CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5767|Reply: 15

Wanita Ini Kongsi Tips Sempoi Masak Char Kuey Teow Original Dan Sedap

[Copy link]
Post time 21-2-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Siapa tak suka Char Kuey Teow kan? Antara makanan signature bagi masyarakat di Malaysia.

Char Kuey Teow ni mempunyai inovasi tersendiri dalam penyediaannya. Ada yang ditambah dengan kerang, udang ataupun sotong dan ada juga diletakkan telur di dalam masakannya.

Char Kuey Teow yang siap dimasak (Sumber: Enyabdullah.com)




Jika dilihat, char kuey teow ini umpama kuey teow goreng, tapi penyediaanya adalah berbeza sama sekali. Jom ikuti tips yang dikongsikan oleh blogger masakan Malaysia, Kak Eny tentang cara paling sempoi untuk memasak Char Kuey Teow.

Tips Masak Char Kuey Teow Lebih Sedap!

Suhu dan haba penting. Api kena kuat dan panas. Guna kuali yang besar dan jenis besi kuat. Bukan kuali non stick ye sebab masak CKT ni kita kena selalu ketuk kuali tu supaya meenya masak sekata.

CKT yang sedap kena ada rasa smokey yang membezakan rasa CKT dan Kuey Teow Goreng biasa. Jadi untuk dapatkan rasa smokey ni memang api kena kuat dan api kena masuk ke dalam kuali. Tetapi hanya yang pakar sahaja yang boleh lakukan teknik ni dan selalunya dimasak di dapur luar atau dapur yang lengkap ciri keselamatan. Kalau nak cuba masak kat rumah memang tak sesuai kan. Sebab itulah disyorkan makan je di gerai hehehe

Seimbangkan rasa masin dan manis dari pengunaan gabungan 2 ke 3 jenis kicap seperti kicap masin dan kicap manis, kicap pekat atau sedikit sos tiram.

Cili paste haruslah siap ditumis sehingga garing dan naik minyaknya. Sebab masa menggoreng, kita boleh jimatkan masa untuk masak cili tu kerana cili yang kita guna sudah siap ditumis.

Bawang putih perlu diketuk atau dicincang bukan dihiris. Kemudian rendam dalam minyak. Minyak dan bawang tu kita guna untuk menumis. Masuk je sekali dalam kuali. Jadi boleh sediakan banyak sekaligus. Bila nak tumis cedok je minyak dan bawang putih.
CKT original sememangnya tidak ada kuah. Tetapi ianya juga tak kering seperti Kuey Teow goreng ala mamak. Sedikit lembap dan basah tetapi tidak berkuah. Kena ingat ya penting ni.

Sebolehnya jika masak, masak 1 portion sekali goreng kerana CKT ni kalau digoreng banyak sekali memang rasanya akan jadi lain dan hilang keaslian rasa CKT. Jadi masa nak goreng, pastikan semua bahan tersiap sedia tepi dapur sebolehnya disusun ikut kegunaan yang mana perlu masuk dulu. Goreng pun tak perlu lama hanya selama 5 minit pada api yang sangat kuat.

Telur, pastikan basuh dahulu. Dan masukkan saat akhir apabila kueyteow sudah panas dan hampir masak.

Sumber: Enyabdullah.com




Sayur cuma taugeh jenis pendek dan gemuk lebih sedap berbanding taugeh anjang dan kurus. Selain itu perlu ada daun kucai didalamnya atau ditaburi potongan daun bawang. Jangan guna sayur lain kerana ianya pasti akan menjejaskan rasa CKT yang original. Taugeh perlu ditabur bahagian akhir bersama telur. Biar taugehnya masih rangup dan tak layu sangat!

Udang atau kerang atau keduanya sekali terpulang pada selera. Tetapi pastikan bahan ini segar dan jika udang sebolehnya kopeklah udang tu terlebih dahulu.  Melainkan korang guna udang yang begitu besar, memang berbaloi lah nak mengotorkan tangan untuk kopek udang. Atau sebolehnya korang sediakan sarung tangan plastik pakai buang supaya lebih mudah. Ini boleh digunapakai terutamanya untuk peniaga mee udang banjir atau kuey teow udang banjir atau char kuey teow ketam. Tak mahal pun kan kos sarung tangan plastik tu berbanding keselesaan customer. Ye lah customer sekarang ada sanggup kunyah kulit udang dari kotorkan tangan nak kupas udang yang cenonet. Tak berbaloi. Mana nak pegang handphone ambil gambar lagi hahahahah

Ok tips diatas korang boleh praktiskan jika nak meniaga Char Kuey Teow. -
CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tak tasty pun
Kueytiau hero utama dia, kerang
If u goreng kueytiau takde kerang, u merosakkan dan mendukacitakan makanan tu sendiri dan patutnya dicarut oleh gordon ramsay

Kerang plak rebus separuh masak sebelum campur dalam kueytiau. Ahh sedapnya baby..lg baby lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisahla ori ke tak..janji sedap bole telan n harga berpatutan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi laparnye tgk. Kena la gi carik japgi. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:17 PM | Show all posts
meleleh air liuq tgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum try lg aku punye masak ckt ni mesti beratur punye Klo da kena {:give
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2018 12:53 PM | Show all posts
kenapa char kuey teow org melayu  mesti berkuah melimpah2???
char tu sendiri goreng
& should be ko goreng macam biasa je la

smokey2 sikit & wajib ada kerang
ni jual mahal
kerang 3,4 ekor besar semut

lol sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 06:20 PM | Show all posts
suka CKT versi dry ni dari yang berkuah banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 04:22 PM | Show all posts
aduhai sedapnya nampak.. kena rebus dulu x kuey teow kecik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 09:27 AM | Show all posts
suka ckt yang kring n yang berkuah
ckt kering chinese style
ckt kuah malay style
kalau ade kerang gemuk2 lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 01:04 PM | Show all posts
suka mkn yg guna kuey teow halus.. yg besar muak sikit
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuey tiaw ni nampak sedap. Just nice.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 12:50 PM | Show all posts
sukanya char koew teaw...nak kena try ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya... tq share resepi
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ckt yg ada rasa hangit2 sikit tu best yg dia goreng mcm tebako kuali tu..lepastu wajib ada kerang..sedapnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
char koew teow sedap kat kampung kedah,parit buntaq..adoiii..mmg sedap. harga pun murah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.164560 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list