View: 847|Reply: 4
|
[Tempatan]
Dungun. Siling sekolah runtuh . Berita biasa di Terengganu
[Copy link]
|
|
DUNGUN: Pelajar dan guru terselamat selepas siling bangunan sebuah kelas Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau Dungun, runtuh selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat petang semalam.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang.
"Siling yang runtuh itu menyebabkan kerosakan pada struktur binaan dan bumbung bangunan. JPNT sudah mengeluarkan arahan supaya tingkat atas bangunan itu dijadikan kawasan larangan," katanya.
Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk siasatan lanjut.
"Penilaian kos kerosakan dan tahap keselamatan bangunan keseluruhan juga sedang dilakukan. JPNT sudah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah yang dibina oleh kontraktor supaya diperiksa.
"Kejadian sebegitu tidak boleh dipandang remeh dan pemeriksaan harus dibuat terhadap bangunan sekolah lain bagi mengelak kejadian berulang," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi.....
Kontraktor mana diorang pki ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-2-2018 07:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jgn risau selagi bawah umno
Semua bisa di atur
Media pun tak berani meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalu jadi kt selangor
mau keluar selama 7 hari, kerajaan negeri punya tnggungjwab,blablablbala.... |
|
|
|
|
|
|
|
kepelikang tanpa batasang ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|