CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 12

[Tempatan] Rosmah Tegas Tidak Akan Letak Jawatan Sebagai Penaung Permata, Sedia Bekerjasama

  [Copy link]
Post time 22-2-2018 03:46 PM | Show all posts |Read mode








KUALA LUMPUR – Permata Negara (Permata) bersedia bekerjasama dengan Felcra Berhad bagi menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau taska di setiap pejabat Felcra di seluruh negara.
Penaungnya Datin Seri Rosmah Mansor berkata penubuhan taska di setiap pejabat Felcra membolehkan pekerja wanita termasuk anggota Wanita Dinamis Felcra (Wadira) menghantar anak masing-masing ke taska tersebut.
“Saya memahami bahawa Wadira begitu giat memajukan diri dan keluarga dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Namun, saya menyarankan agar ahli Wadira tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap pembangunan anak-anak, khususnya di awal usia.
“Dengan adanya taska di tempat kerja, maka tenaga kerja wanita akan dapat dioptimumkan serta produktiviti dipertingkatkan ekoran daripada kestabilan emosi mereka (pekerja wanita) yang mengetahui anak mereka berada dalam jagaan yang baik.
“Dalam hal ini, Permata bersedia memberi kerjasama kepada Felcra dan Wadira dalam usaha ini,” katanya dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Konvensyen Perdana Wadira di sini, hari ini.
Wadira merupakan sebuah organisasi wa-nita yang bertindak sebagai penyelaras dalam merencanakan aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi untuk Felcra.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Sementara itu, isteri Perdana Menteri itu turut memuji usaha Felcra yang memberi penekanan terhadap pembentukan komuniti keusahawanan dalam kalangan wanita.
Sejak ditubuhkan pada 1979, Wadira kini mempunyai 17,562 anggota dengan 83 cawangan di seluruh negara.
Pada majlis tersebut, Rosmah turut diangkat sebagai Ikon Inspirasi Wadira Felcra atas sumbangannya dalam pembangunan sosioekonomi wanita dan kanak-kanak daripada Felcra.
Anugerah tersebut disampaikan Pengerusi Felcra Datuk Seri Bung Moktar Radin. – BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lubuk duit tu.. allocation budget pun tiap tahun byk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pndi kak ros pusing2 n generate income..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww tegasnya..takut kitteww
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:28 PM | Show all posts
sesekali dia muncul
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Matilah..... ade je idea puaka nk rembat duit marhain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la tegas, kakmah dah banyak berjasa kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 07:00 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 22-2-2018 06:58 PM
Mesti la tegas, kakmah dah banyak berjasa kot

jealousla tu DAP tiada jasa pun selain merosakkan perpaduan rakyat malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 12:38 PM | Show all posts
lay low je la kak mah
dekat2 pru ni
tak pasal2 orang cari point utk political mileage nanti
kesian bang jib
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau felda, dah memang ada taska.. kat felcra tak pernah ada ke sampai perlukan bantuan kak mah?.. kak mah penat hokey.. give her a break, pwease...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 06:23 PM | Show all posts
samasam90 replied at 23-2-2018 05:21 PM
kalau felda, dah memang ada taska.. kat felcra tak pernah ada ke sampai perlukan bantuan kak mah?..  ...

hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mmg nmpak berita kak ros selalu masuk tv3 n rtm..skang dah jarang sgt..cite najib je byk..maybe think thank gomen pun tau ramai x berkenan kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ismail sabri tepuk tangan mcm president Korea utara ja..

#kak mah ni mcm ex  bos ku gak la... Dah Turun jawatan habis term tak leh terima.. Segala kerja dia nak lead.  Choii ja bila nak mampos ex bos tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.158410 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list