View: 11578|Reply: 137
|
Netizen Gelar Achey Dan Isteri Mandul Sebab 7 Tahun Kahwin Tak Dapat Anak. Jahat
[Copy link]
|
|
Achey merupakan salah seorang pelawak yang sangat berbakat besar di Malaysia , beliau amat menyerlah bersama kumpulan Bocey bersama Fad dan juga Abam.
Achey yang kini berumur 32 tahun, sudah tujuh tahun berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Ini menyebabkan ada netizen bermulut jahat dan kurang ajar yang menggelar Achey dan isterinya merupakan seorang yang mandul.
Akibat terkesan dengan komen seperti itu, Achey tampil memberi respon balas.
Achey memberi pesanan kepada netizen yang sesuka hati menuduhnya dan isteri mandul supaya menjaga percakapan takut nanti terkena pada diri sendiri.
Ini komen Achey:
"Mungkin mereka tidak pernah merasai apa yang kami lalui. Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap.
"Cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara,"
Achey berkata lagi, dia tidak menyimpan dendam dengan kata-kata tersebut kerana menganggap masih belum rezeki dia dan isteri dikurniakan anak walaupun sudah tujuh tahun berumahtangga.
Tambahnya lagi, dia dan isteri juga sudah lali dengan kata-kata itu sejak tiga tahun lalu.
Achey menganggap situasi ini merupakan ujian dari Tuhan dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian.
Sehingga hari ini mereka tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.
Ini pendedahan Achey lagi:
"Sama seperti orang lain, kami juga menyimpan hasrat mempunyai anak. Saya dan isteri ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Isteri saya juga pergi berurut dan kami menjalani kehidupan lebih sihat dengan menjaga pemakanan.
"Kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah. Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagian dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan mempunyai zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan"
Perkongsian Achey mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni termasuklah isu zuriat menerusi program Di Balik Tawa baru-baru ini, menyentuh hati penonton dan peminatnya.
Kata Achey, ramai juga yang memberi kata-kata balas positif dan ramai menghantar mesej menerusi Instagram untuk memberi kata-kata semangat.
Ini komen Achey tentang isu ini:
"Saya berterima kasih kepada semua peminat dan penonton Di Balik Tawa kerana memberi komen positif dan mendoakan kesejahteraan kami.
"Mungkin usia perkahwinan kami baru tujuh tahun tetapi saya juga merasai apa yang dirasai oleh mereka yang sudah lama menunggu cahaya mata. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan"
Semoga Achey dan isteri dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Eff yu yang mengata macam2 tu.
Mudah2an murah rezeki ko achey lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya jahat mulot yg kutuk tu
moga terpalit kt depa seniri dgn sedara mara
baru padan muka
moga di kurnia kan rezeki anak achey & wife
walu aku x minat sgt ko ni achey |
|
|
|
|
|
|
|
Memang jahat. Serupa dengan sekor babi jadian yang kulu kilir ngejek porumer mandul selama bertahun dulu dan bila porumer tu akhirnya ada anak, anak porumer tu pula diejeknya! Yes piple, memang wujud heartless creature sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh btw, yang ejek2 mandul tu, if dah beranak pinak, moga sekor2 anak ko mati. If belom beranak pinak, moga ko dan 10 keturunan ko mandul tableh diselamatkan lansung. |
|
|
|
|
|
|
|
Biadapnya yang cakap macam tu!
Rot in hell la netizen mulut puaka macam ni
Semoga Allah kurniakan rezeki zuriat and rezeki2 lain utk u n wife, Acey |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes mengata faraway ke? teringat dulu teruk dia kena hentam... bila fara mengandung, dia kutuk lagi kan... tapi kutukan lain pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak minat Achey ni sebab hi pitch sangat suara dia.. tapi, tak pernah terfikir nak kutuk n keji dia mandul.
insyaAllah, satu hari nanti, kalau Allah izinkan, ada rezeki dia n wife.
officemate aku, ada sorang akak ni, umur 41 baru dapat anak. after 15 tahun kahwin. tu namanya kuasa Allah. both husband and wife memang tak mandul sebab banyak kali dah check dengan pakar n even berubat kampung. tak pernah give up. sabar ya Achey.. pedulikan netizen tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde rezeki lagi...kesianlah dorg..org ckp mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Belum rezeki Allah nk bagi. Insya Allah satu hr nnt.. Doa jgn putus |
|
|
|
|
|
|
|
Kejiss sgt mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Beraninya kutuk benda yang sah-sah lah kuasa tuhan
rezeki setiap manusia datang dalam bentuk lain-lain
at least untuk achey and wife dia..diberi rezeki dari segi wang ringgit and masa untuk spend time together..and masa untuk terus berbakti dengan parents masing-masing
dear netizen..what kind of satisfaction korang dapat dengan mengutuk and mengeji macam ni? is your soul so empty you have to stoop this low? |
|
|
|
|
|
|
|
Celakanya mulut. My friend ada 12 thn kawin last month dpt anak
Ada yg 4-5 thn kawin aritu dapat kembar
Ada yg 8 tahun kawin baru ni dapat anak.
Eeee tak percaya rezeki anak Allah yg tentukan ke.
Syaiton punya bawangg |
|
|
|
|
|
|
|
Even doktor pun tak sesenang nak cakap org mandul, netizen ni lagi pakar nampaknya dr doktor. Tp netizen malaysia ni mmg hebat2 mulutnya... |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 23-2-2018 11:00 AM
Oh btw, yang ejek2 mandul tu, if dah beranak pinak, moga sekor2 anak ko mati. If belom beranak pinak ...
ameeen..
iols jarang nak doa buruk2 kat orang tapi dalam kes ni iols ameen kan je doa uols
mulut macam tade agama memandulkan ornag sukati..sesetengah orang mungkin ingat kalau sekadar tulis on socmed tak related dengan real life tapi ingat ye, malaikat monitor 24 jam..so yah, iols ameen kan doa chuols |
|
|
|
|
|
|
|
achey ni ms dgn tb3 suku...sgtla x lawaknya
nyampah lg ada
tp sejak join bocey...br leh gelak dgn lawak dia...wpon |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnyelaa mulot memaseng..
semoga Achey dan isteri diberikan rezeki anak selepas ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk mana la yang sanggup cakap sampai macamtu sekali pada orang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
mak hayam tu tak ada anak pun kau orang bising..dah ada anak kau orang nak jaga ke nyah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya achey. Sabarlah ye InsyaAllah ada rezekiny nanti. Yg cakap mandul tu dah berapa org anak? Org yg takleh mengandung ni Allah dah sediakan ank kat syurga tau
Done setajah jadian |
|
|
|
|
|
|
| |
|