Bapa didakwa bunuh bayi berusia 46 hari
http://www.kosmo.com.my/terkini/bapa-didakwa-bunuh-bayi-berusia-46-hari-1.613638
21 Februari 2018 4:48 PM
Muhamad Firdaus Saidon diiring oleh anggota polis untuk didakwa atas tuduhan mendera anaknya yang berusia 47 hari sehingga menyebabkan kematian di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang di sini hari ini.
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuannya yang berusia 46 hari, minggu lepas.
Muhamad Firdaus Saidon, 22 yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.
Lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian anaknya Nurul Ain Umairah di No 893, Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini pada 10.45 pagi, 15 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
|