CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crozencoklat

Pengalaman Ngeri Aku Berkaitan Lang dan Ponti

  [Copy link]
 Author| Post time 21-2-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cengkihgirl replied at 21-2-2018 08:57 PM
Menarik!
Macam bercinta pulak ek
Dia pandang aku, aku pandang dia

Hahaha main cinta oh nooo..scary abis..Terima kasih  Next story in shaa allah dlm rangka sbb kene taip kat note fon bru boleh posted di sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 10:01 PM | Show all posts
crozencoklat replied at 21-2-2018 08:50 PM
Hahaha maaf..ok boleh bc da

Hahaha ok2 dimaafin. Intro yg bagus. Teruskan. Kiranya sis ni keje gomen kat putrajaya duduk kuarters la yer.
Masa belajar dulu masa stadi week i pun pernah terserempak cik ponti. Masa tu i tgh lepak kat bilik kawan i tgk diorang stadi. Tetiba jer nampak kain putih terbang kat pokok tepi tingkap. I pun tanya la kawan i. “ weh apa tu” org tua2 selalu pesan benda pelik jgn tegur. Terus cik ponti mengilai kat bwh tu. Meremang jugak la bulu roma i. Kawan i diam jer. I pun speechless. Esok tu baru kawan i citer diorang mmg dah selalu sgt kena kacau ngan cik ponti tu. Tapi i xder la nampak muka cik ponti. I nampak kain putih terbang je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by crozencoklat at 21-2-2018 10:29 PM
iwan007 replied at 21-2-2018 10:01 PM
Hahaha ok2 dimaafin. Intro yg bagus. Teruskan. Kiranya sis ni keje gomen kat putrajaya duduk kuart ...


Hehehe Terima kasih  In shaa Allah..yap gomen duk kuarters..
yap,kiranya adik ni nampak full kain or just hujung je?
Yer dik,jgn tegur buat derk je..dgr mengilai tu buat bulu reroma bdiri 2inci je hahaha
Semua dah tahu tp bertuah tak inform awal2..nsb xnmpk muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 10:46 PM | Show all posts
crozencoklat replied at 21-2-2018 10:28 PM
Hehehe Terima kasih  In shaa Allah..yap gomen duk kuarters..
yap,kiranya adik ni nampak full ka ...

Nampak hujung kain putih jer. Zapp terbang kot pokok. Nasib la x nampak muka. Dengar mengilai pun dah trauma. Hehe.

X sangka pulak putrajaya pun ada cik ponti. Selalu cik ponti suka hutan gunung dengan pantai. 2013 dulu pernah gi family day ofis kat awana kijal. Rupanya situ mmg byk cik ponti. Nasib la tak terserempak
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Uuu seram seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 09:06 AM | Show all posts
Edited by crozencoklat at 23-2-2018 04:02 AM
iwan007 replied at 21-2-2018 10:46 PM
Nampak hujung kain putih jer. Zapp terbang kot pokok. Nasib la x nampak muka. Dengar mengilai pun  ...

alhamdulillah la nmpk hujung..saje la tu nk nyakat..putrajaya ni dulu hutan banat dik..tak caya google..dulu nama asal Prang Besar  sebelum ditarah jd kawasan pentadbiran kerajaan.

Sini kalau datang, keliling kuarters kebanyakannya mst ada lagi sisa hutan tinggal..huhuhu
Cik ponti yang bertentang mata tu 'dia' baru balik dari nyakat baby kecik la ni.. sbb kawasan kejiranan sini ramai baby..depan kanan semua ada anak kecik..jadinya, menarik perhatian cik ponti tu la..


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2018 09:08 AM | Show all posts

mmg seram..bila da nampak depan mata, baru tahu yg real lagi la scary wajahnya jika dibandingkan dengan rupa Maya karin dalam citer ponti tersebut.

Arakian, banyakkan la bc pendinding diri sbb entiti berkenaan wujud di mana2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
X jadi nk cite sbb sebelah aku ni makcik ni pun da ghupe ponti...matilanak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2018 10:32 AM | Show all posts
rainbowrainz replied at 22-2-2018 09:56 AM
X jadi nk cite sbb sebelah aku ni makcik ni pun da ghupe ponti...matilanak

hahaha kelakar la..ade story nt karang je kat sini.. nk bc gak..tp lps mak cik tu da blah la hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 11:08 AM | Show all posts
presint berapa tu? area rumah aku pun last few months kecoh pasal pontianak..ramai juga nampak. tapi kat setia alam la
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:27 PM | Show all posts
dik nak cerita kalau tak yah intro teruskan saja dan kalau boleh jangan diguna shortform dan bahasa singkat. Rosak bahasa kita dan orang pun susah hadam.  cerita awak bagus dan terkesan, teruskan saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 01:07 PM | Show all posts
prizadane replied at 22-2-2018 11:08 AM
presint berapa tu? area rumah aku pun last few months kecoh pasal pontianak..ramai juga nampak. tapi ...

