CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5847|Reply: 33

Rosyam Nor koya jadi Misbun ??

[Copy link]
Post time 23-2-2018 09:57 PM | Show all posts |Read mode
                        Rosyam Nor jadi Misbun                                      
                                           Haryati Karim
             22 Februari 2018 2:15 AM
         
        
                                                        
                                                                Berada dalam kelompok baharu, Rosyam tidak meletakkan dirinya sebagai pelakon senior atau paling popular, sebaliknya bekerja sebaik mungkin agar tidak menenggelamkan watak-watak lain.
               
         
         
         
                                    
Selepas 36 tahun bergelar anak seni, buat pertama kalinya Datuk Rosyam Nor diberi peluang membawa watak seorang legenda kebanggaan negara, paling utama tokoh yang dilakonkan semula itu masih hidup.

                              
Membawakan watak Datuk Misbun Sidek dalam filem biografi, Lee Chong Wei, pelakon berusia 51 tahun itu mendedahkan, ia antara watak paling mencabar dalam kerjayanya.


  
Katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar filem berkenaan baru-baru ini, bukan mudah untuknya membawakan watak tokoh yang masih hidup. Tambah Rosyam, dia agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk berjumpa Misbun sebelum penggambaran filem bermula.
Biarpun begitu, Rosyam menjalankan tanggungjawab sebagai Misbun mengikut acuan peribadinya berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan sendiri. Beliau berharap penonton tidak membuat perbandingan antaranya dan Misbun kerana mereka adalah dua insan yang berbeza.
Apa pun Rosyam menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong filem Lee Chong Wei yang bakal menemui penonton pada 15 Mac depan.
Kosmo!: Boleh kongsikan perasaan Rosyam apabila dipilih untuk memegang watak legenda badminton negara, Misbun Sidek?
Rosyam Nor: Sudah tentu teruja dan bangga tetapi ini kali pertama saya membawakan watak orang yang masih hidup. Saya membawa wataknya mengikut acuan sendiri kerana amat mustahil untuk saya menjadi 100 peratus seperti Misbun.
Kami dua orang yang berbeza, cuma ada bahagian seperti gaya pertuturan, bahasa tubuh dan garangnya cuba saya ikut.
Apakah persediaan yang dilakukan oleh anda untuk membawakan watak Misbun?
Misbun seorang legenda, sudah tentu saya perlu membuat kajian sebelum menjadi dirinya di layar perak. Biarpun agak ralat kerana tidak sempat bersemuka dengannya sebelum penggambaran bermula tetapi saya faham komitmen dan kesibukan Misbun.
Justeru, saya lebih banyak bertanya dan berjumpa individu yang dekat dengannya. Selain itu, saya bernasib baik kerana membesar ketika Misbun masih aktif sebagai pemain badminton dan banyak membuat kajian di internet dengan melihat video lama daripada arkib. Pemerhatian itu sedikit sebanyak membantu saya untuk menyelami watak Misbun.
Adakah pembabitan dalam filem berkenaan platform terbaik untuk anda dikenali peminat bukan Melayu?
Sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Tamil, Kabali. Sejak dari situ, saya dapat peminat baharu dalam kalangan orang India. Oleh itu, besar harapan saya, filem Lee Chong Wei akan mengulangi sejarah yang sama.
Cuma, filem Lee Chong Wei menyasarkan penonton pelbagai kaum kerana ia tentang Malaysia. Harap semua rakyat Malaysia akan datang menonton kerana ia sebuah filem yang mampu memberi inspirasi.
Bagaimanakah situasi di set penggambaran memandangkan anda merupakan satu-satunya pelakon popular dalam filem berkenaan?
Soal pelakon senior atau junior saya tolak ke tepi. Tidak dinafikan semua yang terlibat merupakan pelakon baharu, jadi saya letak diri sama seperti mereka.
Memang saya lebih berpengalaman tetapi ketika berlakon, tiada istilah siapa lebih bagus atau lebih menonjol.
Tugas saya adalah membawa watak Misbun dengan baik, bukannya tenggelamkan watak lain. Saya berani katakan, semua pelakon baharu dalam filem ini amat berbakat.
Sukar atau tidak untuk anda mencipta keserasian dengan barisan pelakon lain?
Ini bukan kali pertama saya bekerja dengan orang baharu. Sebelum penggambaran bermula, kami ada perjumpaan dan latihan berkali-kali.
Pelakon baharu pula mereka dikuarantin dalam sebuah rumah selama dua minggu untuk mengikuti bengkel lakonan. Saya juga tidak kejam, sebaliknya saya turunkan kredibiliti supaya sama dengan mereka. Menerusi cara itu semua orang rasa selesa dan keserasian tercipta secara automatik.
Apa pandangan anda terhadap Tosh Chan yang memegang watak Lee Chong Wei?
Dia seorang pelakon baharu yang amat berbakat. Difahamkan, hampir 2,000 orang datang uji bakat dan dia merupakan antara orang terakhir.
Lee Chong Wei sendiri yang meluluskan siapa yang akan memegang wataknya kerana dia amat mementingkan kualiti dan mentaliti pelakon. Sepanjang bekerja dengannya, tiada sebarang masalah dan dia mampu membawakan watak dengan baik.
Apakah harapan anda untuk filem ini?
Saya hanya berharap penonton dapat memberi sokongan apabila ia ditayangkan pada 15 Mac depan. Sebelum itu, penonton boleh menonton filem Lee Chong Wei versi tambahan berdurasi 133 minit di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Mac depan.
Filem versi tambahan itu agak istimewa kerana ada babak yang tidak akan dipertontonkan di pawagam.
Ia akan ditayangkan di Stadium Nasional menerusi layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter. Tiket tayangan versi tambahan itu boleh dibeli menerusi laman web, www.myticket.asia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2018 09:58 PM | Show all posts
Mujur Rosyam dok koya nok jadi Licong Wei..kalu sokmo gak..koya jadi budok mudo namo Danish
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
saya suka shah rukh khan
sokmo saya rasa rosyam nor tiru shah rukh khan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2018 11:10 PM | Show all posts
onexox97 replied at 23-2-2018 02:51 PM
saya suka shah rukh khan
sokmo saya rasa rosyam nor tiru shah rukh khan

