Makanan & Resipi
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Cari-Faizal

Fav
CARI PT Editor | Credits 1327   
Bunyi macam pelik. Namun hakikatnya, belalang beras goreng memang sedap. Katanya rasanya seperti udang goreng.


Memetik sumber dari Utusan Online, menu belalang goreng sangat popular di Kelantan. Di pasar Lama, Pasir Puteh Kelantan terdapat peniaga yang menjual belalang ini.



Seorang peniaga menjual Belalang Beras di pasar. (Sumber: Utusan Online)




Di sebuah warung di Kampung Bukit Awang menyajikan menu istimewa ini iaitu belalang masak kerutuk untuk disajikan sebagai juadah sarapan pagi Bersama nasi. Mungkin bagi orang yang tidak pernah mencuba menu ini akan berasa loya. Namun keenakan belalang kerutuk menjadi pelaris di  warung ini ya.


Untuk pengatahuan semua, Belalang Beras ialah belalang yang terdapat dalam longgokan padi sebelum ia dimesin. Belalang ini ditangkap dan akan dimasak atau digoreng.



Belalang Goreng (sumber: EZtakaful.com)




Dipercayai mengamalkan pemakanan belalang mampu memberi khasiat kesihatan kepada seseorang. Menurut kitab Al-Tib Al-Nabawwi (halaman 311), khasiat makan belalang amat baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit.


Jika dimasak secara kukus, ia dikatakan dapat mengubati penyakit kencing tidak lawas dan penyakit buasir. Jika dimakan belalang yang belum bersayap dengan dibakar, ia dipercayai mampu menghilangkan bisa racun kala jengking dan bisa binatang lain.



Sumber: Google




Malah dikatakan, jika diamalkan memakan secara berterusan, serangga ini juga dapat menguruskan badan namun, belalang mudarat bagi mereka yang mengalami sakit kepala dan lumpuh.


Begitu juga bagi anda yang mempunyai resdung, makanan ini tidak sesuai kerana boleh menyebebkan alahan pada kulit.


Berkhasiat juga rupanya belalang ni kan? Anda berani nak mencubanya? - CARI
8131 Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


stars83 Lv.10 2#

Survivor | Credits 6456   
Nak cuba rasa,tp tekak plak x sporting..huhu

CiliPadiSedap Lv.16 3#

Conqueror | Credits 47832   
sedap dik rasa nugget tempura.

myakayina Lv.14 4#

Fighter | Credits 22332   
agaknya mcm rasa udang kot ye isi belalang ni?
Follow Us

meisapoya Lv.13 5#

Challenger | Credits 19041   
Selalu jugak makan belalang ni masa kecik2 dulu.... bila musim belalang, mmg org dulu2 pasang perangkap la memalam dkt bendang. Pagi, cabut sayap ngan kaki tajam dia. Habis calar tangan nk cabut kaki dia. Lps tu goreng. Lama juga proses goreng tu. And rasa rempah gorengan dia tu lg sedap dari belalang haha. Isi mcm x de sgt belalang ni...

Bila dh besar, jarang nk jumpa belalang, so tekak dh x brp nk mesra dh dgn belalang. Nk telan tu azab je haha.

Pernah bagi makan dkt ayam, selera je makan. Kalau bapak i tau, mati i sbb belalang skrg mahal

meisapoya Lv.13 6#

Challenger | Credits 19041   
Quote: myakayina: agaknya mcm rasa udang kot ye isi belalang ni?


Mcm udang sayur goreng rangup rasa dia

siputsedut Lv.18 7#

Master | Credits 74070   
Bukan belalang padi ke namanya? Anuwau..i pernah mkn sekali je...sbb xtau tu belalang..crunchy2 gitu haha...

ADVERTISEMENT


biozipstar Lv.11 8#

Highlander | Credits 7230   
abah iol suka makan belalang kunyit tu... besar besar. sedap kata abah.... abah just buat belalang bakar mcm ikan bakar tu.. nampak tasty tapi tekak x boleh nak communicate.

kucing02 Lv.8 9#

Honour | Credits 2491   
x sanggup nk rasainya

mizziaz Lv.12 10#

Defender | Credits 10979   
Exotic sangat menu ni for my tekak

Redvelvet3 Lv.9 11#

Adventurer | Credits 3199   
Belalang goreng ni boleh makan tapi eee.....rasa tak boleh nak telan .....

arek Lv.7 12#

Revolutioner | Credits 1026   
boleh makan ke ni

cik_chili Lv.10 13#

Survivor | Credits 5563   
Sodapppppp.....crunchy....

Redvelvet3 Lv.9 14#

Adventurer | Credits 3199   
Takleh makan ni resdung kuat.....

dua_chzy Lv.18 15#

Master | Credits 67054   
Kecik2 dolu pernah makan versi digoreng garing. Not my taste. Daripada makan menda ni baik ko pi meratah ikan bilis.

ADVERTISEMENT


dua_chzy Lv.18 16#

Master | Credits 67054   
Quote: myakayina replied at 23-2-2018 12:26 PM
agaknya mcm rasa udang kot ye isi belalang ni?

Tak la. Macam rasa ranting kayu.

All contents are displayed