CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1475|Reply: 21

[Tempatan] Laporan beg sekolah berat perlu dikaji semula. Cadangan pelajar bawa buku ikut j

[Copy link]
Post time 23-2-2018 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Laporan beg sekolah berat perlu dikaji semula
23 Februari 2018 19


SERDANG – Biarpun laporan mengenai masalah beg sekolah berat telah dibentangkan kepada Kabinet, namun Kementerian Pendidikan mengambil pendirian menggesa agar laporan berkenaan dikaji semula.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, ada beberapa cadangan yang boleh digunapakai antaranya pihak sekolah dinasihatkan agar memberitahu pelajar untuk membawa buku teks yang dijadual sahaja bagi menangani masalah beg sekolah yang berat.

“Menteri Pendidikan telah meminta bahagian berkenaan untuk semak balik cadangan yang telah dibentangkan di mesyuarat.

“Ada beberapa cadangan yang telah dibentangkan dan ada juga kajian yang dilaksanakan di seluruh sekolah di negara ini.

“Dapati ada kebenaran dengan dakwaan bahawa beg berat kerana ada beberapa tahap yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa tentang berat beg sekolah yang sepatutnya berdasarkan umur pelajar,” katanya kepada media selepas mengiringi Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merasmikan Karnival Sukan Antara Universiti 2018 di Universiti Putra Malaysia hari ini.

Januari lalu, Kamalanathan berkata, kajian itu bertujuan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah terbabit.

“Kami akan teruskan memantau atas kehendak yang telah ditetapkan.

“Antara cadangannya adalah pelajar harus mengikut jadual harian, dan hanya buku teks sahaja. Cadangan itu boleh diamalkan tetapi untuk pelajar sekolah rendah, beg mereka seharusnya ringan,” katanya.

Dalam kajian Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005 hingga 2007, mendedahkan beban beg sekolah dan kesannya ke atas otot dan sakit tulang belakang berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di negara ini.

Memetik laporan Berita Harian, dalam kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mendapati 58.3 peratus murid sekolah yang dikaji mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat, selain ada kajian mendedahkan masalah beban berat akan menyebabkan tulang belakang murid menjadi bengkok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik aku dgn kementerian ne.. siapa yg usulkan pelajar perlu beli buku keria? now cadang pelajar bawa buku teks sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 10:10 PM | Show all posts
Eh, hello.
Korang yang suh habiskan buku aktiviti yang dibekalkan
Pastu suh bawak buku teks aje
Buku aktiviti tu cikgu nak usung tiap2 hari ke
Buku tulis x payah bawak la eh
Hish, lutut tul la diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 23-2-2018 09:51 PM
pelik aku dgn kementerian ne.. siapa yg usulkan pelajar perlu beli buku keria? now cadang pelajar ba ...

sis, xprnh dlm sejarah kementerian usulkan pelajar perlu membeli buku keria, klu sklh private masak-masak mungkin lah...

#kuihkeriamendonia




Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Provide je la rak dkt semua sekolah.. Textbook semua tinggal...bwk balik buku kerja je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:44 AM | Show all posts
tiap2 thn isu sama..lagi kuat isu ni keluar bila dah dekat pilihanraya.

tapi anak aku mmg bw buku teks je.. buku  kerja, tulis simpan kat sekolah. ada homework br bawa balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 23-2-2018 02:40 PM
sis, xprnh dlm sejarah kementerian usulkan pelajar perlu membeli buku keria, klu sklh private masa ...

buku kerja sis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 23-2-2018 10:45 PM
Provide je la rak dkt semua sekolah.. Textbook semua tinggal...bwk balik buku kerja je...

Kan? Provide mcm locker dekat gym tu pn xpe dah. Janji muat nak taruk buku2. Kunci kena lebih. Maklumlah budak2 ni berguling sana berguling sini , hilang kunci
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 11:56 AM | Show all posts
Sediakan je locker kat sekolah, dah bertahun2 masalah tak selesai, lepas tukar menteri pun masalah yang sama ... buku aktiviti2 semua tu bukan murah ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehari subject belajar sampai 6.. mana tak berat.. dgn botol air.. bekal makanan lagi.. aduii bende simple je.. buat 1 hari max 3 subject belajar.. 1 week cukup kan 3 jam belajar untuk sesuatu subject.. xde laa berat hari2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 12:34 PM | Show all posts
bukan buku teks lagi berat ke? baik diorang bagi loker sorang satu, tinggal buku teks dalam tu. bwk balik buku kerja /buku tulis je.


alahai..kalangan kroni takde ke yg meniaga loker
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sekolah anak aku ada loker tp x cukup utk semua budak lgpun sekolah sesi pagi petang. kalo x letak betul2 nanti kelas lain yg guna kelas tu terambil or hilangkan buku...

walopun ikut jadual, buku tetap berlambak nk bawa ke sekolah..especially tahap 2
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 04:14 PM | Show all posts
kroni utk supply locker rasanyer belum wujud..
kalo ada mesti dh kena caj sewa locker
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 01:55 PM | Show all posts
memang ikut jadual, tapi berat juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 02:00 PM | Show all posts
Eh sedari zaman i sekolah rendah lagi memang dah bawa buku teks, buku latihan semua ikut jadual. Kosserr nak bawa semua buku hari-hari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu subjek saja dah ada lima buku kena bawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 1-3-2018 02:00 PM
Eh sedari zaman i sekolah rendah lagi memang dah bawa buku teks, buku latihan semua ikut jadual. Kos ...

Kena bawa lebih sbb fardu ain dan kelas tambahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 02:21 PM | Show all posts
Otaku85 replied at 1-3-2018 02:04 PM
Kena bawa lebih sbb fardu ain dan kelas tambahan

Kalau bawa semua buku teks, buku latihan, buku kerja memang dah bongkok i sekarang. Dah la i pergi sekolah jalan kaki sebab dekat jer dengan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 02:36 PM | Show all posts
Mmg budak2 bawak buku ikut jadual harian. Hari2 aku pantau anak aku simpan buku berdasarkan jadual apda hari tersebut.

Satu subjek ada buku teks, buku kerja dan satu buku tulis. Dlm kes anak aku, tak nafi buku tu agak berat. Hari isnin melampau berat sebab subjek hari tu melibatkan buku2 yg tebal. Mmg anak aku susah nak angkat. Budak darjah 1 pun kena bawak buku byk tu. Tambah bekal lg, lps tu ada hari2 tertentu kena bawak peralatan2 ternetu utk kegunaan masa dalam darjah.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bangang? Bukankah selama ni pun memang bawa buku ikut jadual?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.196012 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list