CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12410|Reply: 117

[Tempatan] Minta bantuan zakat tak dapat, Pak cik terpaksa ambil duit di gereja setiap ming

  [Copy link]
Post time 21-2-2018 12:16 PM | Show all posts |Read mode





Hari ini jika dilihat kempen-kempen kutipan zakat terutamananya ketika musim Ramadhan sangat meriah hinggakan terpaksa buka kaunter-kaunter di Masjid yang badan-badan kerjaaan persoalaannya ke manakah duit tersebut pergi?
Mengapa ketika mengagihkan wang zakat tersebut tidak pula berbuat demikian. Jangan hanya pandai mencari alasan sebaliknya perlulah cari jalan
kisah dibawah sebagai renungan kita bersama di harap pihak berwajib perlu mengambil tindakan demi maruah islam.


Ye, aku tahu korang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 or 8 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai2 dan borak kemudian naik balik.

Tugas korang mencari asnaf, padahal korang tak cari pun. Sampai petang, korang punch card, lepas itu balik. Bukan aku tak tahu, yang melenting2 dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, i’m so sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan2. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

*Kalau korang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji2 pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye! Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah.

Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal. Korang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa2 musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah la lembab itu ini, lg ada pulak prosedur bagai. Ini adalah fakta! Korang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Korang tahu x organisasi apa yang datang seawal 12jam pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan lembabnya pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan2, orang2 bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan mudah mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik kepada agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama. Nampak tak kesan dia?

Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.

Korang tak rasa dan x cuba rasa. Hasilnya orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan2 bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;

“Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”

Kalau ustaz2 tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Mcmana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan2 yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, korang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap korang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya.


– Saff Rainz via THE HYPEMEDIA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 12:19 PM | Show all posts
biasa laaaa..kroni didahulukan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:29 PM | Show all posts
nak dapatkan zakat n bantuan ni renyah. leceh betul. kena dapatkan sign penghulu, jumpa commisioner of oath la..macam-macam dokumen kena prepare. orang dah la tengah susah, makin disusahkan... hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:58 PM | Show all posts
1 je aku x faham zakat n baitumal ni...

betul la bila minta bantuan dorang akan reject dngan alasan masih kuat dan bole bekerja...
masalahnya kalo dah bekerja tp masih x mencukupi memang x layak terus ka minta bantuan ni..
sbb yg aku jumpa smuanya jenis keje x menentu dan gaji bawah 1k cam pakcik kat atas ni la..

brg dah semakin mahal..keperluan sekolah pun sama..
bukan kata dorang x keje tp pendapatan x mencukupi utk kos sara hidup...
kebykkan pula dah berumur lbh 50 thn..sakit pun dah memacam..
keje apa sgt yg dorang bole buat..majikan mana yg nk ambik dorang ni keje...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:03 PM | Show all posts
nak dengar penjelasan sebelah pihak pulak..
kadang dah bagi bantuan tapi biasa la manusia ni..
lepas kenal beberapa orang yang berkait bantuan baitulmal ni, macam-macam cerita ada..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak yang boleh terangkan
Pernah tanya pegawai pusat zakat.
Kenapa staf staf dia dapat banyak kemudahan tapi tak bagi kemudahan sama pada orang islam yg lain. Contohnya diorang ada pinjaman tanpa faedah untuk staff tapi tak dibuka pada orang lain.
Bina bangunan untuk tujuan pelaburan dan sewa.
Dari mana asalnya duit untuk pelaburan dan pinjaman tu, katanya dari kerajaan bukan dari duit zakat. Betul ke?

Untuk orang awam yang asnaf tak ada skim pinjaman tanpa faedah tapi untuk staff boleh pinjam, dapat pakej haji dll. So pusat zakat ni kebajikan untuk staff atau orang islam sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2018 01:29 PM | Show all posts
sepatutnya dorang yg kena cari asnaf kan. ni asnaf yg cari dorang pastu dibebankan dgn dokumen yg perlu submit. kdg asnaf ada masalah logistik. kesian btl
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:30 PM | Show all posts
dia orang ni malas nak turun padang, duduk dalam aircond lagi sedap.

keluarga aku yg selalu bagi duit zakat ni pun , sendiri cari,  sendiri pergi ke rumah orang miskin, sendiri tengok keadaan mereka macam mana.  Baru lah kami tahu rupanya ramai yg miskinnya., ramai yg memerlukan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 01:37 PM | Show all posts
baru2x ni aku tertarik satu pos kisah masjid dapat derma juta2x.. tapi akhirnya beli kipas besar beratus ribu.. tapi keliling dia penuh org miskin..

huhuhuhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:48 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 21-2-2018 01:30 PM
dia orang ni malas nak turun padang, duduk dalam aircond lagi sedap.

keluarga aku yg selalu bagi  ...

