CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28901|Reply: 265

[Edisi Kritik Paling Pedas] Filem Badang dan Alif Syukri umpama BADUT

  [Copy link]
Post time 22-2-2018 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Pengkritik Ini Melihat ‘Badang’ Dan Aliff Syukri Umpama Badut
Diterbitkan: Khamis, 22 Februari 2018 10:00 AM
Oleh: SHAZRYN MOHD FAIZAL
shazryn.faizal@gmail.com



Tiada keserasian antara Aliff Syukri dan Fasha Sandha dalam menghidupkan watak masing-masing dalam filem 'Badang’.

Filem: Badang

Pengarah: Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen

Pelakon: Datuk Seri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Zain, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi, Aminah Raphor, Norman Hakim dan Esma Daniel.

Genre: Aksi/Komedi

Durasi: 105 minit

Pengedar: Empire Film Solution

Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018

SEORANG teman pernah bertanyakan kepada penulis mengapa sanggup ‘membazirkan’ wang menonton filem tempatan khusunya berbahasa Melayu di pawagam.

Sedangkan katanya, sebagai pengkritik filem dan bekas wartawan, bukankah penulis diberikan kelebihan untuk menghadiri tayangan prebiu yang dianjurkan.

Secara sinikalnya penulis mengatakan itu salah satu cara penulis untuk menyokong filem Melayu. Dalam erti kata lain, berjiwa patriotik menerusi seni. Jika tidak, siapa lagi yang akan berbuat demikian walaupun majoriti filem Melayu hari ini tiada apa yang perlu dibanggakan.

Malah, kata penulis juga, menjadi pengkritik filem dan penulis bebas membuatkan penulis lebih terbuka untuk memberikan kritikan membina dan bukannya mahu membunuh seperti mana dakwaan sesetengah pihak.


Tiada apa yang membanggakan tentang filem Badang yang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Penulis harus akui bahawa bukan semua filem Melayu itu buruk dan teruk tetapi memandangkan majoritinya mempamerkan kualiti yang semakin hari semakin tidak membanggakan. Maka, jangan tudingkan jari kepada penonton seandainya mereka tidak mahu ke panggung untuk menonton.

Dalam konteks ini, penulis merujuk kepada filem baharu arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen berjudul Badang yang baru sahaja ditayangkan minggu lalu.

Bayangkan, belum pun memulakan tayangan dan hanya posternya sahaja dipromosikan terlebih dahulu, Badang sudah dikritik dengan cukup hebat sekali.

Tidak perlu salahkan mereka kerana kualiti penghasilan poster filem Badang pun memang layak dipertikaikan. Jadi, daripada pandangan pertama itu sahaja, ia sudah meruntuhkan dan menghapuskan minat penonton untuk pergi menonton.

Sebagai pengkritik filem, penulis dengan jujur mengakui bahawa tidak dapat menyembunyikan perasaan negatif terhadap filem Badang terutama memikirkan bagaimana seorang watak mitos Melayu yang cukup dikenali dengan kekuatannya dibawakan oleh seorang usahawan kosmetik bernama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Tapi kata orang, tak kenal maka tak cinta bukan? Mana tahu, mungkin segala telahan dan hukuman penulis itu silap. Jadi, seandainya penulis silap, penulis akan menggunakan ruang ini untuk mengakui kesilapan itu dengan memberi kritikan yang selayaknya.

Tidak mahu terus dibelenggu dengan perasaan itu, penulis sempat meluangkan masa menonton Badang beberapa hari lalu yang mana hanya dua orang sahaja di pawagam termasuk penulis di dalam panggung. Bukan tiket percuma, bukan dibayar oleh sesiapa tetapi mengeluarkan wang sendiri.

Sebaik sahaja tamat tayangan, penulis menarik nafas lega kerana seksaan menonton Badang selama satu jam 45 minit hilang juga akhirnya.


Lakonan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai Bad (kanan) dan Azhari Zain sebagai Sarip tidak berupaya mengangkat Badang ke tahap membanggakan.

Penulis hilang kata-kata dan tidak percaya bahawa itu adalah hasil kerja seorang ahli akademik yang juga seorang pengarah filem prolifik kerana Badang sememangnya tidak berada menepati piawaian yang diharapkan.