Betol...pok Ya setuju boh

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 23-2-2018 10:51 PM
saya suka shah rukh khan
sokmo saya rasa rosyam nor tiru shah rukh khan

Ady putra tiru SRK jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap pilem ni x leaked awal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa jadi Kak Mah peluk LCW?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 23-2-2018 11:16 PM
Ady putra tiru SRK jugak

banyak
nama sapa tu zamarul hisyam pun tiru srk
yg ada nilai sendiri faizal hussein
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2018 11:34 PM | Show all posts
cha-cha replied at 23-2-2018 03:18 PM
Siapa jadi Kak Mah peluk LCW?

Hok paling sesuwa... Tina Tuner Malaysia, Sahara Yaacob




Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_is_better replied at 23-2-2018 03:34 PM
Hok paling sesuwa... Tina Tuner Malaysia, Sahara Yaacob

Hoi terkejut aku malam2 buta ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:02 AM | Show all posts
beta_is_better replied at 23-2-2018 09:58 PM
Mujur Rosyam dok koya nok jadi Licong Wei..kalu sokmo gak..koya jadi budok mudo namo Danish

kau ni nyah tak boleh main internet...kau dapat internet sibuk nak jadi orang gila tau tak nyah...mererapu ayat kau nyah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2018 12:02 AM | Show all posts
cha-cha replied at 23-2-2018 03:53 PM
Hoi terkejut aku malam2 buta ni

Penakut bangau la demo nim

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2018 12:04 AM | Show all posts
BookerT replied at 23-2-2018 04:02 PM
kau ni nyah tak boleh main internet...kau dapat internet sibuk nak jadi orang gila tau tak nyah... ...

Mu kecek depan cermin ko??


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_is_better replied at 23-2-2018 09:58 PM
Mujur Rosyam dok koya nok jadi Licong Wei..kalu sokmo gak..koya jadi budok mudo namo Danish

Mmg sentiasa dlm ingatan la ye danish n rosyam ni. Wpun setelah bertahun masa berlalu. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:14 AM | Show all posts

sah kau mental nyah....jauhi internet nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
d a n i s h
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan Rosyam Nor & Haliza Misbun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 11:55 AM | Show all posts
Nampak macam best je movie ni. Munah ada tengok trailer kat youtube. At least Munah berselera juga la nak tengok movie ni berbanding Badang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2018 02:43 PM | Show all posts
munahjolie replied at 24-2-2018 03:55 AM
Nampak macam best je movie ni. Munah ada tengok trailer kat youtube. At least Munah berselera juga l ...

Betol! Very promising... ado..hilir molek Pok Ya kecek skipping


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2018 02:44 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 23-2-2018 05:02 PM
Ingatkan Rosyam Nor & Haliza Misbun..

Pok Ya suko cerito nih.. tok seko dairektor dio Mek Erma


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.100233 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list