CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14691|Reply: 105

Fathia Latiff bakal jadi Ustazah??

  [Copy link]
Post time 22-2-2018 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by vous_me6 at 22-2-2018 04:04 PM

Disiplin Fathia bukan isu besar
Oleh Feride Hikmet Atak
feride.hikmet@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Ketika tiada pihak dikatakan berani menawarkan peluang lakonan kepada aktres sensasi, Fathia Latiff, penerbit drama, Fadzil Teh, pula bersikap terbuka apabila bersedia menggunakan khidmat berlakon terbabit dalam terbaru keluarannya berjudul Anugerah Cinta Aisyah.

Fadzil berkata, masalah disiplin yang sering dikaitkan dengan Fathia bukanlah isu besar baginya berikutan beliau juga berdepan dengan perkara sama membabitkan pihak lain, termasuk artis dan kru.

"Benar, saya tawarkan dia (Fathia) peluang berlakon untuk drama baharu syarikat saya, Anugerah Cinta Aisyah.

"Saya juga tidak ada masalah dengan kontroversi yang terpalit pada Fathia. Apa yang penting, dia mampu memberikan hasil lakonan yang terbaik. Tidak salah untuk kita memberi peluang kepada dirinya.

"Setakat isu disiplin masa, hampir semua orang dalam produksi ada masalah sama. Setakat ini, belum pernah lagi drama yang membabitkan Fathia mendapat 'rating' rendah," kata penerbit daripada syarikat Zeel Production itu kepada BH Online.

Beberapa bulan lalu, bintang yang mencipta populariti menerusi drama Ariana Rose itu menjadi bualan netizen apabila video menerusi aplikasi Bigo Live dibuat oleh pelakon, Natasha Elyzza, yang memaparkan dirinya sedang menari hingga mendedahkan sebahagian payu daranya tular.

Ketika berdepan episod memalukan itu, Fathia sekali lagi diuji apabila namanya didakwa digugurkan daripada produksi drama, La Luna, ekoran masalah disiplin.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Fathia memuatnaik perkongsian di Twitter dengan meluahkan rasa gembira apabila mendapat tawaran berlakon drama 13 episod.

Sementara itu, Fadzil berkata, beliau sememangnya mencadangkan nama Fathia bagi menggalas watak utama, Ustazah Aisyah, kepada pihak RTM sebelum insiden kontroversi terbabit berlaku, sekitar September tahun lalu.

Sedar stesen televisyen terbabit cukup peka dan tegas, Fadzil mengambil pendekatan untuk mencari pengganti Fathia, namun tiada seorang pun yang sesuai membawakan watak itu.

"Risau juga jika nama Fathia tidak diterima. Jadi, saya mengadakan uji bakat bagi mencari pengganti. Malangnya, tiada yang sesuai.

"Minggu lalu, saya ke stesen itu semula bagi mengesahkan barisan pelakon drama ini dan nama Fathia juga lulus. Malah, dia tidak digam seperti yang diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

"Jadi, saya terus menghubungi Fathia untuk menawarkan watak itu kepadanya. Saya tidak kisah dengan pandangan dan kecaman netizen. Saya sayangkan bakat Fathia. Saya yakin apabila kita selalu beri peluang kepadanya, dia akan berubah," katanya.

Drama Anugerah Cinta Aisyah turut dibintangi oleh Idris Khan dan penggambaran bakal diadakan pada bulan depan.

apa pandangan korang semua? Okay ke tidak pilihan Hj. Zil.
Rasanya boleh je fathia galas watak ni.
Single Polls, Total 170 Users voted
75.88% (129)
24.12% (41)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum setajah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah bg hidayah kat fathia..
Jg kelaku
Syg bakat n rupa tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:42 AM | Show all posts
Iols tak la boikot sangat kat Tekya ni, sepertimana Jering yang selayaknya diboikot
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju je
Kalau dia buat problem lg, bukan kita yg nak hadap pun
Dah production sanggup, so biarla
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mohon ambik caprice hidung kembang setaman jd watak ustaz dambaan ustajah tekya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2018 07:39 AM | Show all posts
dh dpt job tu buat la elok2. jgn buat perangai dgn hero/krew dan sebagainya plak kat set. Idris Khan kan hero dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_rusa replied at 22-2-2018 07:39 AM
dh dpt job tu buat la elok2. jgn buat perangai dgn hero/krew dan sebagainya plak kat set. Idris Khan ...

Jgn2 ada adegan 3some baru plak lps ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 08:01 AM | Show all posts
ustajah jadian kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah tetek kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju jaaaa asal chuols xbelakon garit2 gesel tetek sesuai dgn imej chuols wpun diluar nan hado.. chuols blakon pun make sense bkn blakon sebok nk tunjuk baju handbag kasut branded..go patiya go..ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols boleh berlakon kot..kat luar lantaklah dia nak bogel pun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nak tengok nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 22-2-2018 08:44 AM

Knp jering madu tersangkak stesen tv x boikot... meluat aku...
Fathiah ni cantik, takat kontroversi gitu je, dari jering peng extend haram
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pelakon yang berbakat
If dia dah pernah tayang tek pun
So what??
Cuma masalah disiplin kerja tu perlu diperbaiki
Masalah sosial peribadi
Boleh dipandang sblh mata untuk
Me ... sbb untk dunia koperat sekali pun
Who cares la ko kongkek dengan bitch mana sekalipun (melainkan ia menjadi skandal atau pun sesuatu yang merugikan company) .... selagi ko commit and tiptop ... why bortherrr why bortherrr  ...

Dia pun cantik berbakat (walau sedikit bimbo)
Ramai jer artis yang pernah dicemari kontroversi
Tapi buat muka tebal
Sampai la niii masih bertahan dalam industri
Benda yang kena harung
Sbb diperhatikan ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ada soft spot di hati meols
adoi huntong lah jadi org cantik ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 08:51 AM | Show all posts
sekali imbas tajuk tu, aku nampak "Fauziah Latiff Bakal Jadi Ustazah". kekekeke..sekali kak ya.
takpe kak ya, kau pandai berlakon.. mesti jadi watak ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg sgt pilih vuluh yooo...mentang2 dia cantek segala nye di maafkn dan di lupai gittewww...cer retis sendu rupe nan hado harus di boikot seantero dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Go kakya go. Semoga mendonia kembali
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 09:03 AM | Show all posts
dia berlakon ok
harap2 jgn buat hal displin lg r
org da bg peluang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.201405 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list