya dengan rasa udang
Serius sedap! Sila pergi cuba kalau tak percaya
Selain di KLCC, cawangan Little Penang yang lain ada di Mid Valley Mega Mall dan The Curve, Damansara. Ia dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Pada waktu tengah hari terutama di KLCC, terpaksalah bersabar sebab orang beratur panjang nak dapatkan tempat duduk. Khabarnya, tak boleh buat tempahan (reservation). Jadi, kalau tak nak tunggu lama, datanglah awal.
Alamat: Lot No. 409-11, Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.
Baca pun dah kecur air liur, terutama Rojak Penang tu. Jom nikmati sendiri dan rasa sendiri keenakannya! - CARI |