CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 9

[Tempatan] DAP, sebuah parti anti Islam terbesar di dunia

  [Copy link]
Post time 23-2-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
@dodolgemok terus menjilat DAP yang siang malam menghina Islam

Momokan anti-DAP sukarkan HARAPAN pikat Melayu


Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menghadapi halangan besar dalam memenangi sokongan orang Melayu di bandar, kata ahli akademik terkemuka Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful berkata pengundi Melayu bimbang kemenangan HARAPAN dalam pilihan raya boleh menjejaskan hak keistimewaan mereka.

"Mereka melihat DAP sebagai parti Cina yang akan membuang status keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu di negara ini. DAP telah berulang kali menafikan tuduhan ini tapi kepercayaan itu masih kekal

"Dengan DAP menjadi parti terkuat dalam HARAPAN hari ini dari segi bilangan anggota parlimen, persepsi ini dapat difahami, walaupun DAP sendiri tidak pernah secara rasmi memfokuskan idea itu," katanya dalam satu artikel diterbitkan Straits Times Singapura, sehari selepas spekulasi beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Wan Saiful, yang semalam meninggalkan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) yang diasaskannya berkata, berdasarkan pemerhatian dalam kalangan pengundi Melayu bandar, politik identiti masih menjadi faktor utama mempengaruhi mereka.

Kebimbangan kaum

"Walaupun mereka sangat bimbang mengenai ekonomi dan ada yang merindui pemerintahan yang lebih baik, mereka terus asyik kepada politik identiti.

"Bagi sebahagian besar mereka, walaupun keadaan menekan, politik identiti mengatasi kebimbangan lain yang mungkin mereka ada.

image: https://i.malaysiakini.com/1192/ac35dfe6808c047ab23e573141c9e861.jpeg

"Tahap pendidikan dan status sosial yang lebih tinggi tidak menjamin mereka beralih daripada politik berasas agama bagi menumpukan perhatian kepada perkara dasar," katanya.

Berdasarkan senario ini, Wan Saiful berkata bagi terus mendapatkan sokongan apa yang dilakukan Umno dan BN adalah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi terhadap isu kaum.

"HARAPAN setakat ini menolak untuk mengeksploitasi sentimen etnik untuk keuntungan politik jangka pendek dan lebih memilih untuk memperjuangkan agenda berdasarkan pentadbiran yang baik.

"Tetapi pendekatan berprinsip ini menimbulkan masalah bagi mereka kerana Umno dan BN tidak ada masalah mengeksploitasi dan menyebarkan proganda kebimbangan kaum," katanya.

Kawasan majoriti Cina

Pada bahagian awal artikelnya, Wan Saiful berkata secara umum peratus pengundi bukan Melayu agak tinggi di kawasan bandar dan di beberapa kerusi, kaum Cina membentuk majoriti pengundi.

"Campuran demografik ini menimbulkan beberapa soalan: Adakah pembangkang memenangi kerusi bandar kerana saiz pengundi bukan Melayu yang besar, atau adakah orang Melayu mengundi mereka juga?

"Adakah perasaan anti wakil rakyat kerajaan di Malaysia dikongsi oleh semua kumpulan etnik atau adakah ia hanya satu lagi pembahagian etnik?

image: https://i.malaysiakini.com/1216/fd366eae003918bbce24c5cbd437e567.jpeg

"Hasrat pengundi Melayu bandar adalah penting kerana dalam pertandingan yang sengit, setiap undi diambil kira, begitu juga dalam pilihan raya ini, yang merebut kesetiaan pengundi Melayu dalam beberapa parti," katanya.

Berikutan itu Wan Saiful menjalankan siri temu bual dan perbincangan kumpulan dengan memfokuskan pengundi Melayu bandar, khususnya di kedua-dua negeri yang disasarkan oleh HARAPAN - Kedah dan Johor.

Wan Saiful berkata hasilnya boleh diringkaskan kepada empat perkara, termasuk persepsi terhadap DAP.

Tak suka kritik Umno, BN

Perkara pertama, katanya, orang Melayu bandar tidak suka mengkritik Umno dan BN secara terbuka.

"Pada permulaan hampir semua wawancara, mereka sama ada mengelak untuk mengulas mengenai kerajaan atau hanya membuat komen positif. Tetapi sebaik sahaja berasa selesa dengan perbincangan, mereka lebih terbuka.

"Pada peringkat itu adalah jelas tidak semua berpuas hati dengan situasi di Malaysia hari ini dan hasrat mengundi mereka masih belum selesai.

image: https://i.malaysiakini.com/1216/3cf2caa12a9b9b7838e5d51ec7a3e57c.jpeg

"Ini adalah satu penemuan penting kerana ia menjelaskan mengapa hampir semua pilihan raya di Malaysia hari ini menunjukkan bahawa Umno dan BN akan menang dengan mudah," katanya menambah dalam tinjauan pendapat itu responden perlu menjawab dengan cepat.

Kedua, katanya, Melayu di bandar hidup dalam kenaikan kos sara hidup, sementara rasuah dan tadbir urus yang baik menjadi perkara kedua dalam senarai kebimbangan mereka.

"Isu tadbir urus lebih kerap disuarakan oleh pengundi yang memiliki kewangan yang baik. Selebihnya adalah kumpulan yang mementingkan  isu kos sara hidup, seperti kos barangan harian yang semakin meningkat dan turun naik harga petrol.

"Ramai di antara mereka menghubungkan kenaikan kos sara hidup dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada tahun 2015," katanya.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/413211#CxQcpC7FmDOTzbdo.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Org melayu bandar undi pembangkang la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2018 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Otaku85 replied at 23-2-2018 06:19 PM
Org melayu bandar undi pembangkang la

cer check peti undi melayu di bandar. rata rata bn menang. dalam 60-65 percent
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 06:36 PM | Show all posts
Edited by dcruins at 23-2-2018 06:38 PM

"Chauvinist Evangelist...."   nyerrr party
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
aku undi dap . aku duduk kaw pusat bandar .
Pasal aku undi dap pasal parti umno bodo bongok .
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PEPPERMAN at 23-2-2018 07:02 PM

Saya tertanya2 dengan kemungkinan DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan. Apa agaknya pembaharuan Yang boleh berlaku? Peluang ekonomi yang lebih adil? Perpaduan antara kaum yang lebih kukuh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 23-2-2018 06:57 PM
Saya terraria dengan kemungkinan DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan. Apa agaknya p ...

Selamatkan duit rakyat . Bersifat akaunbilit dan banyak yg boleh diberi utk kesenangan rakyat .
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dah takda modal, bikin berita palsu tipu orang pon jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 04:20 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 23-2-2018 06:57 PM
Saya tertanya2 dengan kemungkinan DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan. Apa agaknya  ...

kan pembangkang dah bukti dgn negeri lain dpt bikin lebih baik daripada gov ??? org lebih untung dlm negeri, amount tak ada deficit, tak ada double standard, byk brg dikecualikan seperti cukai pintu, free wifi, free bas service, byk lagi.
you kena baca lebih byk keluaran bukan control hahaha.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 04:23 PM | Show all posts
whitemagic replied at 23-2-2018 06:20 PM
cer check peti undi melayu di bandar. rata rata bn menang. dalam 60-65 percent

tu tipu , tutup lampu dah menang~ habis cerita.
kalau bukan pembangkang mana rakyat tau cerita pusing pusing sebenar negara mcm mana ???
audit tak dpt keluar, account ,duit semua tak faham/mana pergi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062015 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list