Sama, cari keluarga susah yang memerlukan bantuan kat kampung. Bagi on the spot duit zakat pada diorang.
Bila mengenangkan kita susah, ramai lagi sebenarnya yang lagi susah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kariah rumah bapak aku, Pak Imam bagi dekat kroni. Siap ada rumah sewa 3 biji pun dapat zakat. Aku memang berdoa golongan seleweng duit zakat ni dibakar di nuraka... amiin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 01:59 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-2-2018 01:03 PM
nak dengar penjelasan sebelah pihak pulak..
kadang dah bagi bantuan tapi biasa la manusia ni..
lep ...

betul...sokong
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa. ..nanti ada ja lah alasan dari pihak ni dan menyalahkan masyarakat(pakcik ni) ...bukan perkara aneh pun....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang jadi renyah sebab ramai yang menipu
Yang mampu pon apply utk.apa yang dia x patut dpt....
Jadinya...yang memerlukan.ni.jadi susah.la.nak.dpt disebabkan.babi  babi yang suka suki apply n.dapat neh...
Dan...pokoknya...mcmana.yang.mampu.ni boleh.dpt?
Kasi tanya itu.pekerja.zakat mcmana...


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:05 PM | Show all posts
Edited by Maideen. at 21-2-2018 02:06 PM

Tak apa lah kalau Pak Cik tu mendapat bantuan daripada Tuhan Kristian buat masa ini mem,andangkan Tuhan Kristian mempunyai sistem bantuan yang lebih cekap...

Pastinya bila Tuhan Isle memperbaiki sistem bantuanNya besok, mungkin Pak Cik ini boleh mendapatkan bantuan dari Tuhan Isle pula...

Wallahualam.

P/S Tapi walaupon dia mendapatkan bantuan Tuhan Kristian,  Pak Cik ini haruslah sedar bahawa "Hanya Isle Menjamin Kesejahteraan dan Penyelamat Ummah!"
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku yg baca pun naik geram mmg betul la klau kita nk bantu asnaf ni just hulur by hand je tak pyah melalui pusat zakat yg kita sendiri pun tak tahu salur kemana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 02:12 PM | Show all posts
sebab tu org padang lekeh dgn agama islam, kerana golongan yg mcm nilah....buruk peranfai, pemalas dan tak amanah....

jgn korang ingat lebai2 yg kerja dekat jabatan agama tu perangai baik....yg skendel dgn bini org pun ramai....

kakak teringat ada sorang jiran akan pergi jabatan agama utk bercerai dgn laki dia....bila balik rumah boleh pulak khadi tu call dia ajak dating....camana tu dekk?...berkopiah kat kepala atas tetapi kepala bawah tk boleh control...wlhal kadhi tu dah beranak bini.....bikin malu umat islam jer...

kakak bkn nak pukul rata...tetapi golongan cerdik pandai agama ni kdg2 pandai bercakap jer...kalau berceramah bukan main lagi pong pang pong pang tapi anak bini kat rumah perangai mcm lahanat....

jiran kat rumah lama akak dulu laki bini ustaz dan ustazah....tapi perangai ank2 langsung x mencerminkan didikan agama yg tinggi....mengamalkan konsep iman tidak boleh diwarisi agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:16 PM | Show all posts
serius ke? dlu penah ada viral psl berita cm ni. tp pihak gereja sdri menafikan ada org islam dtg gereja ambil duit n siap tulis nama kt buku. katanya x wujud pn buku utk tulis nama nk ambik duit kt gereja. dorg pn ada prosedur dorg sdri klu nk ambil duit. xde senang2 nk bg duit kt org. nk kne cari balik article tu. sbb bace org share kt fb dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 21-2-2018 02:05 PM
Tak apa lah kalau Pak Cik tu mendapat bantuan daripada Tuhan Kristian buat masa ini mem,andangkan Tu ...

takbirr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:18 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 21-2-2018 01:30 PM
dia orang ni malas nak turun padang, duduk dalam aircond lagi sedap.

keluarga aku yg selalu bagi  ...

btl tu...makbapak aku pun kerap turun baling (kedah) bg bantuan kt diorg...
yg paling bnyk bg pakaian sbb diorg kt sana mmg sgt2 daif...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.207536 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list