CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1369|Reply: 0

[Politik] Tipu Helah Mahathir, Dari Awal Pun Mahu Mukhriz Tanding Kerusi DAP

[Copy link]
Post time 23-2-2018 09:37 AM | Show all posts |Read mode




Jika pembaca dapat backtrack article kami yang lama beberapa bulan lalu, pasti akan terjumpa topik berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad dari awal lagi sememangnya mahukan kerusi selamat untuk anaknya, Mukhriz Mahathir.

Ia adalah “vital” untuk menjadikan Mukhriz ahli parlimen kerana dari kedudukan itu barulah kerja-kerja membeli orang, berunding serta kerja tawar menawar akan dilakukan supaya Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri akhirnya.

Kesimpulannya, “Ahli Parlimen” kan dahulu Mukhriz, barulah perkara lain boleh dirundingkan oleh Mahathir.

Untuk tujuan ini, Mukhriz tidak boleh diletak di sembarangan kerusi. Anak kesayangannya itu harus diletakkan di satu kerusi selamat, kerusi “pasti menang” mesti diberikan kepada Mukhriz.

Untuk pengetahuan umum, Mahathir juga tahu kebolehan Mukhriz yang amat terhad, atas sebab itulah dia tidak pernah menyebut atau memberi “hint” bahawa dia mahukan Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Mukhriz bukan ”PM material“. Mukhriz tiada rekod bertanding yang cemerlang, mahu pun rekod bekerja yang baik.


Ketika menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz dikhabarkan sentiasa mahu pulang ke Kuala Lumpur setiap masa dan kerap berada di sisi isteri, sehingga ada yang kata Mukhriz takut bini.

Selain itu, Mukhriz juga terkenal memiliki jadual bercuti dengan anak dan isteri ke luar negara yang padat setiap tahun. Itulah prioriti Mukhriz sehingga ayahnya pun malu untuk mengaku mahu jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Walaupun secara sulit, itulah cerita sebenar yang Mahathir sedang cuba lakukan sekarang ini.

Akhirnya Mukhriz tidak mampu mendapat sokongan ADUN Kedah selepas beberapa tahun dia mentadbir negeri Jelapang Padi tersebut, sehinggakan memaksa kepimpinan Umno Kedah ‘menyerahkan’ kembali jawatan itu kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Mat Hanipah.

Orang Kedah kata Mukhriz tewas dengan orang yang pejam mata (suka tidur). Lemahnya Mukhriz, walaupun dia celik tapi boleh tewas dengan Ahmad Bashah yang kuat tidur.

Berbalik kepada topik di atas, kerusi yang selamat untuk Mukhriz dan mungkin Mahathir sendiri hanyalah kerusi milik DAP.

Ketika awal Mahathir memeluk pembangkang, dia sentiasa ‘mencuci berak’ DAP yang telah dijijikkan sekian lama.

Ini atas sebab dia mahu menumpang DAP.

Tidak sekali pun Mahathir pergi serata negara menyebut akan membuka sebuah parti baru seperti PPBM.

Yang membuka parti PPBM adalah pentaksub Mahathir sendiri ,dan bukan Mahathir. Ini kerana ia bukanlah rencana Mahathir.

Maka terpaksalah Mahathir “play along” dan ambil kesempatan untuk menyerang UMNO dalam acara-acara PPBM.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melalui kenyataan JASA menyatakan bahawa secara sulit Mahathir yang mendalangi pembatalan PPBM, dan akan menyerang RoS sebagai ‘kambing hitam’.

Ini kerana, Mahathir sedar hakikatnya PPBM tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu dan akan tewas mudah di mana-mana kerusi atas banyak faktor lain.

Maka secara sulit hasrat Mahathir adalah untuk anaknya Mukhriz mesti bertanding di kerusi selamat milik DAP, iaitu di kawasan majoriti Cina.

Jadi sebenarnya dakwaan Puad, kerja-kerja mensabotaj parti PPBM boleh dikatakan dilakukan oleh orang Tun sendiri.

Sehingga kini 400 lebih aduan terhadap PPBM berada di tangan RoS.

Mahathir pernah lalui hal seperti ini ketika menjadi Presiden UMNO dan ketika UMNO direncanakan oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin untuk haramkan parti berkenaan.

Maka hanya lakonan Mahathir sahaja pura-pura tidak tahu akan hal dalaman Parti Bunga itu.

Jika Parti Bunga wujud, apa alasan Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding di kerusi selamat DAP? Jika berlaku juga, jelas sekali ia satu pengkhianatan buat ahli Parti Bunga.

Tambah lagi, Mahathir takut akan terpaksa mendedahkan punca kewangan partinya itu jika hendak adakan AGM, kerana ramai ahli parti ingin tahu siapa yang memberi dana kepada parti. Kerana, sehingga ke hari ini ia masih menjadi tanda tanya yang belum dijawab.

Tambah lagi Mahathir terkenal dengan menyimpan kepentingan pada nama proksi dan kroni.

Apa pun kita lihat sahaja lakonan Mahathir, dan RoS harus bersedia menjadi ‘kambing hitam’, sama seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcob di dalam kes kehilangan wang negara FOREX.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.287531 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list