maaf prizadane, saya tak boleh bagitahu sbb takut nanti kene saman tp mmg putrajaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 01:10 PM | Show all posts
mamaezah replied at 22-2-2018 12:27 PM
dik nak cerita kalau tak yah intro teruskan saja dan kalau boleh jangan diguna shortform dan bahasa  ...

hohoho terima kasih dan akan diperbaiki tulisan dari masa ke masa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:16 PM | Show all posts
lagiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:21 PM | Show all posts
crozencoklat replied at 22-2-2018 01:10 PM
hohoho terima kasih dan akan diperbaiki tulisan dari masa ke masa

Presint 11 kot
My sister pernah duk sana
Angker rumahnya..rumah teres, dah pindah dah pun
Apartment kat sana pun ada jugak dengar cerita cik ponti ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:28 PM | Show all posts
teruskan tt. best cerita

putrajaya agak scary nak2 lagi waktu malam... sunyi sepi  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2018 02:21 PM | Show all posts

Terima kasih sudi membaca ..ok sudah ditempek cerita baru pengalaman paling angker yang dirasai huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 02:22 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 22-2-2018 01:21 PM
Presint 11 kot
My sister pernah duk sana
Angker rumahnya..rumah teres, dah pindah dah pun

hehehe bkn sis..presint 11 kuarters or yang damai?situ pun ada cerita gak..alami sendiri..nanti ada masa saya cerita ya..terima kasih sudi membaca

kalau tak keberatan, sis boleh je ceritakan apa yang dialami oleh akak sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 02:24 PM | Show all posts
baiklah..siri kedua pulak  tentang cik ponti tapi aku rasa mcm cik lang pun ada..entahla,susah nk bezakan antara hangpa berdua. Hihihhihiiiiiiiii~~~~~~~~~~~~

Cerita masih di rumah aku. Kuarters XX..untuk pengetahuan korang, aku ada adik yang masih study di UITM Shah Alam, course Admin.. IDA masih single lagi..hahaha sory off topic..

Tapi sebelum aku melangkah ke dalam penceritaan yang panjang lebar, aku nak korang bayangkan yang atas rumah aku ni kosong setelah 5 tahun lamanya tanpa berpenghuni.   Kiranya sebelum aku tinggal memang rumah atas ini  telah kosong,kosong dan kosong.. Ya kosong tapi ada 'makhluk' lain yang betah untuk menginap tanpa bayaran potongan gaji bulanan. (Nanti aku cerita makhluk jenis apa dalam penceritaan yang lain).

Jadi...........
Satu hari tu, adik aku IDA ni ada  disscussion group hari sabtu di  MCDONALDS  Shah Alam.  Sebagai seorang yang bertanggungjawab menjaga adiknya ini, aku pun hantar,temankan dan menunggu sampailah adik aku ni siap berdiskusi dgn kawan-kawannya.
Pejam celik, pejam celik sudah dekat jam 10.30 macam tu adik aku mengeluarkan, dan bertukar-tukar isi pendapat dengan kawan-kawannya.  Maka, berangkat pulanglah kami berdua menuju pulang ke putrajaya melalui lebuhraya SKVE. (seram  malam-malam nak cepat punya pasal)

Bila sudah larut malam (lewat la bagi aku pasal nak ke jam11 lebih )aku tak sempat masak  ditambah keletihan menunggu berjam-jam dalam kereta  (ikhlas tunggu cuma penat je ). Aku bawak la adik aku ni pergi mapley di sekitar putrajaya (mamak mana aku rahsiakan sbb dekat je dengan rumah aku)

Kami makan mcm biasa la..tengah makan tu dalam  11.30 mcmtu aku sempat bagi kata-kata nasihat la berkenaan dengan  rumah atas.  Aku cakap jangan sesekali ida pandang rumah atas..pandang ke toleh ke, waima jeling pun tak boleh..aku cakap cmtu pada dia.  Benda ni spontan je terdetik di dalam hati aku dan otomatik terluah padanya.  Ida tak cakap banyak, hanya angguk  tanda paham apa yang aku beritahu.

seusai makan kenyang kami pun  balik.  Bila kami naik ke dalam lif, masing-masing senyap.  Aku bergerak keluar terlebih dahulu dan beriringan bersama-sama.  Selang beberapa langkah, aku terhenti.  Sebab apa, sebabnya adik aku si Ida ni boleh pulak dia berhenti kaget terpaku sambil melihat rumah atas kami..Allahuakbar, aku lantas panggil nama dia.  Ida! (gaya tegas dan marah) tapi sebenarnya bukan aku marah pada  adik aku, sengaja supaya  lamunannya dapat ku hentikan dengan kadar segera. (sangat berkesan cara ni bagi aku).