Justeru, apabila penonton mengecam dan mengkritik tanpa menonton Badang terlebih dahulu, ternyata mereka memang ahli nujum yang bijak dan hebat kerana tidak perlu membazirkan wang menontonnya di pawagam.

Kegagalan ketara dan utama filem Badang adalah garapan cerita dan lakon layar yang sangat lemah dan memang tidak masuk dek akal. Pertamanya, dalam filem ini, watak Badrul Hisham atau Bad (lakonan Aliff Syukri) dikatakan memperolehi kuasa ajaib sebaik usianya mencecah 25 tahun.

Ini bermakna Bad dilahirkan pada tahun 1992 (mengambil kira tahun 2017 pada ketika filem ini menjalani penggambaran). Tetapi, secara logiknya dan persoalan yang bermain di minda penulis, pada tahun Bad dilahirkan itu, masih ada lagikah kepercayaan masyarakat terhadap perkara tahyul seperti penemuan seorang puteri bunian (Nadia Brian) dan juga bayi dalam buluh?

Sedangkan realitinya, pada tahun 1992 itu, masyarakat sudah mula menerima pemodenan walaupun tinggal di kampung.

Dalam filem Badang, Mak Siah (Aminah Raphor) dan suaminya, Pak Tam (Esma Daniel) digambarkan tinggal di kampung tanpa ada masyarakat sekeliling. Ia seperti hanya mereka berdua tinggal di situ dan seolah-olah menjadi orang pertama yang membuka kampung itu.

Penulis boleh menerima logikanya seandainya cerita itu digambarkan Bad mewarisi kuasa ajaib itu daripada keturunannya. Sebagai contoh, daripada datuk dan bapanya barangkali kerana mungkin moyang Bad dilahirkan di dalam buluh.

Disebabkan itu, plot cerita itu sudah menampakkan kelompongannya lalu ia mencacatkan keseluruhan jalan cerita Badang. Maka, sudahnya, Bad yang berusia 25 tahun itu digambarkan sebagai seorang pelajar kolej yang tidak tahu apakah jurusan akademiknya dan hanya ke hulu ke hilir sambil membawa fail dan beg sandang.


Babak antara watak Mak Siah (Aminah Raphor) dan Pak Tam (Esma Daniel) yang menimbulkan persoalan logik berhubung ceritanya.

Begitu juga dengan rakan karibnya, Sarip (Azhari Zain) yang secara jelas menampakkan sudah berusia tetapi menjadi seorang pelajar kolej juga. Tidak hanya itu, watak Tisha (Fasha Sandha) juga diletakkan sebagai pelajar kolej sehingga kelihatan canggung dan pelik apabila melihat Bad, Sarip dan Tisha dalam satu adegan menjadi pelajar kolej.

Dalam satu aspek lain mempersoalkan logik cerita Badang ini apabila Bad digambarkan sebagai seorang yang hidup sederhana, tidak mewah dan tidaklah juga miskin.

Masalah yang dihadapinya apabila dia perlu mendapatkan wang sebanyak RM31,000 bagi membiyai kos pembedahan Mak Siah.

Tetapi, dari awal hingga habis filem ini, Bad umpama seorang pelajar kaya apabila memakai pakaian yang dari mata kasar, memang layak untuk orang yang berkemampuan beserta aksesori jam tangan dan juga kasut yang kelihatan serba baru. Jadi, bukankah itu juga boleh dipersoalkan dari sudut logik ceritanya?

Penulis juga tidak percaya pelakon berpengalaman seperti Fasha sanggup untuk berlakon dalam filem seperti ini yang ternyata langsung tidak menampakkan kematangannya sebagai seorang pelakon yang memiliki portfolio yang bukan calang-calang.

Watak Tisha amat lemah dan rasanya watak seperti itu hanya layak dibawakan oleh pelakon tambahan mahupun pelakon baharu yang baru hendak menjinakkan diri dalam dunia lakonan.

Percaya atau tidak, watak Tania yang dilakonkan oleh Fasha dalam dua filem Cicak-Man (2006 dan 2008) adalah jauh lebih baik daripada kualiti persembahannya dalam filem Badang.

Selain jalan cerita dan lakon layar yang lemah, kegagalan utama Badang untuk menyerlah adalah kerana risiko mengambil Aliff Syukri sebagai teraju utama.


