CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2139|Reply: 5

Kenapa Politikus Wanita Berambut Pendek? 4 Alasan Terakhir Tu Anda Pasti Tak Per

[Copy link]
Post time 23-2-2018 11:33 AM | Show all posts |Read mode




Berambut pendek bukan sebab fesyen, tapi lebih pada kredibiliti diri.

Itu yang diulas oleh pemerhati politik terhadap senario politik dunia. Bermula dengan Senator Amerika Syarikat, Hillary Clinton, Kaunselor Jerman, Angela Merkel hinggalah Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani dan tidak lupa bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz – semuanya berambut pendek.

Majalah Vogue menyifatkan gaya rambut seperti ini sebagai pob. Bukan ‘posh bob’ yang dipopularkan oleh Victoria Beckham, tetapi kependekan dari perkataan political bob.
Hillary Cinton


1) Lebih ringkas
Nampaknya Pob sengaja dipilih politikus wanita kerana ia memberi impak yang berlawanan dengan rambut panjang, yakni lebih ringkas dan tidak memerlukan banyak rawatan.

Tidaklah bermakna mereka abaikan penjagaan rambut, malahan Hillary Clinton sendiri memperuntukkan penata rambut khas yang sentiasa bersedia 24 jam untuk menjaga rambutnya. Wow! Kita pun tak mampu begitu kan?

Nurul Arifin


2) Lari dari klise
Rambut pendek juga dianggap mampu mengalihkan pandangan feminin masyarakat terhadap mereka. Sebalinya mencipta kesan formal dan setara dengan politikus lelaki.

3) Bijaksana
Betul ke rambut pendek Nampak lebih pandai? Tapi itu yang berlaku disekeling orang politik. Mereka yakin rambut pendek menampakkan ahli politik wanita lebih bijaksana dan mampu bersaing didominasi oleh lelaki

Mara Carfagna - dulunya model Itali ketika berambut panjang




Kini berambut pendek. Semua foto: Carian internet


4) Non seksual

Ya, ini alasan terbaik ahli politik Itali, Mara Carfagna yang mahu dipandang dari kecerdasan bukannya paras cantik dan tubuhnya yang seksi. Maklumlah sebagai bekas model, rambutnya adalah mahkota namun tidak mahu dilihat sebagai objek seksual, beliau memotong rambut eksotiknya kala memangku tugas kontroversi itu.

Tapi betul juga bila dikait dengan dunia sebenar - terutamanya wanita yang berambut panjang ketika anak dara akan berambut pendek selepas berkahwin. Adakah kerana mahu dipandang setaraf oleh suami? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirny aku jumpa formula nak ngelak fall in love ngaan staff sendiri{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut pendek low maintenance..senang jaga ok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 04:27 PM | Show all posts
tapi dyana sofya ngan teresa kok rambut panjang
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:55 PM | Show all posts
i mcm setuju dgn semuanya... mmg nampak elegen n berkeyakinan ahli politik yg berambut pendek nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
I baru potong rambut posh bob.Setelah bertahun2 setia dgn rambut panjang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.624236 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list