CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 12

[Politik] Pembangkang Kena Terima Hakikat Malaysia Telah Berjaya Kata Salleh Keruak

[Copy link]
Post time 21-2-2018 04:50 PM | Show all posts |Read mode




Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sudah tiba masanya pihak pembangkang menerima hakikat bahawa Malaysia telah berjaya dan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

Menerusi catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.my. Salleh berkata pembangkang terus mengulangi pembohongan mengenai Malaysia yang kononnya bakal muflis tetapi laporan antarabangsa membuktikan ini tidak benar.

“Seringkali isu kejayaan ekonomi Malaysia dipolitikkan dan rakyat diberitahu sebaliknya daripada apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Salleh berkata masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian Malaysia dan dapat melihat negara sedang menuju ke arah yang betul.

Beliau menegaskan 43 anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) memuji Malaysia kerana pencapaian ekonomi yang mengagumkan serta dasar perdagangan dan ekonomi yang berhemat.

Menurut laporan, ketika menyertai Kajian Semula Dasar Perdagangan Malaysia ke-7 yang berlangsung di Switzerland baru-baru ini, anggota WTO turut memuji Malaysia kerana secara aktif meneruskan keterbukaan perdagangan menerusi reformasi unilateral, pengaturan perdagangan serantau dan dua hala serta penggubalan peraturan pelbagai hala.

“Anggota (WTO) turut mengakui kejayaan Malaysia dalam memperbaharui dan mempelbagaikan ekonominya telah menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan meskipun menghadapi pelbagai cabaran luar,” kata Salleh.

Menteri itu berkata pembaharuan ekonomi tidak mudah dan tidak boleh dilakukan secara jangka pendek.

“Ia memerlukan ketahanan dan kadang-kadang, dasar yang tidak popular demi untuk mencapai matlamat jangka panjang, terutamanya apabila cuba membetulkan kerosakan yang berlaku pada masa lalu,” katanya.


-sh-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 05:08 PM | Show all posts
hmmm mmmmm

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyeee laa.maju pada zaman pemerintahan siapa yee
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:52 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 22-2-2018 01:55 PM

Si bodoh ni kerajanya MENGAMPU JE.
Kerja sendiri sebagai Menteri MULTIMEDIA, terabai.

      


      


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
And yet ada yg kata dia ni bagus?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 05:16 PM | Show all posts
duit hilang dgn berkesan ~ penyokong juga hilang sama sekali sebab tak ada duit macam najib rosmah boleh pi luar negara.
berkesan apa ??? dah zaman apa ni sekarang, teknik sama tak boleh pakai selama lama nya ....
kalau pembangkang salah , kasi tunjukkan apa salah dia org lah wei~ kenapa nak rahsiakan semua segala gala nya?????????????????????????? kena buktikan apa salah mereka tu ???????? show je apa bukti ke ??? audit ke ???? laporan ke ???? tapi jangan pariah punya laporan lah. kena standard mematuhi undang undang antarabangsa punya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 05:20 PM | Show all posts
mmg xdinafikan maju...

tp rakyat dah muak dgn ketirisan & mismanage ...

hope dgn pertukaran kerajaan mesia lebih pantas maju as whole.... if not sekadar maju dlm pace yg BN hendak... siapa & dimana je yg dpt kemajuan.... akan ade yg dianaktiri dan ketinggalan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 05:25 PM | Show all posts
rgv120 replied at 15-3-2018 05:16 PM
duit hilang dgn berkesan ~ penyokong juga hilang sama sekali sebab tak ada duit macam najib rosmah b ...


Bukti dari laporan Penarafan tiga badan antarabangsa iaitu Fitch, Moodys dan Standard & Poors terhadap keupayaan pentadbiran kerajaan daripada segi fakta dan angka  memberi pengiktirafan kategori A kepada Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 05:33 PM | Show all posts
rashiman replied at 15-3-2018 05:25 PM
Bukti dari laporan Penarafan tiga badan antarabangsa iaitu Fitch, Moodys dan Standard & Poors te ...


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:10 PM | Show all posts
rashiman replied at 15-3-2018 05:25 PM
Bukti dari laporan Penarafan tiga badan antarabangsa iaitu Fitch, Moodys dan Standard & Poors te ...

sori lah tercirit sikit baca komen kau.

sibuk kejar rating on paper.

hakikatnya life is so miserables.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:38 PM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 15-3-2018 05:20 PM
mmg xdinafikan maju...

tp rakyat dah muak dgn ketirisan & mismanage ...



ni aku setuju. sepatutnya rakyat lebih hidup mewah atas kemajuan tapi makin lama barang makin mahal.. apa cite kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
yelah msia dah berjaya jadi tumpuan siasatan kes rasuah antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:40 AM | Show all posts
rastaf replied at 15-3-2018 06:38 PM
ni aku setuju. sepatutnya rakyat lebih hidup mewah atas kemajuan tapi makin lama barang makin  ...

kan...

cth terbaik singapore... mase keluar dari mesia... they left with almost nothing.. especailly on natural resources...

tp dimane mereka sekarang? parti yg sama jgk jd kerajaan dari awal depa keluar mesia..

sedangkan mesia parti yg sama jgk jd gomen sejak merdeka... after 60years.. ptt kita blh setanding depa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.080550 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list