Salah satu babak filem Badang yang sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Penulis menyifatkan keputusan itu adalah kesilapan besar kerana ternyata usahawan popular itu langsung tidak memiliki bakat lakonan yang boleh dibanggakan.

Sebaliknya, sepanjang menonton Badang, penulis berasa jelik dan rimas dengan persembahan lakonannya yang sama seperti dalam mana-mana iklan produknya di televsiyen.

Nasihat penulis kepada Aliff Syukri tidak perlu lagi mengaktifkan diri dalam dunia seni yang sememangnya sudah berada pada tahap ‘menyedihkan’ ini dan fokus sahajalah kepada dunia perniagaan.

Penulis akan lebih menghormati filem Badang seandainya ruang itu diberikan kepada pelakon yang benar-benar hidup atas kapasiti sebagai seorang aktor dan bukannya kepada seseorang yang hanya gemar mencari publisiti murahan setiap masa.

Jika Profesor A. Razak Mohaideen optimis bahawa Aliff Syukri mampu menarik perhatian penonton ke pawagam lalu mengharapkan Badang mencatatkan kutipan berjuta-juta ringgit, ternyata semua itu silap. Penonton hari ini diibaratkan seperti hanya jauhari yang mengenal manikam.

Persoalan utamanya di minda penulis adalah mengapa ruang itu tidak diberikan kepada mereka yang digelar seorang pelakon sejati yang tidak menjadikan lakonan sebagai hobi semata-mata.

Jika hendak menjadikan filem Badang sebuah filem adiwira komedi sepertimana Cicak-Man, tidak salah untuk mengambil pelakon yang layak dan relevan untuk membawakan watak utama yang berusia 25 tahun.


Isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid turut membintangi filem Badang dengan memegang watak sebagai pakar bedah.

Daripada aspek cerita dan mutu lakonan sahaja, sudah menampakkan Badang tidak berupaya menjadi sebuah karya yang dapat meletakkannya pada satu peringkat yang bukan hanya dapat menaik tarafkan dunia sinema tempatan tetapi juga  A. Razak Mohaideen sebagai pengkarya dan pembikin filem.

Seharusnya cerita Badang boleh menjadi lebih positif dan menarik jika bekas calon Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-18 (2005) menerusi filem Hingga Hujung Nyawa ini menggandakan usahanya untuk berfikir di luar kotak dan bekerjasama dengan para pelajarnya dalam menghasilkan cerita yang bergerak seiring dengan senario semasa.

Kedengaran agak kejam tetapi penulis harus katakan bahawa standard dan kualiti cerita serta lakon layar Badang adalah setara dengan filem Mendam Berahi (2002) dan No Problem (2001) yang masing-masing diarahkan oleh Z. Lokman dan diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production yang kini dikenali sebagai MIG.

Penulis cuba mahu mengimbangi kritikan ini dengan menyelitkan sisi positif tetapi malangnya, begitu tipis untuk mencarinya. Penulis suka dengan idea untuk mengangkat mitos Melayu ini tetapi lakukanlah dengan penuh terhormat dan berhemat.

Dari sudut teknikalnya seperti penataan seni, tata rias dan skor muziknya juga tidak ubah seperti sebuah filem yang diterbitkan pada zaman 1980-an serta lokasinya yang hanya berlegar pada tempat yang sama sahaja.

Paling melucukan apabila melihat kualiti kostum Badang yang kelihatan cukup murah dan tidak kemas penghasilannya sehingga menampakkan karakter Badang itu tidak ubah menjadi seorang badut dan bukannya adiwira.


Douglas Lim (kiri) dan Jesse Lim yang memegang watak sebagai penjahat hanyalah sebagai tempelan sahaja.

Penulis ada terbaca juga bahawa A. Razak Mohaideen mengatakan penonton sasaran filem Badang adalah kanak-kanak.

Pernahkan beliau terfikir bahawa adakah kanak-kanak zaman ini memiliki pemikiran yang sama dengan kanak-kanak yang hidup di tahun 1970-an dan 1980-an yang mudah digula-gulakan dengan naskhah seperti ini?

Dan, apakah cerita Badang itu sendiri layak dipertontonkan kepada golongan kanak-kanak dengan pemaparan beberapa adegan yang sememangnya jelas tidak sesuai untuk kanak-kanak terutama dari kalangan mereka yang beragama Islam dan berbangsa Melayu?

