CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2208|Reply: 3

Rezeki Murah Sejak Kahwin - Fattah Amin (laporan Kosmo! Online)

[Copy link]
Post time 21-2-2018 04:03 PM | Show all posts |Read mode


Rezeki murah sejak kahwin – Fattah Amin
Haryati Karim
21 Februari 2018 3:00 AM



SEJAK berkahwin dengan Fazura, Fattah Amin tidak melihat sebarang impak yang menjatuhkan saham atau menyebabkan tawaran buatnya semakin berkurangan.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura Sharifuddin, 35, pada 27 November tahun lalu, Fattah Amin mengakui sering dimomokkan dengan pemikiran skeptikal bahawa lelaki berstatus suami orang sukar ‘dijual’ dalam industri seni.

Tanggapan tersebut bagaimanapun meleset kerana selepas tiga bulan berkahwin, rezeki Fattah, 28, semakin mencurah-curah, baik dalam industri seni, perniagaan mahupun sebagai duta produk.

Menurut Fattah, jadualnya cukup padat. Kini, selain memberi tumpuan kepada promosi filem pertama lakonannya, KL Special Force yang akan ditayangkan pada 8 Mac depan, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga sibuk dengan perniagaan makanan kesihatan MRP diet dan kuliah di Universiti Utara Malaysia.

Disebabkan kesibukan jadual promosi filem, Fattah kini berehat buat seketika daripada projek lakonan selain memberi laluan untuk majlis resepsinya yang bakal berlangsung pada 25 Februari ini serta majlis khas buat peminat menjelang 11 Mac depan.

KOSMO!: Apa khabar? Bagaimana dengan persiapan resepsi perkahwinan Fattah yang akan berlangsung Ahad ini?

Fattah: Khabar baik. Sejak balik dari bulan madu di Eropah, jadual saya terlalu padat. Namun, persiapan perkahwinan berjalan lancar kerana keluarga dan rakan-rakan banyak membantu memastikan hari bahagia kami berlangsung sempurna.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, rasanya semua perkara berkaitan resepsi sudah hampir siap.

Boleh kongsikan pendapat tentang pemikiran skeptikal segelintir pihak yang mendakwa bahawa pelakon berkahwin sudah tidak laku?

Saya selalu dimomokkan dengan kata-kata sebegitu. Ada yang kata selepas berkahwin saham akan turun, dalam erti kata lain tidak laku dan tiada tawaran kerja. Alhamdulillah, saya pula mengalami pengalaman yang berbeza.

Sejak berkahwin rezeki saya semakin murah. Sebenarnya Allah telah tetapkan rezeki berkahwin dan jika ada anak, rezeki anak pula. Jadi, tidak perlu rasa takut apa yang penting terus berusaha mencari rezeki halal.

Bagi saya, kata-kata itu sudah tidak relevan kerana buktinya, aktor Datuk Rosyam Nor masih popular sehingga hari ini.

Bagaimanakah dengan alam rumah tangga yang baru tiga bulan dijalani?

Semuanya berjalan dengan lancar. Masing-masing pun sibuk dengan kerja. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang, cuma soal anak, saya berserah kepada Allah.

Kami tidak merancang, jika diberi rezeki cepat saya terima dengan lapang hati. Sejak berkahwin, kami banyak menerima tawaran bekerja secara pakej seperti menjadi duta produk.

Bagi saya, ia rezeki walaupun ada masanya kami terpaksa menolak kerana terdapat masalah pertembungan jadual kerja.

Apakah perkembangan perniagaan anda?

Terbaharu, saya telah melancarkan syarikat sendiri iaitu MRP International Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk kesihatan dinamakan sebagai makanan diet MRP.

Sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan hangat dan sehingga kini mempunyai 80 stokis seluruh negara selain terdapat juga permintaan di Singapura dan Brunei.

Perniagaan kafe juga berjalan seperti biasa, selain sibuk dengan kuliah Ijazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia.

Jika tiada aral, tahun depan saya akan tamatkan pelajaran kerana tinggal dua semester sahaja lagi.

Bagaimana pula dengan kerjaya lakonan?

Buat masa sekarang saya berehat daripada lakonan untuk memberi laluan kepada perniagaan, resepsi perkahwinan dan promosi filem KL Special Force.

Tawaran lakonan sentiasa ada, cuma saya mahu filem aksi KL Special Force ditayangkan di pawagam terlebih dahulu.

Dalam filem ini, penonton akan melihat sisi berbeza Fattah Amin. Mungkin selepas filem ini keluar, secara tidak langsung membuatkan pihak pengarah dan penerbit lain terfikir untuk memberikan saya watak yang lebih mencabar.

Adakah ini bermakna anda bosan membawakan watak lelaki romantik?

Saya yang tidak mahu penonton bosan. Sebagai pelakon, saya harus berani mencuba watak-watak baharu. Jika tidak, orang akan ingat saya hanya mampu membawa satu watak sahaja.

Cuma pengarah tidak akan berani memberi watak baharu kepada saya, jika mereka tidak pernah melihat saya membawakan sesuatu watak berbeza. Sebab itu, saya tidak sabar untuk menunggu filem KL Special Force ditayangkan kerana mahu melihat reaksi orang ramai.

Untuk melayari artikel penuh, klik di sini (Kosmo! Online)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah.. bercinta lepas kahwin... dari bercinta x kahwin2
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus fattah ni, muda2 buat bisnes bkn stakat blakon jek
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:53 PM | Show all posts
Edited by sakiraz12 at 18-12-2020 05:57 PM

Orang cakap kalau sebagai suami anda mahu murah rezeki, selalulah kasi ... “Patutlah Murah Rezeki,Pandai Dia Layan Isteri”-Peminat Puji Fattah Amin Suka ... Sebelum berkahwin dengan Fazura, Fattah di kenali sebagai anak yang ... Mungkin kerana sikap sebegitu sudah ada sejak zaman bujang,maka ...Myhr Marriott portal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.086614 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list