View: 6314|Reply: 20
|
Wow! Penampilan Sebelum & Selepas Artis K-Pop Ini Mengejutkan. Beza Giler!
[Copy link]
|
|
Korean-Pop atau lebih dikenali sebagai K-Pop sememangnya telah mencetuskan fenomena yang luar biasa bukan sahaja di Korea Selatan, malah di seluruh dunia.
Selain muzik yang menarik, penampilan artis K-Pop juga seringkali menarik perhatian peminat fanatik mereka.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ada segelintir artis terkenal ini yang mengalami perubahan imej yang sangat drastik jika dibandingkan dengan imej mereka sebelum menjadi terkenal.
Jom kita lihat antara 9 artis yang mengalami perubahan yang sangat ketara!
1. Hyosung - Secret
Jun Hyosung dari kumpulan Secret dulunya memiliki badan yang sedikit berisi jika dibandingkan dengan 'idol' yang lain.
Namun, pada tahun 2012 peminat Secret dikejutkan dengan perubahan berat badannya dari seorang yang berisi menjadi kurus. Perubahan ketara dapat dilihat pada saiz kakinya. Ahli kumpulan Secret yang lain seperti Hana dan Sunhwa juga turut mengalami beberapa perubahan jika dibandingkan dengan imej mereka sebelumnya.
2. Minzy- 2NE1
Minzy merupakan salah seorang ahli kumpulan 2NE1 dan mula menyertai industri muzik K-pop ketika berusia 15 tahun. Sehingga kini, banyak perubahan dari segi penampilannya seiring dengan pertambahan usia. Namun, ada desas-desus menyatakan dia ada melakukan pembedahan pada hidungnya. Lihat sahaja wajahnya sekarang, banyak perubahan bukan?
3. JungKook-BTS
Ahli kumpulan BTS ini sangat terkenal kerana suara dan ketampanannya. Seperti Minzy, Jungkook juga terjun ke bidang nyanyian pada usia yang muda. Sudah tentu banyak perubahan dari segi penampilan apabila semakin matang. Malah, ada yang menyamakan Jungkook seperti beluncas yang bertukar menjadi rama-rama. Bukan sahaja wajahnya semakin kacak, malah badannya
juga semakin tegap.
4. Gayoon -4Minute
Ahli kumpulan 4Minute ini mengalami perubahan berat badan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan penampilannya yang dahulu.
Terdapat beberapa gosip liar menyatakan Gayoon telah menjalani beberapa siri pembedahan termasuk dibahagian rahangnya sehingga menyebabkan dia tidak dapat makan denagn normal seperti sebelumnya. Kehilangan berat badan yang ketara tersebut telah dikaitkan dengan pembedahan yang dilakukannya.
5. Minho -SHINee
Ramai yang tidak percaya bila melihat kembali penampilan pertama Minho ketika kumpulan SHINEee mula dikenali. Dia juga sangat dikenali sebagai seorang yang sangat pemalu. Namun, pada tahun 2010, Minho mula melakukan rutin senaman di gim dan mengubah penampilannya dari seorang yang kelihatan kebudak-budakan kepada seorang yang sangat macho!
6. Nana
Nana sememangnya seorang yang cantik semenjak dari dahulu lagi. Dahulu dia dikenali sebagai seorang yang sangat minimalist terutama sekali dalam solekan. Tapi kini dia kelihatan semakin cantik malah ada yang mengatakan yang dia ada melakukan pembedahan plastik pada mata dan hidungnya.
7. T.O.P - BingBang
Ahli kumpulan BigBang ini sangat terkenal di kalangan peminat. dan pernah digelar sebagai lelaki paling seksi bagi K-Pop idol. Mungkin ramai yang terlupa atau tidak tahu yang dia dahulu pernah memiliki berat badan yang berlebihan. Kini, penampilan dia mampu memukau hati sesiapa yang melihatnya.
8. Kyuhyun - Super Junior
Ramai yang terkejut bila melihat rupa sebelum dan selepas ahli kumpulan Super Junior ini. Dia mengakui yang dia telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Sememangnya perubahan wajahnya sangat ketara!
9. Xiumin -EXO
Ahli kumpulan EXO ini malangnya telah menjadi mangsa kepada diet Yo-Yo. Berat badannya seringkali berubah daripada berisi kepada sangat kurus dan kemudian berisi kembali.
Namun, dia kini mengakui mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mahu menjaga kesihatan diri.
Perubahan-perubahan yang dialami oleh artis-artis ini sememangnya menyedarkan kita bahawa bukan sahaja wanita, malah lelaki juga turut mengambil berat penampilan mereka. Apatah lagi bagi selebriti Korea yang penampilan mereka sentiasa menjadi perhatian para peminat.-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
jungkook tu consider plastic surgery or puberty hits him good? if naturally mmg hensem ah! nana tu cantik je dulu and sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling plastik adalah pelakon.ape tah dalam.valid love tu.jadi tukang kayu kim tu
Plastik dia sampai.kejung habis muka.dia
Cm.robot yang hensem |
|
|
|
|
|
|
|
xiumin tu okay je hehe cute! |
|
|
|
|
|
|
|
T.o.p ni memang originally hensem laa. Sekarang ni je dia macam nampak tua kureng sikit hemsem nya. Cengkung sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm xjauh beza...ada lg yg kaw2 transformation lpas plastic surgery la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ni tak payah beriya2 surgery sangat. Buat mata dari sepet bagi bulat dah ok dah. Yg pompuan tu lebih sikit lah,kena bubuh silikon bagi tek besar baru nampak sexy pakai baju ketat. |
|
|
|
|
|
|
|
Omg top mmg ngetop...{:iwant |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je dengan mana2 artis seluruh dunia. Masa mula2 penampilan memang nampak berbeza dengan yang terkini sebabnya kini dah ada pendapatan lumayan. Ada modal yang kurang cantik boleh bertukar menjadi lebih menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Retis mesia oter jadi makin pelik sebab dokter murahan..pastu gatal tambah dagu watpe dh macam jongos. Oter mane yang patut dahle |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Korea Pegi klinik plastic surgery tu Ibarat macam pi Lepak Mamak je chuols !!! Bila2 rasa nak
Pi, Terus pi ja. And it's very common tiap Satu household mesti Ada at least sorang yang buat plastic surgery. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah gmbr Xiumin May 2013 tu...dah mcm tulang rgka dah...nasib gmbr lama...bru tgk..
For me...muka Kpop idol yg xbrubh smpai skg...CL dgn Dara 2NE1...muka depa 2 org ni mmg nmpk ori dr dlu smpai skg....yg lain2 tu xsure..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku paling merecik tgk minho
dulu, kini, selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
Huii,kurus xmakan ke sedut lemak ni..aku xmakan, xkurus2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je yg mcm ni... sebab dorg kena suruh dgn company yg manage dorg.. kan |
|
|
|
|
|
|
|
Paling ngok bila peniaga kosmetik kt M'sia ni duk wt iklan produk cm ni : "Nak cantik mcm org Korea? Guna la produk $&!#%*?!" Korean pun banyak yg cantik plastik jah. Wadehek sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Aah kan... i dgr once sign jadi artis depa ada term n condition utk buat plastic surgery...
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Macam Nadia Shabab eh nama dia? Buat plastic surgery tambah dagu la mata yang memang ada double eyelid pi besor kan lagi. Nampak so weird tak cantik pun. Mesti pergi plastic surgery thailand je. Patut pergi Korea sana nun minta consultation nak oter bahagian mana. Ni main sesedap rasa tu yang buruk tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|