Penghasilan filem seperti Badang ini adalah salah satu contoh mengapa penonton tidak berselera untuk menyokong filem tempatan. Penulis tidak menolak filem komersial tetapi bikinlah dengan bijak walaupun hanya sekadar mahu memberikan hiburan.

Waima apa jua keadaan sekalipun, pembikin filem harus menghormati karya mereka sendiri jika mahukan orang lain melakukan perkara yang sama.

Lebih membimbangkan apabila Badang adalah produk terbitan FITA Studios bawah Fakulti Animasi, Televisyen dan Filem, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pastinya akan membuatkan ramai mempersoalkan kualiti para pelajar dan graduan daripada salah sebuah universiti terulung negara itu dalam membawa hala tuju sinema tempatan ke peringkat lebih tinggi.

***Penulis merupakan pemenang Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem, Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia 2017  (Akifma) dan bekas wartawan hiburan. Penulis juga graduan Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Ulasan ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi tanpa dipengaruhi sesiapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2018 04:31 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 22-2-2018 04:52 PM

komen- komen dari ig Dato Alif Syukri













This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 04:36 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 22-2-2018 05:21 PM

antara komen-komen dari artis dan pengarah




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan cerita hollywood pun aku tgk online je, lagikan cerita melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 22-2-2018 04:36 PM
komen dari FB Dato Alif Syukri

Apa yg heols komen?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 04:44 PM | Show all posts

dah upload.... tengok post #2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2018 04:45 PM | Show all posts
mana komennya? nk baca gk. but like siyesly? retis2 tu sume after baca skrip takde rasa cringe ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:51 PM | Show all posts
yg ni lawak

Sebaik sahaja tamat tayangan, penulis menarik nafas lega kerana seksaan menonton Badang selama satu jam 45 minit hilang juga akhirnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2018 04:56 PM | Show all posts

bukan senang nak pengkritik filem. Rupa2nya kerjaya ini adalah satu cabaran yang boleh membawa kepada penyiksaan. Harap penulis pulih sepenuhnya dari trauma yang telah dilaluinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2018 04:56 PM | Show all posts
minah_kidal replied at 22-2-2018 04:45 PM
mana komennya? nk baca gk. but like siyesly? retis2 tu sume after baca skrip takde rasa cringe ke?

dah upload
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:04 PM | Show all posts
semalam ada yg citer die sorang je dlm panggung citer badang..
ni artikel pengkritik pulak kata 2 org je dlm panggung tu..
er.. agak2 minggu ni total berapa org tengok ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak gila baca satu2 komen kat fb dtl ni....dtl ni over confident sgt ...dia ingat dgn ada duit smua  bidang dia blh buat ...kalau iols jadi bini dia tak tau nak sorok mana muka...laki byk duit tapi hauk sgt...simple ejaan bi pun dia blh kelaut ...adooi dtl tak tau nak gelak ke nak nangis tgk dtl ni nye perangai
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tgk tajuk cerita pn takde selera inikan plak nak gi tgk. Cemana perasaan org yg punya keinginan nak tgk movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:10 PM | Show all posts
memang aku nak padan kan je ahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:10 PM | Show all posts
tok alip cakap dia talent, bukan producer
jadahnye bini dia pun berlakon sama, kalo bukan ko yg labur duit
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk lg org bg bad review psl movie badang ni. @melnanzz tepek je kat sini biar org baca. Kt bod fs ada lg forumer tepek org kt fb bg bad review psl citer ni. Selayaknyalah dicerca kalo dah jalan cerita serupa hamjad. Buat perabih duit org je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkritik tu macam syazwan zakariah jeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:21 PM | Show all posts
Ohh akhirnya ada gak tred  boleh nk buat gelak2 satgi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Confident nya dato aliff ni berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:24 PM | Show all posts
melnanzz replied at 22-2-2018 04:56 PM
bukan senang nak pengkritik filem. Rupa2nya kerjaya ini adalah satu cabaran yang boleh membawa kep ...

ada yg puji heols post kt ig
FILEM No. 1 hokeh




syukur bakat saya dihargai.. filem no1 malaysia dato @razakmohaideen cgi @yusrykru telah membuka mata masyarakat malaysia🙏🏻🙏🏻


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.268547 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list