CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 15

[Tempatan] UMNO tunduk kepada MCA, elak tanding kerusi majoriti cina

[Copy link]
Post time 22-2-2018 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Lim: MCA elak kerusi majoriti Cina
20 Feb 2018, 5:29 pm      20 Feb 2018, 5:42 pm


Para pemimpin MCA menerima satu lagi pukulan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membidas parti saingannya yang didakwa tidak mempraktikkan apa yang mereka perkatakan dalam isu peruntukan kerusi menjelang pilihan raya akan datang.
Lim berkata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak dapat menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak lagi mewakili masyarakat Cina berikutan tindakan pemimpinnya yang melarikan diri daripada bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.
"Adakah para pemimpin MCA tidak malu bahawa mereka tidak bertanding di kerusi yang mempunyai lebih 50 peratus pengundi Cina?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata untuk kali pertama, tiga pemimpin tertinggi MCA - presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya, Wee dan setiausaha agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan - bergantung kepada undi Umno untuk dipilih sebagai ahli parlimen.
"Di Bentong, kawasan parlimen Liow, pengundi etnik tunggal terbesar sebanyak 46.1 peratus adalah pengundi Melayu dengan pengundi Cina pada 42.4 peratus, India 9.0 peratus manakala bangsa lain sebanyak 2.5 peratus," kata Lim.
"Di Ayer Hitam, kawasan parlimen Wee, kumpulan pengundi etnik terbesar adalah pengundi Melayu iaitu sebanyak 57.6 peratus diikuti dengan kaum Cina pada 38.3 peratus, India 3.9 peratus dan lain-lain 0.2 peratus.
"Di Tanjong Malim, kawasan parlimen Ong pula, kumpulan pengundi etnik terbesar sekali lagi adalah orang Melayu dengan 55.4 peratus manakala Cina pada 25.8 peratus, India 13.2 peratus dan Orang Asli 5.6 peratus," kata Lim.
Lim berkata pengundi Melayu mewakili kumpulan etnik terbesar di enam daripada tujuh kawasan pilihan raya parlimen yang dimenangi oleh MCA dalam pilihan raya ke-13.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412857#ZjoUCHwHV8g3yVdF.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu undi MCA???

Hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina dan dap berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:35 PM | Show all posts
bukan tunduk. sebab tahu depa sure kalah punya kat kawasan majority cina...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemimpin UMNO masih tak nampak diorg jadi macai MCA. Gigih ke hulu ke hilir turun padang untuk bg calon MCA menang tapi wakil mca takda pun diorg buat macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Betapa mulianya UMNO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2018 06:59 PM | Show all posts
bertanding kt kwsn majoriti cina, kompem mca kalah punya....

tp yg best hr2 dok canang masyarakat cina sokong bn

kuikuikui....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 22-2-2018 06:22 PM
Pemimpin UMNO masih tak nampak diorg jadi macai MCA. Gigih ke hulu ke hilir turun padang untuk bg ca ...

Umno mahu kerusi Bandar Tun Razak
NURHIDAYAH BINTI HAIROM
22 FEBRUARI 2018
Umno  mahu kerusi Bandar Tun Razak
Gerak kerja Umno Bandar Tun Razak melangkaui pelbagai lapisan masyarakat parlimen itu.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Umno Bandar Tun Razak tetap bertahan dengan pendirian memperjuangkan calon Umno untuk kerusi parlimen itu dalam PRU-14 sekaligus demi menghentikan kekalahan bersiri BN.

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, berkata, meskipun berdepan dengan sesetengah pihak yang kurang senang dengan usaha itu, ia bukan penghalang untuk Umno.

“Setiap kali saya kongsikan berkaitan cadangan supaya kerusi BN bagi parlimen Bandar Tun Razak diberikan kepada Umno Bandar Tun Razak pasti ada yang suka dan tidak kurang ramai yang merasa tidak selesa.

"Yang pasti, akan ada ‘pengkritik tetap' yang wujud di alam nyata atau yang berbayar di alam maya untuk terus menggagalkan usaha ini,”katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beliau bersuara sebagai Ketua Umno Bahagian yang punyai 19,700 ahli UMNO dari 82 Cawangan dan kedudukan pengundi Melayu seramai 54,000 di Bandar Tun Razak.

"Untuk rekod saya terpilih sebagai AJK Pemuda Umno Bahagian Bandar Tun Razak  semenjak tahun 1995 ketika berumur 24 tahun.

Ketua Pemuda Umno Bahagian dari tahun 2004 - 2013. Ketua UMNO Bahagian dari 2013 sehingga sekarang. Separuh dari usia telah saya kongsikan untuk Bandar Tun Razak. Bermakna saya sangat faham sentimen mereka dan kemahuan mereka di sini.

"Saya hanya minta calon dari Umno diberi tanggungjawab untuk hentikan kekalahan bersiri BN di Bandar Tun Razak. Kalau saya diam bermakna saya dayus dan tidak membawa suara dan kemahuan Ahli Umno Bandar Tun Razak. Sebagai Ketua, saya akan terus sampaikan kehendak anak buah saya dan sebagai pengikut saya akan akur keputusan Pemimpin saya nanti,”.

Beliau juga menyarankan kepada pihak yang mempertikaikan usaha itu untuk mengikuti perkembangan Umno Bandar Tun Razak di media sosial.

"Kepada yang tak tahu apa yang saya akan, sedang dan telah buat, boleh follow dan ikuti Fecebook Umno Bandar Tun Razak dan segalanya telah dicatat sebagai bahan rujukan dan rekod kerja kami di sini.Kepada pengkritik tetap, jangan risau pendirian saya sebab saya tidak sentuh keinginan dan pilihan kamu,”katanya.


Sama la juga dgn bandar tun razak..majoriti melayu..tp bg mca..kalah teruk pru lepas..padan muka..dpt pada khalid bekas mb..last2 anwart khianat khalid..puiii pkr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 07:34 PM | Show all posts
kerusi majoriti cina yang mca bertanding semuanya kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 07:38 PM | Show all posts
jofizo replied at 22-2-2018 06:59 PM
bertanding kt kwsn majoriti cina, kompem mca kalah punya....

tp yg best hr2 dok canang masyarakat ...

dalam pru 2013, hanya 15%-20% pengundi cina sokong BN..

untuk kali ni, aku rasa peratusan tu akan meningkat sedikit..mungkin >20%
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
6 kerusi MCA yg menang sbb pengundi melayu undi MCA...wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cai mana cai Xmasuk ke? Ke cai dah kena kontrol dgan mca jinak? @tobby @whitemagic @Simunggu @lkick2113 @akusukaq @rashiman
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 10:57 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-2-2018 07:59 AM
Cai mana cai Xmasuk ke? Ke cai dah kena kontrol dgan mca jinak? @tobby @whitemagic @Simunggu @lkick2 ...

abis tu nak kena undi DAP anti Islam ke bai?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 02:20 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-2-2018 07:59 AM
Cai mana cai Xmasuk ke? Ke cai dah kena kontrol dgan mca jinak? @tobby @whitemagic @Simunggu @lkick2 ...

siapa cakap??? itu tanda bijaksana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 23-2-2018 10:57 AM
abis tu nak kena undi DAP anti Islam ke bai?

Kantoi dah kena kontrol dgan mca jinak, kena rampas kerusi kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 23-2-2018 03:25 PM
Kantoi dah kena kontrol dgan mca jinak, kena rampas kerusi kahkahkah

lawan mca tu cina rasis dari parti dap / pkr juga

apa ko ingat melayu upahan dap ke nak lawan di bentong, labis, tanjung malim semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.293679 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list