CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3060|Reply: 5

Jangan Pening-pening, Ini 3 Tempat Makan Western 'Harus Cuba' Di Kuantan

[Copy link]
Post time 22-2-2018 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Sudah menjadi lumrah jika pergi ke sesuatu tempat terutamanya untuk bercuti, sudah pasti kita akan tercari-cari tempat makan yang best dan menarik untuk kita cuba. Lagi menarik jika sekali sekala ubah selera lidah kita dengan mencuba makanan western pula.

Kalau anda nak tahu, di Kuantan terdapat berbagai tarikan pelancongan antaranya Telok Cempedak, Cherating, Taman Tema Bukit Gambang dan Air Terjun Sungai Pandan.


Jadi, bila bercuti di Kuantan sudah pasti anda semua ingin tahu restoran-restoran atau tempat-tempat makan menarik di sini kan? Jom baca senarai tempat makan western menarik di Kuantan yang anda mesti cuba ini.


Lila Wadi Restaurant


Mango Cheese Cake (Sumber: Saji.my)



Kedai makan ala barat yang sememangnya terkenal di Kuantan ini sudah agak lama juga beroperasi. Dahulunya kedai ini kecil sahaja dan kini telah berubah ke lokasi yang lebih besar dan sudah ada cawangan baru sekitar Kuantan.


Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis sambutan harijadi atau apa sahaja jamuan, pihak restoran juga ada menyediakan servis sedemikian.


Hidangan yang dihidangkan di sini kebanyakannya hidangan jenis barat seperti Shitake Mushroom burger, Beef Supreme, Seafood Supreme dan macam-macam lagi. Selain masakan barat, masakan tempatan seperti tom yam, sup dan nasi juga ada dijual di sini.


Sumber: caridestinasi.com



Bagi inginkan makanan ringan-ringan, restoran ini menyediakan kek seperti cheese kek, kula kek, durian cheese kek dan mango cheese kek serta minuman panas dan berkafein yang enak-enak.


Brotherhood Western & Grill


Antara menu western yang anda perlu cuba (Sumber: Saji.my)



Jika anda sudah puas menikmati hidangan patin tempoyak di negeri Pahang, boleh juga anda mencuba masakan Barat pula.
Sesekali ubah selera, tidak salah rasanya.


Anda boleh mencuba hidangan makanan Barat di Restoran Brotherhood Western & Grill yang menghidangkan pelbagai menu yang menyelerakan. Iaitu restoran menarik di Kuantan yang menghidangkan makanan ala-ala western.


Restoran ini terletak di Indera Mahkota berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Restoran Brotherhood Western & Grill menyediakan hidangan masakan yang dipanggang, burger, steak, pelbagai jenis pasta dan bermacam lagi. Harga setiap makanan di sini cukup berpatutan dengan hidangan yang akan anda nikmati.


Restoran ini juga menerima tempahan untuk sebarang majlis, kebiasaannya para pelanggan gemar mengadakan majlis sambutan hari lahir di sini.


Fryerzone Western Food


Meriah dan Murah! (sumber: Saji.my)



Fryerzone adalah lokasi yang anda boleh jumpa masakan Western pada harga yang termurah di Kuantan. Sebagai contoh, dengan hanya RM9.80 anda boleh menikmati segelas air buah oren atau epal segar dan ayam panggang didatangkan bersama sos lada hitam, roti bun, coleslaw dan ketang goreng.


Menu lain yang ada di sini ialah stik daging dan chicken chop yang sudah pasti boleh menambat selera anda yang datang ke sini.


Jika anda hendak datang ke Fryerzone Western Foo, lokasinya terletak di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan.


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan menarik yang ada di Kuantan. Jangan risau dan pening-pening kepala nak cari tempat makan kalau anda bercuti ke sini. Google sahaja lokasi tempat makan menarik yang ada di Kuantan, sudah pasti ia akan sangat-sangat membantu.


Selamat bercuti dan 'food hunting'. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla iols cari Lila Wadi kt tempat lama tu x jumpa..pindah rupanya..seriously kek dia mabelessss
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I kalau pergi Kuantan ni cari kedai seafood/makanan panas je la. Nak menikmati keindahan alam sambil merasai makanan2 laut kekdah nya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:14 AM | Show all posts
wahh.. boleh msk senarai ni.. rajin jgk turun kuantan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:56 AM | Show all posts
laaa mcmane boleh tak tahu ada restoran brotherhood ni dekat dengan uia.. boleh pegi nanti. indera sempurna jauh sgt hehe

kalau lila wadi spaghetti, tomyam ngan mango cheese kek tu mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 12:50 PM | Show all posts
kuantan ni
yg viral2 & gigih iklan hari2 ni maaf cakap la, tak sesedap mana pun

yg tak iklan & tak viral yadayada la yg paling tidak mesti ada signature dish dia yg yummy!

should try western food kat east grill steak house
mabelesss!

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059871 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list