CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 15

[Tempatan] Murid Bertempiaran Lari, Sekolah Terbakar di Sabah

[Copy link]
Post time 23-2-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
news@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
TAWAU: Dua blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Kebakaran bermula pada kira-kira jam 12.15 tengah hari itu memusnahkan pejabat, bilik guru, pusat sumber, dewan mini, bilik agama Islam, bilik skim pinjaman buku teks (SPBT) serta beberapa kelas Tahun Satu hingga Tiga.

Bagaimanapun, tiada murid atau guru dilaporkan cedera kerana ketika kejadian sebahagian besar mereka sudah pulang selepas sesi persekolahan berakhir pada jam 11.20 pagi.

Kejadian itu bagaimanapun menyebabkan ratusan murid sesi petang SK batu 4 yang terletak bersebelahan SK Sentosa, bertempiaran melarikan diri berikutan asap tebal serta api yang marak membakar kedua-dua bangunan kayu berkenaan.

Saksi kejadian, Rosdiana Mala, 41, yang juga pembantu tadbir di SK Sentosa, berkata ketika kejadian sebahagian besar murid dan guru sudah pulang.

"Ketika kejadian, saya berada di pejabat sebelum nampak asap hitam di ruang pejabat disusuli jeritan murid menyebabkan saya bersama beberapa guru dan petugas sekolah keluar menyelamatkan untuk diri.

"Api merebak dengan cepat dan tidak sampai 30 minit, dua blok bangunan kayu sekolah ini musnah sama sekali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Guru Besar SK Sentosa, Sofiah Mohd Ali, berkata sekolah berkenaan ketika ini menumpang bersebelahan blok SK Batu 4 dan sepatutnya mereka akan berpindah ke tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabota, di sini, mulai 5 Mac ini.

"Walaupun sedih kerana banyak peralatan dan barangan berharga termasuk komputer riba, dokumen serta fail pentadbiran musnah akibat kebakaran, saya tetap bersyukur kerana semua murid dan guru selamat," katanya.

Sekolah berkenaan mempunyai 139 murid, 23 guru serta tiga kakitangan bukan mengajar.

Ketua Balai Bomba Tawau, Sharudi Delamin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.28 tengah hari sebelum menghantar sepasukan 19 anggota bersama empat jentera yang tiba di lokasi pada jam 12.40 tengah hari.

"Api berjaya dikawal pada jam 1.07 tengah hari dan bomba juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke sebuah lagi bangunan kayu sekolah berkenaan. Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.
[youtube]o5umFnG7aLA[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan sekolah tahfiz je selalu terbakar.

Sekolah Kerajaan BN pon terbakar eh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 08:58 PM | Show all posts
cash le
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 2018 masih ada sekolah kayu, di kawasan bandar. eh ke kawasan kg tu? main petik je aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sabahan... Still ada sekolah kayu under Umngok.. Pa's ni Kompom dpt bangunan baru. Sila la pangkah BN dgn terpaksa nya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuaca panas sgt ke kat sana? Cepat api merebak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
L_Z replied at 23-2-2018 09:16 PM
Kesian sabahan... Still ada sekolah kayu under Umngok.. Pa's ni Kompom dpt bangunan baru. Sila la pa ...

Sabahan ke pon?

Hiks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 08:48 AM | Show all posts
sila wajibkan pemasangan sprinkler system di semua sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:47 AM | Show all posts
Bagunan kayu mana tak lagi cepat api merebak.  Apa pun syukur semuanya selamat bolehlah dapat bangunan sekolah baru nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:30 PM | Show all posts
sstgh tmpt, cikgu nk fotostat ktas keje murid pn pakai duit sndiri dlu
apetah lagi nk mohon bangunan batu baru tuk skola
mau berzmn tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh sk sentosa ni sebelah sk batu 4. Kesian. Masih bersekolah kayu. So 90s.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 02:13 PM | Show all posts
guru 23 org studen 139 org
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi sekolah kerajaan bangunan kayu? Pastu yg kutuk2 sekolah pondok tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:05 PM | Show all posts
nasib xde kemalangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:10 PM | Show all posts
Tahun 2018 namun masih ada bangunan sekolah dari kayu. Sedihhhh........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071845 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list