CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1420|Reply: 25

[Tempatan] Jika BN menang di Kelantan, rakyat tidak perlu berhijrah ke negeri lain

[Copy link]
Post time 23-2-2018 10:34 PM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG 23 Jan. - Rakyat Kelantan diminta membuat perhitungan yang bijak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya menikmati hasil atau impak positif termasuk tidak perlu lagi berhijrah ke luar negeri ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata, ketika ini separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke beberapa negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dan membina masa depan lebih baik.

Katanya, Barisan Nasional (BN) dilihat mampu melakukan perubahan di Kelantan terutamanya meyediakan peluang pekerjaan.

"Mereka boleh menilai sendiri kerana lebih 27 tahun Pas memerintah Kelantan tidak ada kemajuan yang dilakukan hingga rakyat terpaksa berhijrah ke luar negeri untuk mencari pekerjaan setiap tahun.

"Ini masa membuat perubahan, ditambah kedudukan Pas di Kelantan amat lemah sekarang ini berikutan perpecahan yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Dewan Orang Ramai Pos Brooke, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahaya Mamat, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Iskandar Zulkarnain Ibrahim.

Tengku Razaleigh dalam pada itu berkata, untuk mencapai kemenangan pada PRU-14 BN perlu mengatur strategi yang lebih baik.

Ditanya pemberita sama ada beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU-14, Tengku Razaleigh berkata perkara itu dalam pertimbangannya.

Tengku Razaleigh turut mengakui ada beberapa pemimpin datang berjumpa dengannya supaya mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.

"Saya sedang pertimbangkan perkara itu kerana saya sudah 45 tahun jadi Ahli Parlimen Gua Musang membabitkan 11 penggal dan PRU-14 nanti adalah penggal ke-12," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hahhahaha macam la ai nak percaya berita macam ni
jawatan apa dia nak buka
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
bersyukur ..  akhirnya dapat juga anak watan majukan negeri .  Alang2 hujan emas dinegeri orang ..  mengapa tidak dinegeri sendiri . Kita percaya ramai yg nanti2 peluang yg bakal ada . Tidak perlu lagi terpaksa merantau mencari sesuap nasi termasuk golongan2 betina .
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau akak benci PAS, akak doakan BN melingkup di Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodifarid at 24-2-2018 01:17 AM

Alahai tak payah la janji macam2.. memang bn akan dapat kelantan pun sebab lawan 3 penjuru... 1/4 undi pas akan pergi ke amanah/ph...sementara pengundi umno bn tak akan lari...pru lepas pun kebanyakan undi majoriti pas bawah 1000...

Hadap je la rakyat malaysia ni di bawah pemerintahan umno bn sampai kiamat..sebab pembangkang malaysia kurang cerdik... pas sepatutnya tak perlu keluar pakatan rakyat dulu..jika parti pas,pkr,dap,bersatu boleh bergabung baru boleh gugat bn..amanah tak perlu wujud...

Tapi tu laa macam mana pas tak keluar pakatan rakyat klo dah kerap sangat kena ganyang dgn dap... parti pembangkang mesir dgn jepun pun dah berjaya tumbangkan parti dominan negara dorang weii...

Bila la pembangkang malaysia nak cerdik....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 24-2-2018 08:41 AM

Ooo.... Putrajaya tu nak dipindahkan ke Kelantan ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 24-2-2018 08:18 AM
Ooo.... Putrajaya tu nak dipindahkan Kelantan ke?

Ko merepek apa ni samdol ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 24-2-2018 08:18 AM
Ooo.... Putrajaya tu nak dipindahkan Kelantan ke?

Ko merepek apa ni samdol ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 24-2-2018 08:39 AM
Ko merepek apa ni samdol ?

Kalau Putrajaya tu dipindahkan ke Kelantan i setuju....baru kurang penghijrahan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 24-2-2018 01:12 AM
Alahai tak payah la janji macam2.. memang bn akan dapat kelantan pun sebab lawan 3 penjuru... 1/4 un ...

Pas bodoh..sentap dgn dap pasal hudud..padahal da brp kali cite psl hudud sejak zaman tgna..dap mmg x sokong hudud..itu stand dap..sama la pas nk hudud..cuma itu je perbezaannye..tp pas smpi nk keluar dr pakatan..last2 merepek2 dr hudud ke ruu355..skrg hudud tah ke mana..ruu pn yillek tabik jugak la dgn bn sebab berjaya pecah belahkan pakatan isu hudud smpi pas sentap..jarum bn isu hudud mmg sgt berjaya skrg tgk la dap yg dlu belagak rs pakatan bole menang pn x yakin da..hahaha..pas dan dap ni mmg parti yg merugikan..elok dibubarkn je 2 2 parti bodoh ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 09:02 AM | Show all posts
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata, ketika ini separuh daripada 1.2 juta rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke beberapa negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan dan membina masa depan lebih baik.