Bila dia  berpaling apabila namanya dipanggil dengan tegasnya oleh aku, aku lihat wajahnya masih lagi terkejut.  Aku lantas segera mendapatkan ida.  Aku memang tak toleh la kat atas ,aku pegang adik aku dan tak sempat kami nk buka langkah tu diaaaaaaaaaaaa.........ohoiiiii alahaiiiiiiii.
bahagian SUSPEN telah tiba! Ya telah tiba! Seumur hidup aku,belum pernah jadi mcm ni..
Korang tahu apa yang kami dengar?Sedangkan kami masih statik di situ.  Aku kasihan pada adik aku, sudahlah belum habis lagi terkujat, ditambah pulak dengan suatu keadaan yang aku rasakan sesiapa pun jarang atau tak pernah rasai rencah pengalaman ini.
Dari jarak 20 kaki mcm tu, standard kuarters pasti adanya tangga kecemasan.  Disitulah, kami mendengar makhluk Allah ni sedang MENGASAH GIGI!!! Arghhhhh!!! Tidakkkkkkkkkkkk!!!
Jantung aku dup dap dup dap..Allahuakbar! mata aku tak lepas pandang pintu kecemasan tu(tertutup) tapi Ya Allah, bunyi ‘cik ponti’ tu mengasah gigi sangatlah kuat dan bingit berdesing..LAMA DAN PANJANG..Tindakan ‘cik ponti’ tu mengakibatkan adik aku ni spontan mengeluarkan air mata. Aku sebagai pelindung (ceh) tak boleh takut dalam situasi mcm tu.  Tipulah kalau tak takut tapi apa boleh buat..nak tak nak perlu redah melalui tangga tersebut.  Ironiknya, rumah aku berdepan 10 langkah je dari tempat jin tersebut menapak.    Aku terus paut bahu adik aku..aku rangkul kemas-kemas bagi mengurangkan kegusaran dan ketakutan yang melanda. (petua ni)..Ida disebelah kanan aku, aku korang faham la ya, di sebelah kiri dan akan berselisih sangat rapat dengan cik ponti berkenaan. Sambil melangkah aku tak henti-henti baca ayat kursi, pendinding dan berdoa supaya cik ponti tu tidak menampakkan dirinya.  Bunyi mengasah gigi tidak menampakkan pengurangan  malah makin galak aku rasa. (GERAM bila teringat balik).

Bila berselisih dengan pintu tangga kecemasan tu, jantung aku sudah mencapai level ke bawah lantai.. Takut sebab apa, dalam pikiran sudah ‘imagine’ rupanya yang sedang mengasah gigi dan aku berpendapat bahawa cik ponti tu sedang dahagakan darah.  Setibanya di rumah, aduhaiii..perlu melalui satu fasa sulit pulak dah..  Mana nak buka kunci grill lagi, kunci pintu utama lagi.  Kedua-dua tapak kaki sudah melangkah masuk ke dalam rumah baru  lah kami menarik nafas lega dan bersyukur sangat sebab dilindungi Allah.  Trauma la sekejap hahahah..

Masing-masing terdiam.  Terkejut penat semua bercampur baur.  Keesokan hari, aku plan nak bawak adik aku pergi tengok wayang(cerita apa aku tak ingat).  Sebab hari ahad, lagi pun aku nak hilangkan apa yang kami rasa semalaman.  Sebelum tengok wayang, aku sempat lah masak untuk adik aku ni.  Sedang makan tu, aku bukak la cerita..Tanya apa yang dia nampak semalam.  Korang tau tak apa?Adik aku cakap dia nampak rumah atas ni cantik sangat.  Semuanya serba serbi warna pink. (langsir pink, dinding pink) tapi tak pulak dia nampak kelibat ke apa ke, cumanya dia sangat terpana akan keindahan rumah berkenaan.  Dan sampai ketika tu jugak la, dia ber’ia-ia cakap ada penghuni di rumah atas.  Aku apa lagi, menafikan sebulat-bulatnya.  Sempat lagi aku cakap ‘tak apa, nanti tengoklah bila kita nak keluar’.  Ida tergamam sebab apa yang aku cakap tu betul dan sampai ke sudah will not occasionally see the house again.

Begitulah siri kedua penceritaan aku ini.  Banyak lagi kisah misteri yang aku alami.. In syaa Allah jika ada masa terluang aku karang..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 02:31 PM | Show all posts
crozencoklat replied at 22-2-2018 02:24 PM
baiklah..siri kedua pulak  tentang cik ponti tapi aku rasa mcm cik lang pun ada..entahla,susah nk be ...

SKVE memang seram kalau malam-malam. aku pernah terserempak toyol kat situ waktu malam. kawan aku pulak, naik motor..cik ponti ikut terbang sebelah dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068096 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list