Rasanya lebih dari separuh. Tapi kebanyakkan pendatang Kelantan tidak menaku mereka berasal dari sana disebabkan oleh imej burok pendatang Kelantan e.g. pengotor, gedebe, tidak bertamadun, tidak tahu mematuhi peraturan jalanraya dsbnya.


Ini berbeza dari pendatang Bangladesh, Nepal, Indonesia dsbnya yang tidak begitu banyak mendatangkan masalah.....


Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong je usaha nak majukan negeri2 lain..takdala semua tertumpu kat KL je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 24-2-2018 08:42 AM
Kalau Putrajaya tu dipindahkan ke Kelantan i setuju....baru kurang penghijrahan


Satu2 la ..  kalau nak putrajaya ..  kena lah mentaliti juga serupa putrajaya . Bukan mentaliti pengotor sana sini . Kita didik dulu yg asas2 ..  bagi tong sampah . Pastu juga kita bagi jugalah kain pelikat banyak2 pasai mentaliti kain kain batek utk orghe tino .  Kain pelikat utk hak jate . Jadi kita set  perspektif itu dulu . Dan paling penting buntut kambing bukan utk di tale .  Jadi berubah minda dulu ..  yg lelain slow2 kita buat . Bagi anak watan keja jadi berduit dan tak le tale budak2 sekolah tetapi dah boleh pegi golok .  Semuanya boleh kita buat . Tak payah sampai kesudah mengharapkan ehsan negeri2 lain utk bagi depa kerja .
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... Walaupun akk bukan orang Kelantan, tp akk menetap kat Kelantan. Akk suka je Ngan apa yg Kelantan ada sekarang. Makanan certain tempat memang murah. Majlis ilmu banyak. Rakyat Kelantan ni baik2... Walaupun akk org luar, kita takde dilayan double standard pun.

Negeri lain yang diperintah oleh BN, rakyat depa memang semua tak keluar eh? Semua bekerja di negeri masing2 kah? Keluar statement kat gua musang, gua musang apa ada? Setakat ekonjaya , KFC dan pizza kah lambang kemajuan BN? Yachhhh sangatttt

Selama2 BN menang dia gua musang, apa depa dapat. Maju ke? Ada universiti kah di gua musang,? Ada MRSM kah di gua musang? Yillleeekkkkk

Yachhhh... Selayaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:17 PM | Show all posts
dess402 replied at 24-2-2018 10:30 AM
Satu2 la ..  kalau nak putrajaya ..  kena lah mentaliti juga serupa putrajaya . Bukan mentaliti  ...

Sungguh murni niat Dess.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 06:32 PM | Show all posts
dess402 replied at 24-2-2018 10:30 AM
Satu2 la ..  kalau nak putrajaya ..  kena lah mentaliti juga serupa putrajaya . Bukan mentaliti  ...

Hahahaha.....tale bontot kambing tu tak menahan.....hahahahaha

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 24-2-2018 01:07 AM
Walau akak benci PAS, akak doakan BN melingkup di Kelantan.

tak bokeh.. benco sangat dgn pas.. meluat.. mcm aorang tu kata laa... tong sampah pun tak boleh bg pd rakyat.. apa hal??
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 24-2-2018 08:53 AM
Pas bodoh..sentap dgn dap pasal hudud..padahal da brp kali cite psl hudud sejak zaman tgna..dap mm ...

Bila umno main isu hudud ni kita boleh nampak la yg dap ni sebenarnya cuma nak jaga hati pengundi tegar depa yaitu pengundi cina tegar dap, dan nak kekalkan kuasa kat penang jer...depa macam tak yakin boleh tumbangkan umno bn...

  Klu betul depa yakin dan ada niat nak tumbangkan bn dah tentu depa tak masuk campur urusan hudud kelantan, sepatutnya jelaskan kat pengundi cina yg depa tak setuju hudud, tapi tak mau masuk campur hal dalaman hudud kelantan pas..

  Bila dap sampai dah serang hudud kelantan dan putus hubungan dgn presiden pas, tu bermakna pakatan rakyat akan hancur laa...untuk masa depan malaysia dan perpaduan rakyat, parti perkauman macam dap,umno,mca,mic memang tak relevan..pas masih boleh diterima asalkan tak dipegang oleh lobai berkepentingan macam hadi awang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahai ku li..ko ckp la gajah rimau apa pun.aku sahkan pas akan menang jgk kel ni.for sure,mrk ingat pesan tgna spy kekalkan pemerintahn islam.wlupun aku xnafikan ada adun/mp bn yg bagus.tp klu ko ku li mmg la tidak sm sekali.klu ko bgus ko btanding parlimem kkerian.xpun kb
Awat jauh bebenor pergi gua musang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak baiki balik akan ambil masa berpuluh tahun.

Memang benar Pizza Hut, KFC & McD tu bukan penunjuk kemajuan tetapi jika rakyat sendiri terpaksa merantau ke negeri lain semata-mata nak jadi cashier di restoran segera dan pasaraya itu tandanya kurang peluang ekonomi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072503 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list